Restoran Masakan Sumatera di Jerteh, terkenal dengan Ayam Kampung Goreng


Baru baru ini ke bandar Jerteh dan tiba waktu tengahari , mencari destinasi makan tengahari.
Teringat ada sebuah restoran masakan Sumatera dekat dengan Pejabat Pos Jerteh dan J&T.

 
Ia menjadi kegemaran mereka yang sukakan ayam kampung goreng.
Admin memilih lauk daging masak hitam dan bergedil dan untuk lebih sedap kuahnya kena campur serba sikit macam pakcik pelanggan sini cakap ala ala nasi kandar gitu.
Ya memang sedap cuma cari sambal yang selalu jumpa bila makan nasi padang tapi tak jumpa. Yang ada cuma sambal belacan.
Apapun ia tetap menyelerakan.


Suasana restoran juga selesa dan tempat letak kereta yang banyak. Harap pihak PBT tak datang kompoun, kalau tidak kena bayarlah RM5 kompoun. 

Ia sentiasa menjadi pilihan ramai dan ada pelanggan tetap dan setia.

Sedang Admin tengah makan ada 2 pasangan warga emas datang nak makan lauk urat keting tapi belum masak. Mereka sanggup tunggu 30 minit lagi. Nampaknya kena datang lagi apa yang istimewa lauk urat keting di sini..

Lokasinya di sebelah kanan jalan Pasir Akar jika anda nak ke Hospital Besut berhadapan dengan kedai Hardware sohor di Jerteh iaitu Kedai Sitt Tah atau orang Besut panggil Kedai Sita.

Selamat menjamu selera.

#besut

#makandimana

#jalanjalancarimakan



Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Keputusan Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015

Makanan Timur Dari Lidah Orang Barat

CERI TERENGGANU: TUMBUHAN UNIK BERKHASIAT TINGGI

AMazing Terengganu: Bahasa Teganung.. jom kita kenal loghat Teganung

Pengunjung blog

1004910