ULASAN CADANGAN PENUTUPAN TAHFIZ ALQURAN Oleh : TUAN ASMAWI BIN TUAN UMAR

Image result for zam tahfiz

Tuan Asmawi Tuan Umar
Penasihat Agama & Media
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
بسم الله الرحمن الرحيم...
باسمه تعالى جل شأنه .. قال الله تعالى في محكم كتابه...
إنا نحن نزلنا الذكرى وإنا له لحافظون.صدق الله العلي العظيم...
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (Al-Hijr. 9)
1. Taufan kencang serta ribut petir membawa cadangan Tan Sri Zainuddin Maidin,mantan Menteri Penerangan yang mencadangkan agar pusat-pusat serta sekolah tahfiz ditutup? Ada masalah apa dengan sekolah-sekolah tahfiz terkait diri anda? Tulisan ini bukanlah dalam laras dan nuansa politik bahkan ianya menyentuh sentimen umat Islam. Sudahlah kita ini bukan hafiz al quran,kita pula melarang orang lain menyantuni kalam Allah SWT,yang anda jadi adalah AL HABIS. Bercakap tentang hal ini,kalau anda bukan Islam,kita tidaklah menjadi kehairanan. Ini anda seorang muslim. Kadang-kadang kita ini makin tua sepatutnya makin matang berfikir apalagi terkait kepentingan umat Islam. Ini tidak makin tua makin gawat fikirannya. Jika pun ada insiden yang melibatkan beberapa institusi tahfiz yang terlibat dalam musibah bencana kebakaran dan sebagainya,makanya itu bukan kehendak manusiawi dan yang jelas itu adalah iradat ilahi. Al-Qur’an sebuah kitab yang sampai saat ini terjamin keasliannya dan kemurniannya semata-mata hanya sebuah kurnia Allah SWT kepada umat manusia. Kemurnian dan keaslian Al-Qur’an di pelihara oleh Allah dengan cara yang simple-simpel saja, salah satu caranya, iaitu: Melalui hafalan kaum muslimin dan muslimat.
2. Dengan memberikan daya ingat yang kuat kepada orang-orang yang di kehendaki oleh Allah maka sesungguhnya Allah telah menjaga Al-Qur’an tersebut. Manusia-manusia yang hafal Al-Qur’an sama halnya seperti orang awam yang ingat dengan (kepada) angka 0-9 atau A-Z. Demikian mudahnya bagi para penghafal Al-Qur’an, maka tak satu tanda baca dan tak satu huruf pun yang tidak lepas dari pengawasannya.
3. Kita teramat maklum kata-kata anda bertutur demikian atas sifat keterbukaan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang dilihat lebih terbuka menerima dan mendengar pandangan rakyat tapi kita amat yakin dan percaya YAB Perdana Menteri tidak sedangkal fikiran anda malahan pada kepimpinan dan pemerintahan beliau selama 22 tahun pelbagai agensi Islam beliau wujudkan antaranya BAHEIS bertukar kepada JAKIM,Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) serta sewaktu beliau tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri beliau masih menjadi pucuk pimpinan tertinggi selaku Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) sehingga sekarang. Jadi jika mahu membodek YAB Perdana Menteri , kita fikir cadangan ini memberikan impak negatif kepada diri anda sendiri. Setiap benda atas muka bumi ada permasalahan tersendiri namun apa yang jelas ianya menuntut kebijaksanaan kita menyelesaikannya bukan lari daripada masalah.
4. Liberaslime dalam pemikiran yang dialami oleh ramai pihak sudah mula melihat agama itu sebagai ancaman. Apakah di zaman kepimpinan YAB Tun ini , anda tidak ditawarkan sebarang jawatan makanya anda ribut seribu bahasa. Lupakah kita pada zaman beliau mengemudi RTM Angkasapuri Rtm , siaran Al Quran telah dihentikan dan juga rancangan - rancangan agama banyak di"ghaib"kan. Anda ingat tidak?
5. Saudara Tan Sri Zam dan kita semua maklum,jika sesuatu institusi itu ditadbir dengan baik (good governance) dalam kes ini institusi tahfiz yang diurus secara berstruktur contohnya Darul Quran JAKIM dan banyak pusat tahfiz swasta lain,ianya telah berjaya melahirkan penegak dan penyubur syiar agama. Jika ianya dikatakan membuka ruang kepada perdagangan ustaz-ustaz ; bererti dalam aspek sempit yang hanya dilihat dalam sudut yang amat terpencil.
6. Memang tidak dinafikan banyak kes yang berlaku sekarang umpama berkeliaran orang yang memungut derma terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan mengatasnamakan sebagai pembiayaan pusat tahfiz dan sebagainya. Justeru hal ini lebih khusus pembangunan dan pembiayaan pusat tahfiz jika pun tidak dibantu langsung oleh dana pihak kerajaan maka hasil kutipan zakat di setiap negeri mampu untuk mengatasi masalah ini sekiranya pendiri-pendiri pusat tahfiz diberikan panduan dalam pengurusan sesebuah organisasi tahfiz dengan lebih telus dan efisen.
Kalau benar pun mahu mengampu,penyokong parti apa pun makan marah dengan kenyataan yang dianggap bercanggah atas sentimen dan semangat keislaman.
Setakat ini dahulu ada masa kita sembang lagi..

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Pengunjung blog