Posts

Showing posts with the label ikan haruan

Warung kecil tapi lauknya memang awesome...Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu

Image
Warung kecil ini terletak berhadapan dengan Masjid Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, iaitu pusat bandar bagi Daerah Setiu. Kunjungan sebelumnya ke warung ini dapat menikmati Gulai lemak daun kesom Ikan Tapah,, memang rasa bagai masakan orang tua dan tradisi. Dan kunjungan terbaru pula adalah Gulai lemak daun kesum ikan haruan, memang memukau selera. Lauk lain yang terdapat di warung ini adalah ikan patin asam pedas, ikan puyu goreng, ikan keli goreng, sayur lemak dan pelbagai lagi termasuk sambal belacan, ulam dan tak luypa budu. Bagi yang rindu masakan kampung dan ikan darat, memang terubat. Rasa masakannya memang asli kampung dan cukup masam, masin dan pedasnya. Warung ini juga turut menjual air kelapa muda dan air nira kelapa atau orang tempatan memanggilnya 'air nira'. Bagi yang ingin singgah merasa masakan ikan darat ini bolehlah mencari Masjid Bandar Permaisuri dan warung betul-betul berhadapan dengan pintu masjid di seberang jalan. @terengga...

Makan Ikan 'darat' @ ikan sungai musim banjir... Setiu, Terengganu

Image
Ikan puyu, ikan haruan, ikan 'peras' dan macam-macam lagi ada Salam... Kalau ikut ramalan, gelombang kedua banjir akan melanda lagi wilayah Pantai Timur termasuk daerah aku Setiu. Walaupun sehari dua ini nampaknya cuaca panas menarik dan bolehlah kain dijemur kat luar rumah. Apapun semasa gelombang pertama banjir baru-baru ini, sempat juga melepaskan rindu untuk makan 'ikan darat' atau ikan air tawar seperti ikan puyu, ikan 'peras' @ sebarau, ikan haruan dan macam-macam lagi. Dah siap bubuh garam dan kunyit RM3 sebungkus Limpahan banjir baru-baru ini merupakan satu rezeki kepada nelayan-nelayan kecil serta mereka yang hobi memukat. Ini kerana ikan air tawar ini bagaikan pesta bermain air sampai lupa diri dan menjadi rezeki kepada penduduk tempatan. ikan segar-segar 5 ekor @ RM1, mana nak cari murah begini Kunjungan aku ke Kg Nyatoh, Kg Buruk serta Kg Tasik memang untuk meninjau air banjir sambil melilau mencari ikan darat @ air tawar. hasilnya ...

Pengunjung blog