Posts

Showing posts with the label herba

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Image
  Memperkenalkan Teh Haritaki daripada Setiu herbs Teh yang diperbuat daripàda buah belimbing gunung iaitu Chebulic myrobalan yang telah digunakan lebih 2000 tahun oleh perubatan Ayurveda. Dalam bahasa Cina iai di sebut 'He Zhi'. Manakala dalam bahasa Tibet di sebut ' A ru ra'. Buah ini mengandungi Asid Chebulic yang membuatnya rasa masam yang ia amat baik untuk kesihatan dan bersifat alkali dalam badan. TEH BELIMBING GUNUNG – Rahsia Herba Alam untuk Kesihatan Menyeluruh Diformulasikan dari herba semula jadi belimbing gunung, teh ini bukan sekadar minuman — ia adalah ikhtiar untuk kesihatan dalaman yang lebih baik. ? Khasiat utama: ✔️ Bantu stabilkan paras gula dalam darah (kencing manis) ✔️ Redakan angin dalam badan & kembung ✔️ Kurangkan simptom GERD & pedih ulu hati ✔️ Bantu kawal tekanan darah tinggi ✔️ Merawat sakit sendi akibat gout ✨ Rasa lembut & menenangkan ? 100% semulajadi, tanpa bahan kimia ☕ Mudah disediakan – hanya rendam & minum Minum set...

Cendawan 3K dan khasiatnya

Image
  Cendawan 3K yang amat popular dikalangan orang Asli di Malaysia sebagai penawar dalam kesihatan mereka. Ciri ciri cendawan ini juga unik kerana ia kenyal dan tidak patah. Khasiatnya ia.baik untuk lelaki dan juga perempuan iaitu direbus dan minum airnya bagi melancar aliran dalam tubuh kita. Ia hidup subur di hutan kita kita Hutan tropuka khatulistiwa dan menjadi symber alam yang bernilai. Kalau sapa sapa yang nak dan berjat boleh PM ambe untuk dapatkan samada untuk perubatan atau koleksi. #herbalmedicine #khazanahalam #herbawarisan

Buah Kulim dan khasiatnya

Image
  Buah Kulim Banyak sekali khasiatnya Overview Buah Kulim adalah buah dari sejenis pokok tempatan Malaysia yang terkenal dengan baunya yang seperti bawang putih dan digunakan sebagai perencah masakan oleh masyarakat Orang Asli, terutama di Perak dan Johor. Buah ini hanya tumbuh liar di hutan, dan belum ada usaha untuk mengusahakannya secara komersial. Ciri-ciri Buah Kulim Rasa dan Bau: Ia mempunyai bau yang kuat seperti bawang putih dan sering dibandingkan dengan truffle. Penggunaan Masakan: Buah ini digunakan sebagai perencah dalam masakan, terutamanya oleh masyarakat Orang Asli. Status Penanaman: Buah Kulim tumbuh liar di dalam hutan, dan belum ada usaha penanaman komersial berskala besar. Keunikan: Penggunaan buah Kulim sebagai perencah masakan adalah sesuatu yang unik. Pentingnya Buah Kulim Perubatan Tradisional: Selain untuk masakan, pokok Kulim juga digunakan dalam perubatan tradisional oleh suku kaum Jakun di Johor. Kepentingan Ekologi: Pokok Kulim merupakan sebahagian darip...

Khasiat pokok Susu Kambing dan manfaatnya

Image
  Pokok Susu Kambing atau ada yang panggil susu nabi banyak sekali khasiatnya Euphorbia hirta: Herba Serbaguna dengan Manfaat Mengejutkan Euphorbia hirta, yang lebih dikenali di pelbagai tempat sebagai “rumput asma” atau “lechetrezna”, ialah tumbuhan herba ubatan yang telah digunakan sejak berabad-abad lamanya dalam pelbagai budaya kerana khasiat penyembuhannya yang kuat. Kegunaannya merangkumi daripada rawatan asma, masalah pencernaan, hinggalah merawat masalah kulit. Tumbuhan ini biasanya tumbuh liar di kawasan beriklim panas dan tropika, dan keberkesanannya telah direkodkan bukan sahaja dalam perubatan tradisional, malah juga dalam kajian saintifik moden. Dalam artikel ini, kita akan membincangkan kegunaan yang jarang diketahui, manfaatnya, serta cara penyediaan ramuan semula jadi menggunakan Euphorbia hirta, lengkap dengan panduan yang selamat. --- Manfaat Euphorbia hirta Euphorbia hirta merupakan tumbuhan serbaguna dengan pelbagai manfaat kesihatan. Antara yang utama ialah: 1...

Selery sayur yang mudah dan murah tetapi mempunyai nilai khasiat yang tinggi..

Image
  Khasiat Selery atau Celery Nama saintifiknya iaitu Apium Graveolens L juga dikenali sebagai daun dan batang sup yang banyak dan selalu digunakan dalam masakan terutama sup. Di antara khasiatnya adalah; - ia mampu menurunkan darah tinggi - menghilangkan rasa pening dan sakit kepala -melancarkan kitaran haid -serta mengatasi masalah keputihan Di antara unsur kimia yabg terdapat pada Selery adalah zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, keratin, vitamin A, B kompleks dan C serta magnesium Ia juga bersifat deuretik di mana membantu memperbanyakkan kandungan air kencing bagi melancarkan perkumuhan. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan kolestrol dalam badan bagi mengekalkan kesihatan jantung. Selain itu ia juga dapat mengurangkan keradangan dan dapat melindungi hati serta membantu menurunkan berat badan selain membantu meningkatkan proses pencernaan. Ia adalah sayuran yang amat bermakna dan penuh khasiat yang patut diutamakan didapur anda. Ia juga sayur yang mudah dan murah deng...

Ubi Gadong.. walaupun beracun tetapi berkhasiat.. dan menjadi makanan yang enak orang Terengganu dan Kelantan

Image
Airul Ain Ashri & Azwan Mat Lazim, PhD Ubi gadong merupakan sejenis ubi yang eksotik di negara kita. Ia mungkin menjadi salah satu sumber karbohidrat suatu ketika dahulu, namun kini ubi gadong kian dilupakan. Oleh kerana ia mengandungi komponen sianida dalam kumpulan alkaloidnya, ubi ini perlulah direndam dan dicuci dengan bersih terlebih dahulu bagi membuang racun (discorina) sebelum boleh dimakan atau digunakan sebagai ubatan. Apa yang menarik, ekstrak daripada ubi ini telah digunakan sebagai salah satu ramuan dalam penghasilan racun bagi masyarakat tradisional Melayu dalam menuba ikan dan mengawal makhluk perosak bagi penanaman padi. Selain itu ia turut digunakan oleh pengamal ilmu hitam dalam ramuan santau atau sihir. Oleh kerana ubi ini tidak lagi digunakan secara meluas, maka kumpulan penyelidikan kami telah mengeksploitasi serta memodifikasi hasil daripada ubi ini kepada suatu bahan yang lebih sofisikated. Antaranya hidrogel, surfaktan, pengelmusi, titik nano dan salutan. ...

Pokok Herba Pecah Beling atau Batu Jin... banyak khasiat terutama batu karang

Image
PECAH BELING -------------------- Pokok Pecah Beling yang dikenali juga dengan pelbagai nama seperti Pecah Kaca, Bayam Karang, Ngo Kilo, Keji Beling dan Jin Batu merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia. Daun Pokok Pecah Beling Di Malaysia, pecah beling atau nama saintifiknya (Strobilanthes Crispus) dari keluarga Acanthaceae, mudah ditanam dan hidup subur di kawasan-kawasan lapang atau belukar dan selalu dilihat sebagai rumpai atau tumbuhan yang tidak diingini. Daun pokok pecah beling banyak digunakan dalam perubatan tradisional seperti merawat kanser, kencing manis serta batu karang. Ia digunakan juga sebagai agen diuretic. Mengikut penemuan kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992), ekstrak air pecah beling mempunyai kompoun atau molekul yang boleh merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan mampu merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Manakala kajian makmal yang di...

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Image
SENARAI POKOK HERBA Nama-Saintifik-Pokok-Herba-OLERICULTURE Senarai herba menggunakan nama tempatan mengikut senarai abjad. Nama tempatan disenaraikan bagi kemudahan melihat dan mencari senarai herba dalam senarai nama saintifik dan kegunaannya. Sila tambah senarai jika anda mengetahui nama nama lain. A Agave Sisal / Fucrea - Agave Sisalana Aji Samad - Jackia Ornata Akar Cerita - Andrographis Paniculata Akar Som - Talinum Paniculatum Akar Manis - Glycyrrhiza Glabra Akar Pisang/ Kenanga Bangkok - Artabotrys Hexapetalus Akar Seratus - Peliosanthes Teta Akar Tarum - Marsdenia Tinctoria Akar Tengkuk Biawak - Fagraea Acuminatissima Alamanda Kuning - Allamanda Cathartica Anggerik Kesumba - Ara Beringin - Ficus Benjamina Ara Bumbong - Ara Tanah - Euphorbia Hirta Ara Songsang - Asam Jawa - Tamarindus Indica Asam Karanda - Carissa Carandas Asam Kerat Lintang - Buddha's Hand Lime Asam Gelugur - Garcinia Atrovirdis Asam Paya Kelubi - Eleiodoxa Conferta Ati-ati Merah - Coleus Blume...

Pengunjung blog