Posts

Showing posts with the label kemaman

Percutian di Kelip Kelip Palmstay Seri Bandi, Kemaman... kembali kepada alam...

Image
Pakej 2 hari 1 malam di Kelip Kelip Palmstay Seri Bandi.. Kelip Kelip Palmstay Seri Bandi berkonsepkan "Back To Nature" dan penginapan "ala perkhemahan atau Gla mping"... Sesuai kepada yang mencari ketenangan serta masuk hutan hikking.. Dan pada peminat memancing sambil santai (tangkap dan lepas) joran ada di sediakan..  P/s Pakej ini dibuka bermula Nov hingga Mac sahaja.. Harga Promotion 2h 1m RM 120.00/orang (min 10 orang keatas)..  Termasuk : Welcome drink BBQ Sarapan Pagi Makan tengahari Guide Transport Penginapan... Berkonsep glamping.. Rebutlah peluang musim cuti dengan bijaksakna.. Hubungi @ wassap 0199174012 Encik Ghani sumber: Fb  Ghani Kelipkelip Mohd Nor # satusatuaktvtdikemaman # keseronokman # kepuasankemamamidaman # JOMJALANJALAN #setiupost

Resort World Kijal, Kemaman, Terengganu , pengalaman percutian yang menyeronokkan....

Image
Lobi Resort World Kijal yang mengagumkan Kesempatan cuti menjelang Krismas 2016, ambil peluang untuk bawa anak-anak bercuti. Banyak sempenanya iaitu harijadi anak yang ke 4, hadiah anak sulung PT3 11A dan juga habisnya Program Hafazan Cuti sekolah hampir sebulan. Pening juga memilih lokasi cadangan, tak nak jauh sangat. Fikir punya fikir kami pilih Resort World Kijal yang dulunya dikenali sebagai Awana Kijal, di Kijal Kemaman.  Memilih bercuti dalam Terengganu juga sempena meraikan Visit Beautiful Terengganu 2017 bahawa Terengganu sememang mempunyai destinasi percutian yang hebat dan menawan. Jacuzzi satu keluarga .. seronok Sampai sahaja di lobi RW Kijal kami bagaikan disambut untuk bercuti. Layanan daripada staf RW Kijal memang menawan. Anak-anak dah nampak seronok dan tak sabar-sabar untuk ke kolam renang. pemandangan kolam dari bilik kami yang mengadap laut Dari bilik jelas nampak suasana kolam renang yang meriah. Apalagi kami pun melepaskan penat...

Terengganu, laut dan pulau.. inilah kehidupan rakyatnya

Image
Apabila di sebut laut, pantai dan pulau, ia amat sinonim dengan Terengganu Darul Iman, Negeri yang cantik dan mempunyai segalanya. Ia adalah negeri yang bertuah dan mempunyai banyak sekali produk dan potensi pelancongan. Apabila di sebut penyu, ia sememangnya melambangkan Terengganu di mana suatu ketika dahulu Rantau Abang adalah destinasi dunia untuk melihat penyu. Sebenarnya pendaratan penyu adalah disepanjang pantai Terengganu termasuk pulau-pulau. Hingga hari ini ia masih menjadi tarikan dan kini pelancong boleh mengunjungi Pantai Teluk Maknik atau 'Monica Bay' di Kemaman yang sentiasa mencatatkan lebih 2000 pendaratan penyu sepanjang tahun. Program pemuliharaan penyu sememangnya giat dan sentiasa dalam pemantauan bagi memastikan ianya terus mendapat perlindungan yang sewajarnya. Berjuta juta telur penyu telah diramkan dibawah program pemuliharaan dan jumlah pelepasan anak penyu juga tinggi. Namun cabaran penyu yang merantau ke seluruh pelusuk dunia agar sukar u...

Rumah Jambi Terengganu.. warisan berharga

Image
KEMAMAN – Reka bentuk unik Rumah Jambi yang berbumbung limas bungkus dan bertanduk kerbau kerana menerapkan unsur tradisi binaan Jambi, Sumatera, membuatkan rumah yang terletak di Kampung Laut, Pasir Gajah, Air Putih ini menjadi salah satu tinggalan sejarah yang sangat berharga buat daerah ini. Berikutan keistimewaan itu, Rumah Jambi yang kini mencecah usia 75 tahun bukan sahaja menjadi tempat wajib dikunjungi pelancong yang singgah di Kemaman, malah ia juga menjadi tarikan buat pengkaji sejarah. Bangunan indah ini dikatakan dibina anak raja Jambi, Sumatera, Engku Mahmud Tengku Abu Bakar yang melarikan diri ke Tanah Melayu bersama pengikutnya apabila kawasan mereka diserang tentera Belanda ketika Perang Dunia Pertama meletus pada 1914. Pelayaran mereka mengambil masa selama tiga bulan melalui jalan darat dan air, sebelum Engku Mahmud yang juga seorang tokoh agama terkenal menerokai dan membuka Kampung Pasir Gajah. Difahamkan Rumah Jambi mula dibina pada 1933 sebelum siap sepen...

Percutian mendamaikan di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu

Image
Oleh Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my BERTARAF eksklusif, lokasi Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort di tepi pantai Laut China Selatan amat mendamaikan. Pusat peranginan pertama di Terengganu ini berkeluasan 323.745 hektar dikelilingi kawasan hijau tropika dan pantai persendirian sepanjang 7.6 kilometer (KM). Dirasmikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 1993, resort bertaraf lima bintang ini mengambil inspirasi resort terkenal di dunia iaitu Bayan Tree Resort, Sanctuary Cove dan Bintang Island Resort di Indonesia. Mengekalkan campuran seni bina Melayu klasik, Awana Kijal dianggap unik kerana ia adalah resort pertama yang mempunyai atrium setinggi 24.384 meter. Bilik penginapan selesa daripada bilik Deluxe sebanyak 198 unit, bilik Premier Seaview (80 unit), bilik Premier Non Seaview (46 unit), Deluxe Suite (7 unit), Premier Suite (7 unit) dan Duplex Suite. Sama ada menghadap laut atau melihat ke...

Asal- Usul Kemaman

Image
Daerah Kemaman iaitu daerah yang paling selatan di Negeri Terengganu. Tahukah anda asal usul 'Kemaman' dan siapakah yang memberikan nama tersebut? Mari sama-sama kita telusuri sejarah dan hikayat tentang asal usul Kemaman ini. Mungkin ramai yang tahu bahawa asal usul nama 'KEMAMAN' adalah daripada sebutan 'KERA MAMAN'. Tetapi lama-kelamaan nama daerah ini telah dipendekkan menjadi KEMAMAN sebagaimana sebutan sekarang. Mengikut sejarah kira-kira 100 tahun yang lalu, ada satu kumpulan pelayar yang terdiri daripada para pedagang serta pendakwah agama Islam telah berlabuh di muara Sungai Kemaman. Mereka ini dipercayai sedang mencari perlindungan dari serangan lanun di negara asal mereka iaitu di Selatan Siam. Sedang mereka sedang berehat di muara sungai tersebut, ketua kumpulan pedagang tersebut iaitu 'Lebai Saras' telah terlihat sekumpulan monyet sedang bermain-main di dahan pokok ditebing sungai. Lalu ia berkata, " Hai awak-awak, cuba lihat monyet-mo...

Pengunjung blog