Posts

Showing posts with the label isu

ULASAN CADANGAN PENUTUPAN TAHFIZ ALQURAN Oleh : TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR

Image
Tuan Asmawi Tuan Umar Penasihat Agama & Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) بسم الله الرحمن الرحيم... باسمه تعالى جل شأنه .. قال الله تعالى في محكم كتابه... إنا نحن نزلنا الذكرى وإنا له لحافظون.صدق الله العلي العظيم... Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (Al-Hijr. 9) 1. Taufan kencang serta ribut petir membawa cadangan Tan Sri Zainuddin Maidin,mantan Menteri Penerangan yang mencadangkan agar pusat-pusat serta sekolah tahfiz ditutup? Ada masalah apa dengan sekolah-sekolah tahfiz terkait diri anda? Tulisan ini bukanlah dalam laras dan nuansa politik bahkan ianya menyentuh sentimen umat Islam. Sudahlah kita ini bukan hafiz al quran,kita pula melarang orang lain menyantuni kalam Allah SWT,yang anda jadi adalah AL HABIS. Bercakap tentang hal ini,kalau anda bukan Islam,kita tidaklah menjadi kehairanan. Ini anda seorang muslim. Kadang-kadang kita ini makin tua sepatutnya makin matang berfikir apalagi terkai...

Anda Perlu Tahu... Hak anda sebagai pekerja

Image
Apabila syarikat mahu buang pekerja (retrenchment) kerana masalah kewangan, ini yang anda perlu tahu. Last in, First out (LIFO) adalah satu prinsip di mana maji kan perlu mengutamakan pekerja yang lebih senior daripada pekerja yang lebih junior untuk diberhentikan. Majikan perlu membuang pekerja asing terlebih dahulu dan pekerja tempatan kemudian. Keutamaan perlu diberi kepada pekerja tempatan lebih dari pekerja asing. Ini diperuntukkan di dalam seksyen 60N, Akta Kerja 1955. Pampasan saguhati. Bagi pekerja yang telah berkhidmat selama 1-2 tahun, jumlah pampasan MINIMUM yang telah ditetapkan oleh Akta Kerja adalah 10 hari gaji bagi setiap tahun (10 hari x tahun khidmat). Bagi pekerja yang telah berkhidmat dalam tempoh 2-5 tahun, jumlah minimum adalah sebanyak 15 hari gaji bagi setiap tahun. Manakala bagi pekerja yang telah berkhidmat selama lebih dari 5 tahun, jumlah pampasan adalah sebanyak 20 hari gaji bagi setiap tahun kerja. “Saya dah terima pampasan, tapi saya da...

Datuk Farid Kamil disahkan positif ganja...alahai

Image
KUALA LUMPUR – Pelakon Farid Kamil disahkan positif dadah jenis ganja selepas didakwa melakukan kekecohan di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan tangkapan pelakon terbabit. “Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja. “Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967,” ujarnya Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, bintang filem Lagenda Budak Setan berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara. Susulan itu, seorang anggota polis telah membuat laporan polis yang menyebabkan pelakon itu kini ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. – K! ONLINE admin: kalau sudah menjadi public figure, sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat. Baru saja dapat anugerah akan teta...

Iqram Dinzly Perlukan Pertolongan, Rawatan - Pakar- M Star Online

Image
PETALING JAYA:  Tekanan perasaan, kemurungan dan masalah kerjaya mungkin menjadi faktor pelakon Iqram Dinzly bersikap pelik sejak kebelakangan ini. Ketua Unit Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris,  Dr Fauziah Mohd Saad  berkata, pelakon berkenaan perlu mendapatkan rawatan psikiatri bagi menyelesaikan masalah mental yang dihadapinya. "Kita patut bersimpati kepada dia kerana baru kehilangan bapanya. Kematian orang tersayang boleh menyebabkan kemurungan dan tekanan apatah lagi Iqram kehilangan bapanya baru-baru ini. Iqram Dinzly "Jalan terbaik ialah dia perlu jumpa pakar sakit jiwa bagi memastikan di mana  stage  yang dilaluinya itu dan mendapatkan rawatan yang sesuai," ujarnya kepada  mStar Online. Iqram Dinzly Dikatakan Bersikap Pelik, Kurang Waras Dr Fauziah Mohd Saad Beliau mengulas isu perlakuan pelakon Iqram Dinzly yang kini menjadi tular apabila dia sering melakukan aksi-aksi pelik dan lucah di laman sosial. ...

Beberapa Kemungkinan yang menyebabkan tanah kita boleh hilang.. berikutan isu tanah FELDA...

