Posts

Showing posts with the label gong badak

EKSPO TERENGGANU 2018 telah bermula hari ini

Image
Ekspo Terengganu akan bermula hari ini 25 feb hingga 3 Mac 2018 di perkarangan Kompleks Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu. Pelbagai aturcara menarik sepanjang program diadakan dari pagi sampai ke malam dan yang paling menarik adalah cabutan bertuah istimewa iaitu sebuah rumah, sidang lot rumah dan sebidang lot tanah pertanian sebagai hadiah khas untuk rakyat Terengganu.   Hadiah lain juga menarik untuk semua pengunjung iaitu kereta dan pacuan empat roda untuk dibawa pulang dan pelbagai hadia menarik lain termasuk pakej perkahwinan istimewa di hotel. Pakat mari belaka, untung rezeki cabutan bertuah tanah se lot, rumah, kereta dan macam macam lagi Kisah kejayaan Terengganu Ia juga penuh dengan maklumat dan informasi serta kemajuan serta hasrat dan impian tentang Terengganu dan daerah serta GLC Terengganu yang lain. Di sini juga anda boleh membina Networking, business , bertemu sahabat dan santai dengan anak anak menikamti aturcara di sini. Juga boleh wa...

Pertandingan Memancing 1.0, Juara hadiah Perodua Myvi & RM5000, wow lumayan pada 23 Disember 2017 di Tasik Stadium Gong Badak Kuala Terengganu

Image
Pertandingan Memancing 1.0 anjuran Af GROUP pada 23 Disember 2017 menawarkan Hadiah Pertama Sebuah kereta Perodua MYVI dan Hadiah wanf tunai RM5000. Memang lumayan. Manakala Naib Juara di tawarkan sebanyak RM10,000 serta ketiga RM5,000. Hadiah ditawarkan sehingga ke tempat 50 dengan hadiah minima wang tunai RM500. Bagi 100 pendaftaran terawal dihadiahkan 100 helai T shirt. Dan Cabutan bertuah juga turut disediakan dengan menawarkan pelbagai hadiah termasuk motosikal. Yuran penyertaan adalah Rm100 bagi sebatang joran dan dua mata kail. bagi pendaftaran boleh hubungi pihak urusetia iaitu Faizal 014-5172947 atau Fizi 0165705300 #setiupost

ABC Coklat yang menggiurkan di CENKELAK Cafe di Keropok Lekor POZI.. hadapan Kem PGA Gong Badak, Kuala Terengganu

Image
Ini bukan iklan, ini nok kabo. Saya pozi hassan, pengasas pozicatering dan lening wat keropok lekor plop. . Gini nok kabo, hak nak makan ringan ringan, dan tak  boh makang nasi. . Buleh mari kat cafe CENKELAK di  Keropok Lekor Pozi  , depan kem PGA, kubang badak. Dekat umt dan tok jembal. Taip keropok lekor pozi di google map, InsyaAllah sapa. . Kita ada keropok lekor rebus, kiter geter situ, makan fresh dan panas2, pastu ada macam macam jenis kepok. Sedap ke dok? Kena mari rasa lah. Lepas tu nilai 😁 . Pasangan pada kepok, kita ada laksa, meesup, ABC dan cendol. Itu je kat cafe kita. Nasi? Maaf takdok. Sbb ringan ringan sungguh tapi kenyang yg amat. . Hak special lagi keppok letak cheesy. Air lada sedap jugak. Cicah belaka dua dua. Mmg nyakuk.mari laa try kalli. . Ni ada gambar2, menu2. Menda dok blah mana, sebab buleh tengok je, dokleh rase. Hahaha. Mari deh cafe, masa kul 11 sapa kul 7 petang. Setiap hari buka kecuali jumaat cuti. . Saya, peng...

Keropok Lekor POZI kini mula diperkenalkan.. rasai keenakan keropok Asli Teganung....

