Posts

Showing posts with the label google top

Program Pintar Quran suatu yang membanggakan Terengganu

Image
Program Pintar Quran adalah diantara program yang berjaya dalam mendidik dan memupuk kanak-kanak pra sekolah untuk mencintai Al Quran. Dalam Program Khatan Quran baru-baru ini seramai lebih daripada 7000 kanak-kanak telah dikhatamkan dan sebahagian daripada kanak-kanak berumur 6 tahun ini telah pun menghafal Yasin dengan baik sekali. Program yang pada mulanya diperkenalkan di Tadika Yayasan Islam Terengganu kini telah menjalar ke Tadika KEMAS, Pra Sekolah Jabatan Pelajaran Terengganu serta Tadika Perpaduan. Sememengnya program memperkenalkan Al Quran seawal 5 tahun kepada kanak-kanak amatlah baik sekali dalam memastikan generasi inilah yang akan mengembalikan kegemilangan ilmu dan akhlak Islam di masa hadapan. Apa yang penting kesinambungan program Pintar Quran ini wajar di teruskan di peringkat sekolah rendah kebangsaan dan dilanjutkan ke peringkat menengah supaya budaya dan roh Al Quran ini sentiasa bersama pelajar hingga ke akhir hayat dan membina asas yang kukuh dalam membe...

Lensa di Kuala Ibai dan Masjid Tg Tengah Zaharah @ Masjid Terapung

Image
Masjid Terapung yang sentiasa menjadi tumpuan lensa Kali saja nak berkongsi koleksi gambar yang dirakam dengan kamera mainan nikons3100 yang kini sentiasa menjadi rakan karib kemana sahaja. Kolam Renang di Terengganu Equestrian Resort (TER) Pemandangan lagun Kuala Ibai yang memang indah memang cantik syahdu dan tenang suasana ini

Makan Ikan 'darat' @ ikan sungai musim banjir... Setiu, Terengganu

Image
Ikan puyu, ikan haruan, ikan 'peras' dan macam-macam lagi ada Salam... Kalau ikut ramalan, gelombang kedua banjir akan melanda lagi wilayah Pantai Timur termasuk daerah aku Setiu. Walaupun sehari dua ini nampaknya cuaca panas menarik dan bolehlah kain dijemur kat luar rumah. Apapun semasa gelombang pertama banjir baru-baru ini, sempat juga melepaskan rindu untuk makan 'ikan darat' atau ikan air tawar seperti ikan puyu, ikan 'peras' @ sebarau, ikan haruan dan macam-macam lagi. Dah siap bubuh garam dan kunyit RM3 sebungkus Limpahan banjir baru-baru ini merupakan satu rezeki kepada nelayan-nelayan kecil serta mereka yang hobi memukat. Ini kerana ikan air tawar ini bagaikan pesta bermain air sampai lupa diri dan menjadi rezeki kepada penduduk tempatan. ikan segar-segar 5 ekor @ RM1, mana nak cari murah begini Kunjungan aku ke Kg Nyatoh, Kg Buruk serta Kg Tasik memang untuk meninjau air banjir sambil melilau mencari ikan darat @ air tawar. hasilnya ...

Ikan terkecil di dunia ditemui di Terengganu

Image
Spesis ikan paling kecil di dunia, ”Paedocypris” dari keluarga ”Cyprinidae” dengan saiz 7.8 milimeter ditemui di kawasan paya Bukit Bauk di Dungun. Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Azmi Nordin berkata, ikan tersebut ditemui semasa ekspedisi Bukit Bauk yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia 2006. "Beberapa ekor ikan dari famili Cyprinidae itu, spesis ikan paling kecil di dunia, ditemui di kawasan ini,” katanya di sini, hari ini. Azmi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), ikan tersebut tidak terdapat di tempat lain termasuk di luar negara setakat ini. Beliau berkata, pihaknya sedang mengambil langkah untuk membiak ikan itu supaya tidak pupus dan mungkin dijadikan daya tarikan pelancong pada masa akan datang. Menurut Azmi, buat masa ini pihaknya belum dapat menunjukkan ikan itu kepada umum kerana dibimbangi ada pihak yang akan mencarinya dan dijual dengan har...

Pengunjung blog