Image
Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita tanah FELDA. Bila dah kecoh berita macam ni, timbul satu persoalan. Macam mana tanah yang kita miliki boleh hilang hak milik? Jemput hadamkan perkongsian Tuan  Salkukhairi Abd Sukor  ini kalau korang serius nak tahu. – Sehari dua ini tular tentang kisah FELDA yang dikatakan hilang hakmilik tanah mereka di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur tanpa disedari oleh pihak pengurusan mereka. Sebenarnya perkara ini bukan sahaja berlaku kepada tanah milik sesebuah organisasi, tetapi juga biasa berlaku kepada tanah milik individu. Berdasarkan pengalaman saya, di sini saya kongsi kan kemungkinan-kemungkinan boleh berlakunya keadaan sesuatu tanah itu boleh hilang hakmilik. Kemungkinan #1 : Unsur penipuan  Wujudnya unsur-unsur penipuan, desakan atau salah nyata daripada mana-mana pihak terhadap tuan tanah sehingga menyebabkan tuan tanah menandatangani dokumen pindah milik dan menyerahkan geran tanah asal dan lain-lain ...

Isu IMAMS iaitu Pelaksanaan Integrated manasik Monitoring Systems yang mendapat bantahan ramai...

Image
Sidang Media Sempena Pelaksanaan Integrated Manasik Monitoring Systems (IMAMS) bersama YB Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Sistem Bersepadu atau Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) telah berkuatkuasa hari ini ke atas semua 65 Agensi Pelancongan berstatus Muasassah di Malaysia yang dilesenkan dengan Lesen Khas Umrah sejak 1 Oktober 2017. Sistem IMAMS menawarkan perlindungan takaful yang komprehensif kepada semua Agensi Pelancongan dengan kadar RM 90.10 bagi setiap jemaah. # IMAMS   # SayangMalaysia Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia KENYATAAN MEDIA Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia (KPK) telah mengumumkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Maklumat Pemantauan Bersepadu Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) pada 15 Disember 2017. Susulan itu, pelbagai reaksi telah diterima oleh KPK terhadap inisiatif tersebut. Dalam hal ini, Lembaga Pengarah syarika...

Bilik hotel bakal lebih mahal dengan 'cukai pelancongan'

Image
"Cukai Pelancongan" yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos akan menyaksikan pelanggan membayar sehingga RM20 semalam untuk sebuah bilik hotel. Cukai itu bakal turut membabitkan sesiapa saja yang menginap di mana-mana premis hotel di Malaysia, termasuk rakyat tempatan dan mereka yang melakukan perjalanan bagi tujuan perniagaan dan bukan santai. Ia bakal dilaksanakan selepas Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan diluluskan di Parlimen pada sidang yang lalu. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, kerajaan boleh mengutip sehingga RM654 juta jika kadar penginapan adalah pada 60 peratus. Menurut Kastam Diraja Malaysia, kadar cukai adalah berdasarkan kepada penarafan penginapan. Kadar cukai itu adalah seperti berikut: 1. Lima bintang: RM20 bagi setiap malam 2. Empat bintang: RM10 bagi setiap malam 3. Satu hingga tiga bintang: RM5 bagi setiap malam 4. Satu hingga tiga orkid: RM2.50 bagi setiap malam 5. Tidak dinilai: RM2.50 bagi se...

Laporan Khas Pasar Payang- Sinar Harian

Image
Leda Gordano bersama temannya, Bas Van Erp, sedang asyik menikmati makanan tradisional Terengganu di Pasar Payang. Abdullah menunjukkan gambar struktur asal Pasar Payang yang diambil pada 1970. Rohimah sedang mengupas bawang putih untuk dijual di tapak perniagaannya di Pasar Payang. KUALA TERENGGANU – Hampir 95 peratus peniaga di Pasar Payang menolak sekiranya tapak pasar berkenaan digantikan dengan bangunan berhawa dingin setinggi empat tingkat. Peniaga, Abdullah Chik, 52, berkata, mereka tidak menolak pembangunan malah ingin kawasan itu ditambah baik dengan membaik pulih serta menambah kawasan parkir kenderaan bagi mengelak kesesakan, namun mereka tidak setuju sekiranya struktur asal pasar warisan itu diruntuhkan dan dibina baru. “Kita tidak tolak pembangunan, apa yang kita mahu ialah identiti asal Pasar Payang dikekalkan, sementara kawasan di sini dibaiki tanpa meruntuhkan struktur asal bangunan yang diwarisi sejak 46 tahun ini. “Pelancong bukan mahu lihat bangunan ...

Isu Pasar Kedai Payang selesai- Teganu Kita

Image
Beginilah ilustrasi artis menggambarkan keadaan bangunan baru Pasar Payang besreta bangunan hotel dan apartmen yang akan dibina kelak Isu pasar baru Kedai Payang selesai Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Suriati Ali  Isu bantahan segelintir peniaga berhubung cadangan kerajaan negeri membina pasar baru Pasar Payang selesai apabila mereka bersetuju dengan cadangan tersebut hasil pertemuan dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, hari ini. Menteri Besar Dato'Seri Haji Ahmad Said ketika berbincang dengan Persatuan Peniaga dan  Penjaja  Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu di Sri Iman hari. Dalam pertemuan itu yang diadakan di Seri Iman, Menteri Besar bersetuju menerima cadangan peniaga untuk menempatkan semula semua peniaga yang beroperasi di Pasar Payang ke bangunan baru setelah pembinaannya siap kelak. Sebelum ini, segelintir peniaga membantah cadangan projek membina bangunan baru Pasar Payang empat tingkat dan berhawa dingin kerana peniaga ikan da...

Pengunjung blog