Image
Keropok Lekor POZI kini dilancarkan pada 10 April 2017. Semua dijemput hadir untuk merasai sendiri keaslian Keropok Asli Teganung dengan berkonsepkan Hub dan Cafe. Ia juga turut dijual dalam bentuk kedap udara @ vacuum pack.  Dan bagi 100 pelanggan pertama akan mendapat 1 pek keropok bebola atau jejari secara percuma. Keropok Lekor POZI terletak di Kubang Badak berhadapan dengan Kem PGA @ Pasukan Gerakan Am, berdekatan dengan UMT. Pelbagai perisa keropok turut diperkenalkan iaitu perisa keju, BBQ, lada hitam dan mayonis. @FB Pozi Hassan #terengganumyheritagepost

I miss U, I Luv U, Me Luv U.. itulah antara minuman yang unik dan kian popular di Gong Badak, Kuala Terengganu

Image
I Luv U I Miss U Me Luv U Itulah antara nama air di kedai ini yang kian popular. Jangan salah sebut kan boleh cari gaduh dengan pasangan nanti. Kedai yang terletak di tepi jalan menghala ke Pasaraya Hock Kee Seng , Gong Badak, Kuala Terengganu. Ia dijual dengaan harga RM4 segelas. Di antara dialog dalam loghat Terengganu  rakan FB tentang  air minuman yang unik ini. Kerana Segelas Air .. Aku Kene Tido Luor !!!! Name air Tu I love U .. Pahtu Ambe Order r 2 .. Tukang Jual ( Comey boh ) nok Confirm ..yer Tanye Balik... I Love U two ? Yer.. I love you Two.. I miss U smula smula r..  Tibe tibe .. Mek ambe masuk keda .. Galok teh.. Nok beli air ke nok ngorak tu !! Amboi ..Balaik aku Kate..Balaik !! Moral Of the Story... Kalu nok beli ... Tunjuk .. Jangan sebuk kalu ade Bini tepi...hahaha.. # deCoffestationGongBadok   FB Telo piung

Promosi Bilik RM60 semalam daripada Hotel Tawaquf Inn, Gong Badak

Image
HARGA PROMOSI BERMULA 1 MAC 2017 1.SINGLE ROOM -RM 60.00 2.QUEEN ROOM -RM 80.00 3.DOUBLE SINGLE ROOM -RM 100.00 4.FAMILY ROOM -RM 135.00 Hotel ini terletak bersebelahan dengan Kompleks Stadium Gong Badak serta tidak jauh daripada lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. Banyak kedai makan dan restotan sekitar kawasan ini antaranya Restoran Sup Utara, Restoran De Tunggal, Warung Simpang Corner dan juga tidak jauh dengan Kedai Air Buah Gelas Besar dan pasaraya Giant, Mydin dan Sabasun 2. sebarang pertanyaan atau untuk menempah boleh menghubungi 09-6627377 @FB Tawaquf Inn

FALY STEAK SHACK di Gong Badak... nampak macam menarik....

Image
Assalamualaikum warga Ganu ! Ade berita panasss ! Sape-sape hokk minakk bebenorr mmakang westerng ! Pakak mmari la ssinggoh kat keda FalySteakShack. Bukan mende , harge pung boleh tahangg dengan kualiti makanang. Pahtu dengan suasana keda dalam kawasang rumohh. Dok rasa macam makang luor. Rasa macang makang kat rumoh je. Maknenye saknim. Pelbagai jenih makanang westerngg ade Sirloin Steak,Lambchop,Chicken Chop,Fish N Chips,Salmon Steak,Swedish Meatballs,Pasta,Salad & Soups. Pahtu gok air macang2 jenih gok. Imported Coffee & Tea,Ice Blended,Milkshake,Fruit Juices. Pakak mari laa singgoh rama-rama ajok adik beradik belake,saing2,mok ayoh,pokcik mokcik,tokki tokwan, belake seme ahh. Kalau sudi share molek gokk. Mane tahu ade orang hok duk cari makanan westerngg. Dok saje dapak tolong dengan tekan butang share. Ke wane? Waktu keda bukok dari pukul 3.30ptg - 11.30ptg. Setiap hari Khamis tutup. Lokasi tepak bersebelohan McD Gong Badok. Laluan antara perabo...

