Percutian mendamaikan di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu


Oleh Siti Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my

BERTARAF eksklusif, lokasi Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort di tepi pantai Laut China Selatan amat mendamaikan.

Pusat peranginan pertama di Terengganu ini berkeluasan 323.745 hektar dikelilingi kawasan hijau tropika dan pantai persendirian sepanjang 7.6 kilometer (KM).

Dirasmikan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Oktober 1993, resort bertaraf lima bintang ini mengambil inspirasi resort terkenal di dunia iaitu Bayan Tree Resort, Sanctuary Cove dan Bintang Island Resort di Indonesia.

Mengekalkan campuran seni bina Melayu klasik, Awana Kijal dianggap unik kerana ia adalah resort pertama yang mempunyai atrium setinggi 24.384 meter.

Bilik penginapan selesa daripada bilik Deluxe sebanyak 198 unit, bilik Premier Seaview (80 unit), bilik Premier Non Seaview (46 unit), Deluxe Suite (7 unit), Premier Suite (7 unit) dan Duplex Suite.

Sama ada menghadap laut atau melihat kehijauan padang golf, setiap bilik dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk televisyen paparan cecair kristal (LCD), peti ais mini, peti keselamatan, pemain cakera padat dan ketuhar gelombang mikro.

Turut disediakan, dua bilik untuk pengunjung orang kelainan upaya (OKU) yang serba lengkap, malah suis elektrik serta nombor bilik diukir tulisan ‘braile’ untuk menghormati keperluan golongan ini.

Rasai keenakan masakan Chef Abu Bakar dan Chef Omar Maidin dalam memperkenalkan hidangan masakan Melayu Terengganu seperti laksam, nasi dagang, ketupat sotong dan daging gulai kawah yang berharga RM23.

Disediakan secara bufet atau ala carte, hidangan ini disediakan di Restoran Kampung Meraga Beris manakala makanan ala Barat boleh dinikmati di Italian Corner serta Waterfall Cafe.

Manjakan diri dengan menikmati urutan Jawa tradisional di Taman Sari Royal Heritage Spa menerusi teknik urutan Jawa yang meng�asyikkan.

Bermula dari RM250, spa ini menawarkan pelbagai urutan menyegarkan menerusi pakej disediakan seperti Samapta Purwa, Pengimbang Raga, Indrata Jatsparsa dan Asmaragama yang berharga RM825.

Bermain golf 18 lubang yang direka bersebelahan laut membiru. Selain dikunjungi tetamu hotel, Awana Kijal Golf turut bertindak sebagai tuan rumah dalam kejohanan golf.

Jika bosan, pengunjung boleh melakukan aktiviti tepi pantai seperti bermain jet ski, kayak, ‘tubing’, atv, ‘banana bot’ dan bola tampar.

Pengunjung berkesempatan melawat sekitar Kijal yang menawarkan pelbagai tarikan terutamanya melihat kelip-kelip di Sungai Yak Yah, Ibok dengan jutaan kelip-kelip yang sentiasa mewarnai sepanjang sungai.

Singgah di Pusat Anyaman Mengkuang Kampung Cherating untuk melihat hasil tangan anyaman asli atau ke Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating bagi mengenali lebih mendalam hidupan penyu.

Sebelum pulang, pastikan pengunjung menikmati makanan ringan seperti keropok lekor yang dibuat sepenuhnya daripada ikan parang dan satar, otak-otak serta pulut jantung yang enak di Warung Aziz Satar.

Dari Cherating hanya memerlukan 30 minit namun dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Pantai Timur mengambil masa hampir tiga jam atau tempah Firefly dari Subang ke Lapangan Terbang Kerteh.

Blogger: Lama sungguh tak berkunjung dan menginap di Awana Kijal ini, memang menarik dan menyeronokkan di sini, makanan di sini pun sedap.

foto: daripada Google Image

Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Air Mineral Recaz, keluaran terbaru Cas Ligas, Kumpulan PMINT...

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

Pengunjung blog