Nasi Mandy Restoran Al Edrus, Kg Ladang.. makanan arab yang enak

Nasi Mandy yang menyelerakan

Restoran makanan Arab AL Edrus kini melangkah setapak lagi dengan membuka satu lagi cawangan di Kg Ladang Sekolah, Jalan Sultan Zainal Abidin, berhampiran bulatan Batu Bersurat. Ia adalah cawangan yang ketiga selain cawangan di Gong Badak dan Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Dekorasi restoran yang menarik

Di antara hidangan yang terkenal di restoran ini adalah, Nasi Mandy Ayam dan Kambing, Nasi Haneeth, Nasi madgout, Hummus, Shish Tawooq Chicken dan macam-macam lagi.
wardrobe berlatarkan budaya arab

Kunjungan blogger ke cawangan Kg Ladang tentunya ingin merasa sekali lagi nasi Mandy dan kali ini blogger memilih Nasi Mandy Ayam bersama Telur yang di masak gaya arab. manakala untuk minuman adalah Honey Dew. Nasi Mandy kini sudah menjadi antara nasi kegemaran blogger sejak merasainya kali pertama di sebuah restoran di makkah  ketika mengerjakan umrah pada tahun lalu. Nasi Mandy sememangnya enak kalau dimakan sahaja. Dengan resepi istimewa, nasi ini memang menjadi daya penarik di mana-mana restoran makanan arab termasuk AL Edrus ini.

Apa yang menarik di restoran ini adalah dekorasi dan wardrope nya yang cukup ringkas namun menawan dengan suasana lagu arab serta perhiasan ala padang pasir.


Selain  menyediakan menu 'ala carte', ia juga turut menyediakan secara pakej seperti RM49.00 untuk 3 atau 4 orang, RM89.00 untuk 5-6 orang  untuk Nasi Mandy ayam, ayam panggang, ikan grill, fatoosh, kebab daging, saltah, soup serta air Al Edrus.

Restoran ini juga menyediakan perkhidmatan untuk Parti Harijadi, Reunion, perkahwinan, tempahan Ramadhan mahupun majlis-majlis tertentu bergantung kepada keperluan pelanggan. Ia di buka setiap hari dari jam 12.00 tengahari sehingga 12.00 tengah malam.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan bolehlah menghubungi talian berikut:
  • Kg Ladang- 09-6225036
  • Gong Badak- 09-6661412
  • Wangsa Maju- 03-41316794
  • laman web: www.aledrusservices.com

Comments

Popular post this month

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Air Mineral Recaz, keluaran terbaru Cas Ligas, Kumpulan PMINT...

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

Pengunjung blog