Nasi Lemak Kak Yong hanya RM1.50, murah dan sedap di Dataran AUstin, Gong Badak...berbaloi

Image
Nasi Lemak Kak Yong , Dataran Austin dekat Mydin Gong Badak telah mula menjadi sebutan dan buah mulut pelanggan. Bukan sahaja sedap malah murah dengan harga Rm1.50 sahaja. Nasi lemak dengan lauk sambal bilis dan ikan ini memang menjadi rebutan pelanggan setiap petang yang sebelum ini beroperasi bersebelahan Stadium Tertutup Gong Badak, kini telah berpindah operasi sejak pembinaan litar permotoran baru.   Menuruk pemilik gerai Nasi Lemak Kak Yong, Saudara manaf, jualan sehari atau sepetang boleh mencecah 250 hingga 300 bungkus di mana purata pelanggannya adalah pelanggan tetap dan berulang. Kadang-kadang terpaksa memasak 2 kali jika habis awal bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa meningkat.   Menurutnya lagi, kualiti dan rasa sentiasa dijaga agar pelanggan sentiasa berpuas hati dengan nasi lemak ini, malah apa yang penting adalah ramai orang boleh makan nasi lemak dengan harga murah dan sedap.  bagi ingin mencuba nasi lemak ini bolehlah berku...

Putu Mayam Cicah Nyiur dan Gula merah di My Mom Nasi Lemak, Gong Badak

Image
NASI LEMAK MYMOM , Jalan lapangan Terbang, Gong Badak, Kuala Terengganu menyediakan pelbagai jenis sambal untuk nasi lemak yang enak dan sedap. Macam-macam sambal ada dari sambal bilis, kerang, ikan, telur tumis, paru, rendang dan macam-macam. Ia juga sentiasa menjadi tumpuan untuk penduduk sekitar bersarapan di sini. Ada satu kuih yang unik dan menarik untuk buat sarapan iaitu PUTU MAYAM CICAH NYIUR DAN GULA MERAH + GULA MELAKA memang unik dan sedap. Lokasinya terletak di sebelah kiri jalan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud jika anda dari Gong Badak/Batu Rakit. Berbaloi bersarapan di sini. #dekatje #terengganumyheritage

Berbuka Puasa di TH Hotel & Convention Center Terengganu, Gong Badak...

Image
Pada awal Ramadhan lalu, admin telah mendapat jemputan untuk berbuka puasa di sebuah hotel yang baru beroperasi pada awal Ramadhan lalu iaitu TH Hotel & Concention Centre Terengganu di Gong Badak. Ia adalah hotel dibawah Kumpulan TH (Tabung Haji). Merupakan satu-satunya hotel patuh syariah di negeri Terengganu yang mempunyai keunikan yang tersendiri. Pakej berbuka puasa yang ditawarkan di Hotel TH ini adalah RM59.00 seorang, mungkin agak sedikit tinggi berbanding dengan hotel lain di Kuala Terengganu, tetapi ia menawarkan lebih banyak pilihan kepada anda seperti Kibas Grill, Nasi Mandy dan macam-macam lagi. Sentuhan dan suasana di restorannya juga santai dengan sajian halwa telinga pemuzik Ghazal yang dialunkan oleh anak tempatan dengan kerjasama SUK Terengganu. Masuk sahaja ke lobi hotel, ia menjanjikan suasana yang damai dan lapang dengan sentuhan dan dekorasi bari dan berlainan. Untuk berbuka, admin memilih untuk mulakan dengan sedikit kuih, kurma...

Nasi Mandy Restoran Al Edrus, Kg Ladang.. makanan arab yang enak

Image
Nasi Mandy yang menyelerakan Restoran makanan Arab AL Edrus kini melangkah setapak lagi dengan membuka satu lagi cawangan di Kg Ladang Sekolah, Jalan Sultan Zainal Abidin, berhampiran bulatan Batu Bersurat. Ia adalah cawangan yang ketiga selain cawangan di Gong Badak dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Dekorasi restoran yang menarik Di antara hidangan yang terkenal di restoran ini adalah, Nasi Mandy Ayam dan Kambing, Nasi Haneeth, Nasi madgout, Hummus, Shish Tawooq Chicken dan macam-macam lagi. wardrobe berlatarkan budaya arab Kunjungan blogger ke cawangan Kg Ladang tentunya ingin merasa sekali lagi nasi Mandy dan kali ini blogger memilih Nasi Mandy Ayam bersama Telur yang di masak gaya arab. manakala untuk minuman adalah Honey Dew. Nasi Mandy kini sudah menjadi antara nasi kegemaran blogger sejak merasainya kali pertama di sebuah restoran di makkah  ketika mengerjakan umrah pada tahun lalu. Nasi Mandy sememangnya enak kalau dimakan sahaja. Dengan resepi istimewa, nas...

Pengunjung blog