iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Monday 11 December 2017

Wisata Alas Kedatok.. katanya nenek moyang orang Bali....



Di antara destinasi lawatan yang dibawa semasa berkunjung ke Bali adalah OBYEK WISATA ALAS KEDATOK yang merupakan dikatakan tempat suci untuk nenek moyang katanya.. Mungkin itu kepercayaan orang-rang Bali terhadap Monyet yang di katakan sebagai Datuk Nenek MEREKA.


Sebaik sahaja masuk ke kawasan ini akan disambut oleh makcik-makcik ini yang ramah mesra yang menjual cenderahati kepada kita. Nak beli ke atau tak nak beli, pandai-pandailah menolaknya dengan baik. Mereka juga mencari sesuap nasi dengan meraih rezeki dari para pelancong.



Apa yang paling penting di sini adalah berhati-hati dengan monyet-monyet di sini yang nampak memang jinak tetapi agak nakal dan akan mula mengambil barangan seperti topi yang sedang kita pakai, malah kaca mata.

Kena waspada dengan pergerakan monyet-monyet ini, jangan terlalu rapat dan kalau boleh jangan sekali-kali tunjuk baik dengan memberi makanan, nanti akan datang gerombolan mengelilingi kita.


Apa yang menarik, tempat ini dijaga dengan baik dan elok sekali, bersih dan terjaga. Masuk adalah percuma dan ada sudut menjual barangan cenderahati. Macam-macam ada di sini. harga pun ok juga. Terpulang pada kita dan kalau pandai tawar menawar dapat harga  yang baik.

Kat dalam tu katanya tempat suci dan tidak dibenarkan masuk, hanya untuk penagnut dan acara pemujaan sahaja.

kelawar besar untuk bergambar, kalau ambil pegang dan bergambar kena bayar...


#setiupost
#lawatanbali


No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog