Posts

Showing posts with the label indonesia

Menjejaki Al Marzaq, Ulama’ Yang Dipancung Kepala di Pulau Tarakan, Kalimantan, Indonesia.. banyak pengajaran cerita

Image
Ceritanya bermula, ketika saya di Makassar kira-kira bulan November lepas, saya berdamping dengan seorang teman yang datang dari Sabah. Saya datang ke Makassar dari Jakarta sementara beliau datang dari Tawau menaiki feri. Beliau mengambil penerbangan ke Makassar dari Pulau Tarakan. Kami berbual panjang di Kota Bugis dan dari minat yang sama, membawa kami bersama-sama menziarahi Makam Sayyid Husein Jamadil Kubro di Wajo, Makam Syaikh Yusof Makassar dan juga Makam Sultan Hasanuddin Gowa. Beliau menceritakan kepada saya, di Tarakan beliau sempat menziarahi Makam Al Arif Billah Habib Hamzah Al Marzaq. Akhir pertemuan kami, beliau menghadiahkan kepada saya makalah tulisan sejarah ringkas Al Habib. Saya membaca sepintas lalu dan terus terpanggil untuk menziarahi

Wisata Alas Kedatok.. katanya nenek moyang orang Bali....

Image
Di antara destinasi lawatan yang dibawa semasa berkunjung ke Bali adalah OBYEK WISATA ALAS KEDATOK yang merupakan dikatakan tempat suci untuk nenek moyang katanya.. Mungkin itu kepercayaan orang-rang Bali terhadap Monyet yang di katakan sebagai Datuk Nenek MEREKA. Sebaik sahaja masuk ke kawasan ini akan disambut oleh makcik-makcik ini yang ramah mesra yang menjual cenderahati kepada kita. Nak beli ke atau tak nak beli, pandai-pandailah menolaknya dengan baik. Mereka juga mencari sesuap nasi dengan meraih rezeki dari para pelancong. Apa yang paling penting di sini adalah berhati-hati dengan monyet-monyet di sini yang nampak memang jinak tetapi agak nakal dan akan mula mengambil barangan seperti topi yang sedang kita pakai, malah kaca mata. Kena waspada dengan pergerakan monyet-monyet ini, jangan terlalu rapat dan kalau boleh jangan sekali-kali tunjuk baik dengan memberi makanan, nanti akan datang gerombolan mengelilingi kita. Apa yang menarik, tempat in...

Baju Kulit Original... memang tulen.. kenangan lawatan di Bali, Indonesia

Image
Pakai baju ni bagai dipeluk ular sawa,,... meremang bulu roma Teringat kenangan ketika berkunjung ke Pulau Bali yang terkenal se anteri dunia di mana berkunjung ke kedai barangan kulit dan cenderahati dan memang asli barangan kulit di sini. Barangan yang diperbuat daripada kulit buaya dan ular sawa memang meremang bulu roma. bagai ular sawa yang membaluti tubuh. kulit buaya asli yang belum diproses untuk dijadikan barangan kalau beg tangan dan beg ini tersentuh masa tidur.. alamak melompat kau.. Harga jangan cakap la.. memang berpatutan dengan barangan yang asli. Dan barangan juga terdapat pelabgai pilihan di Moda Leather. Cuma suasana di Bali sebagaimana maklum penuh dengan sembahan Hindu samada di tepi-tepi jalan mahupun disetiap premis pelancongan, kadang-kadang agak merimaskan. Cukup kuat sekali budaya dan pegangan agama Hindu di kalangan penduduk Bali walaupun rupa dan gaya hidup memang seperti kita. Apabila menjelajah ke luar bandar baru lah rasa suasa...

Jadual Penerbangan baru Kuala Terengganu- Medan oleh YOUWINGS

Image
Pihak Youwings telah mengeluarkan jadual penerbangan baru bagi laluan Kuala Terengganu ke Medan iaitu sebanyak 2 kali sebulan bagi bulan Julai hingga Oktober. Dengan penjadualan baru ini akan memudahkan pihak agensi pelancongan mahupun orang perseorangan untuk merancang percutian ke Medan atau ke Kuala Terengganu. Pihak Youwings juga sedia menguruskan tempahan berkumpulan samada tiket penerbangan sahaja mahupun pakej pelancongan untuk anda www.youwings.com

Delegasi Terengganu ke Let's Go Malaysia di Medan, Indonesia

Image
Seramai 13 agensi terdiri daripada 8 hotel dan resort serta 5 agensi pelancongan dan pegawai SUK Terengganu dan KETENGAH telah mengikuti Program Travel Mart Let's Go Malaysia di Medan, Indonesia pada 2 hingga 4 Oktober 2014. Program ini telah di anjurkan oleh Syarikat penerbangan YOU Wings iaitu rakan penerbangan Sriwijaya Air . Ia di adakan sempena 2 penerbangan terus antarabangsa oleh YOU Wings iaitu daripada MEDAN ke KUALA TERENGGANU dan MEDAN ke IPOH pada November ini. Ia merupakan satu peluang yang hebat dalam meneroka potensi pelancongan dan perniagaan di antara ketiga-tiga destinasi tersebut. Program ini telah dapat menarik ramai hadirin yang terdiri daripada pengusaha agensi pelancongan di Medan untuk hadir dan mendapatkan maklumat mengenai pelancongan negeri Terengganu dan Perak. Majlis ini juga turut di hadiri oleh Pengerusi YOU Wings iaitu Dato' Hakim Hamidi, Pengerusi ASITAS Sumatera Utara, Bapak Solahudin Nasution Ghani, Consul Gen...

Kuala Terengganu akan mempunyai penerbangan Terus dari Medan, Indonesia bermula November ini

Image
Kuala Terengganu akan mengorak langkah sebagai hub pelancongan di pantai timur semenanjung apabila akan mempunyai penerbangan terus Medan, Indonesia ke Kuala Terengganu pada November ini. Ia akan dioperasikan oleh YOU Wings melalui pesawat Sriwijaya Air. Menurut Pengerusi Eksekutif YOU Wings, Daniel Lee, penerbangan ini akan beroperasi 3x seminggu yang dijangka memberi dimensi baru hubungan Medan-Kuala Terengganu dalam pelancongan, perniagaan dan perdagangan. Di samping Kuala Terengganu, ia turut mempunyai penerbangan terus Medan-Ipoh bermula November ini. Negeri Terengganu yang terkenal dengan tagline Negeri Cantik Budaya Menarik dijangka mampu menggamit pelancong dengan tarikan produk pelancongan yang hebat seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Tasik Kenyir serta Bandaraya Kuala Terengganu itu sendiri. Kota Medan yang mempunyai penduduk melebihi 8 juta tentunya mempunyai potensi yang besar terutama dalam menggamit pelancong untuk mengunjungi Terengga...

Pengunjung blog