Posts

Showing posts with the label jalan cari makan

Restoran Masakan Sumatera di Jerteh, terkenal dengan Ayam Kampung Goreng

Image
Baru baru ini ke bandar Jerteh dan tiba waktu tengahari , mencari destinasi makan tengahari. Teringat ada sebuah restoran masakan Sumatera dekat dengan Pejabat Pos Jerteh dan J&T.   Ia menjadi kegemaran mereka yang sukakan ayam kampung goreng. Admin memilih lauk daging masak hitam dan bergedil dan untuk lebih sedap kuahnya kena campur serba sikit macam pakcik pelanggan sini cakap ala ala nasi kandar gitu. Ya memang sedap cuma cari sambal yang selalu jumpa bila makan nasi padang tapi tak jumpa. Yang ada cuma sambal belacan. Apapun ia tetap menyelerakan. Suasana restoran juga selesa dan tempat letak kereta yang banyak. Harap pihak PBT tak datang kompoun, kalau tidak kena bayarlah RM5 kompoun.  Ia sentiasa menjadi pilihan ramai dan ada pelanggan tetap dan setia. Sedang Admin tengah makan ada 2 pasangan warga emas datang nak makan lauk urat keting tapi belum masak. Mereka sanggup tunggu 30 minit lagi. Nampaknya kena datang lagi apa yang istimewa lauk urat keting di sini.. Loka...

Restoran Jabina, Bandar Baru Nilai , masakan ori Thai yang sedap... puashati

Image
  Somtam yang sedap Baru baru ini kebetulan admin dan keluarga ada urusan pendaftaran anak sulung di UIA Gombak, sempat ziarah dan singgah rumah ipar di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Perjalanan kira-kira 1 jam daripada Gombak dan Maps Google cadangkan laluan Lebuhraya PLUS dengan exit di Bukit Mahkota dan melalui jalan Jenderang-Dengkil. Walaupun jalan akan berliku tetapi tidak begitu sibuk dan sampai di Bandar Baru Nilai setelah sejam perjalanan. Malamnya selepas Maghrib, kami sekeluraga dibawa untuk makan malam di Restoran Jabina di Bandar Baru Nilai. Melangkah masuk kedai sudah nampak ala Thai Stall dengan Somtam dan pulut pauh. Nampak macam sedap. Udang Celup Tepung Rupanya pesanan awal telah dibuat. Sebaik tiba makanan sudah tersedia terhidang di atas meja. Jadi tanpa perlu menunggu dan kedai atau restoran pun nampak meriah dan sentiasa ramai pengunjung. Cuma perlu membuat pesanan untuk minuman dan makanan tambahan saja. Menu yang di pilih adalah Somtam yang memang sedap...

Nasi Sup dan Daging serta ayam bakar yang menyelerakan di Kg Cherang Meliling, Jerteh, Besut, Terengganu

Image
  Bagi yang suka menu ringkas untuk makan tengahari boleh mencuba di Anjung Dinaa Selera Mesra berhadapan SK Alor Keladi. Dengan Menu Daging Bakar, Ayam Bakar, Ikan Bakar serta sup samada sup tulang atau sup perut bersama nasi sudah memadai untuk selera tengahari. Yang pasti semuanya sedap dan menyelerakan. Harga pun berpatutan.  Dibuka bermula jam 11.00 tengahari hingga habis sekita jam 4.00 petang dan sentiasa menjadi tumpuan pengunjung walaupun berada sedikit keluar dari bandar Jerteh. Rasa daging dan ayam bakarnya cukup sempurna rasa dan dipadankan dengan sup panas memang menambat selera. Jika anda dari Jerteh, ia terletak di sebelah kiri jalan berhadapan dengan SK Alor Keladi.

Nasi Air Special di Restoran Fasha Thai, Jalan Kmaruddin, Kuala Terengganu... sentiasa terbaik

Image
  Setiap rasa kurang selera menjamah nasi, ini adalah antara menu teratas yang menjadi pilihan iaitu Nasi Air Special di Restoran Fasha Thai, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu. Aroma dan rasa nasi airnya yang memang enak di adun dengan bahan bahan yang ringkas saja sudah menambat selera. Dan apabila ditambah dengan Kangkung Goreng Taucu... fuh memang menyangkut dan menambat selera. Menu ini boleh dikatakan antara 'Signature Dish' di sini walaupun banyak lagi menu lain yang tidak kurang enaknya. Selalunya apabila order nasi air akan dibergukan dengan Laichikang Panas. Baru mgam. Nak cerita panjang panjang kan rasa lapar pulak. Anda boleh mencubanya di Restoran Fasha Thai, untuk mencari lokasi hanya perlu menaip nama restoran di Google atau Maps, insyalah maklumat dan lokasi akan tertera. selamat mencuba

Rasa nak Makan Rojak Keling.....kat mana paling best di Terengganu?

Image
Baru-baru ini admin kebetulan ada urusan di Kuala Terengganu, tiba-tiba rasa nak makan Rojak Ayam atau orang Terengganu panggil Rojak Keling. Tak tahulah kenapa ia digelar Rojak Keling. Apapun rojak ayam Terengganu ini memang unik dan sedap dengan kuahnya berkacang masam manis cukup rasa dengan jemput atau cekodok, tauhu goreng, telur ebus, ubi kentang rebus yang digoreng bersama salad dan hirisan ayam. Ada yang memasukkan paru dan limpa goreng. Restoran Hidayah di Jalan Bukit Kecil berhampiran dengan Pasaraya Sabasun. Memang sedap rojak sini. Minta kuah lebih sikit. Ada banyak kedai atau restoran yang menjual Rojak Ayam yang sedap di Terengganu ini , di antaranya: Restoran Nasi Ayam Nurul Iman, Batu Buruk Rojak Sultan Chendering Rojak Ayam Buluh Gading Rojak Ayam Batu 6, Hadapan Pasar Batu 6 Dulu ada satu restoran yang admin rasa terbaik untuk Rojak Ayam iaitu di Pulau Kambing depan Kedai Perabot Tat Heng, lepas tutup tak tahu pindah kat mana. Rasa rojak ayam di si...

Pengunjung blog