Makan Ikan 'darat' @ ikan sungai musim banjir... Setiu, Terengganu
Ikan puyu, ikan haruan, ikan 'peras' dan macam-macam lagi ada |
Kalau ikut ramalan, gelombang kedua banjir akan melanda lagi wilayah Pantai Timur termasuk daerah aku Setiu. Walaupun sehari dua ini nampaknya cuaca panas menarik dan bolehlah kain dijemur kat luar rumah.
Apapun semasa gelombang pertama banjir baru-baru ini, sempat juga melepaskan rindu untuk makan 'ikan darat' atau ikan air tawar seperti ikan puyu, ikan 'peras' @ sebarau, ikan haruan dan macam-macam lagi.
Dah siap bubuh garam dan kunyit RM3 sebungkus |
Limpahan banjir baru-baru ini merupakan satu rezeki kepada nelayan-nelayan kecil serta mereka yang hobi memukat. Ini kerana ikan air tawar ini bagaikan pesta bermain air sampai lupa diri dan menjadi rezeki kepada penduduk tempatan.
ikan segar-segar 5 ekor @ RM1, mana nak cari murah begini |
Kunjungan aku ke Kg Nyatoh, Kg Buruk serta Kg Tasik memang untuk meninjau air banjir sambil melilau mencari ikan darat @ air tawar. hasilnya bertemu dengan jualan ikan ini di Kg Buruk, Bandar Permaisuri. Harga pun murah di mana 5 ekor seringgit @RM1, kalau yang dah diperap garam dan kunyit RM3 sebungkus. Apalagi aku borong terus untuk disimpan dalam peti sejuk sebagai bekalan musim banjir. Lagi pun bukan senang nak jumpa ikan spesis ini kalau di bukan musim banjir.
keadaan banjir di jalan Kg Nyatoh ke Bandar Permaisuri |
Cuaca yang kering sehari dua ini payah nak jumpa ikan ini. Jadi kira berbaloi belian aku tempohari boleh makan lama sikit, Janji puas hati meratah ikan darat ini.
Gambar-gambar yang sempat diabadikan semasa aku menjelajah mencari ikan darat tempohari dan juga suasana banjir di Kg Nyatoh, Setiu.
Limpahan banjir memberi rezeki kepada penduduk tempatan mencari rezeki ikan sungai |
Bagi mereka yang teringin nak makan ikan sungai atau darat ini juga boleh mendapatkannya di Gerai Jualan Ikan Kg Nyatoh. Kat sini sentiasa ada udang galah, ikan haruan, belida, baung, toman dan bermacam-macam ikan yang dipancing di sungai. Nanti blogger akan berkongsi semula gerai jualan ini dan kita tengok apa yang ada di sana.
Comments