Posts

Showing posts with the label kg fikri

Gerai Jualan Hasil Laut dan Kraft di Kg Fikri, Setiu, Terengganu.. segar dan murah

Image
  Balik dari Besut tadi singgah dekat Gerai Jualan Hasil Laut di Kg Fikri, Setiu, Terengganu Niat nak cari ketam nipah dan lokan. Dapatlah ketam nipah dalam 2kg lebih dengan harga rm35 sekg. Juga kita beli lokan dengan harga 3kg untuk RM10. Lokan ni masak dan di makan segar memang sedap. juga ada tiram dan kepah segar. Kebanyakan hasil ini adalah pencarian nelayan di kawasan Fikri dan Kuala Setiy ini yang amat kaya dengan pelbagai sumber hasil laut.

Rumah Tamu Fikri, Setiu, Terengganu.. percutian privasi untuk anda...

Image
Rumah Tamu Fikri yang terletak di Kg Fikri, Setiu, Terengganu yang juga terletak di destinasi tarikan baru pelancongan negeri Terengganu iaitu Setiu Wetland menyediakan kemudahan penginapan yang privasi untuk anda. Rumah yang cukup selesa ini mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik air serta mempunyai ruang tamu yang luas dan selesa serta berhawa dingin. Ia lengkap dengan kemudahan peti ais, mesin basuh, peralatan memasak, pemanas air serta periuk nasi elektrik dan kemudahan BBQ Malah bilik air juga juga disediakan di luar rumah yang turut mempunyai kemudahan parking yang luas dan selesa. Rumah penginapan ini juga mempunyai kemudahan jeti peribadi dengan kemudahan bot untuk pakej ke pulau samada Redang atau Perhentian mahupun trip memancing atau bercandat. Menarik bukan! Suasana dan persekitaran rumah ini sendiri cukup tenang dan mendamaikan di pinggir lagun Setiu yang cantik. Bagi harga sewaan adalah dengan kadar RM300 sehari dan anda boleh hubungi t...

Sejarah Setiu: Kampung Payang kini jadi lautan.

Image
Abdul Rahman menunjukan laluan bot untuk ke Kampung Payang suatu ketika dahulu. Oleh: Aminudin Ismail. RAMAI yang tahu Kampung Payang yang terletak berhampiran Kampung Fikri, Daerah Setiu tetapi tidak ramai yang tahu di mana kedudukan sebenar Kampung Payang itu kerana sebahagian kampung itu kini menjadi lautan akibat fenomena alam iaitu hakisan laut akibat ombak membadai pantai. Semalam wartawan Teganukita ke Kampung Kuala Setiu, Setiu untuk berjumpa dengan seorang orang lama di kampung itu bagi menyingkap kembali kisah Kampung Payang  yang pernah menjadi nadi bagi daerah Setiu suatu ketika dahulu itu. Abdul Rahman Ismail, bekas Penghulu Kampung Kuala Setiu yang kini berusia 82 tahun itu masih lagi sihat dan mampu mengingati peristiwa lama dengan baik termasuklah beberapa perkara tentang Kampung Payang. Beliau yang pernah berkahwin dengan penduduk Kampung Payang itu, berkata ibubapa penduduk Kampung Fikri sekarang ini adalah kebanyakannya berasal dari Kampung Payang dan mer...

Jadikan Kampung Fikri tumpuan Pelancong-Mohd Jidin

Image
Cantik..peserta melepaskan tanglung ke udara. SETIU: Kampung Fikri , di sini, bakal menjadi tumpuan pelancong apabila kerajaan negeri bersetuju membangunkan satu tempat di kampung itu dengan mengadakan pelbagai aktiviti permainan tradisi rakyat kaum Cina Tiong Hoa dan Siam. Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato’ Mohd Jidin Shafee , berkata pihaknya bersedia membantu dari pelbagai aspek untuk memajukan pelancongan di kampung itu termasuklah menguruskan kemasukan pelancong luar. Mohd Jidin(baju batik), Che Zulkifli(baju merah) hadir meriahkan pesta tanglung. “Kalau boleh mulai tahun ini kita buat satu permainan tradisi. Kalau pelancong datang kita akan beritahu mereka, ini kebudayaan kaum Tiong Hoa dan ini kebudayaan Siam. Ini makanan tradisional Tiong Hoa , ini makanan tradisi Siam. Di sini juga terdapat beberapa tempat sejarah kita akan beritahu pelancong. “Kita akan uruskan kedatangan pelancong ke tempat ini dengan menaiki bot dari Penarik,” katanya ket...

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Di Kg Fikri, setiu

Image
Hari blogger menerima jemputan menghadiri sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Komuniti Tionghua di Kg Fikri, Setiu. Rupa-rupanya ramai juga komuniti kaum Cina di Setiu ini. Apa yang paling mengagumkan adalah mereka cukup fasih berbahasa Melayu dengan loghat tempatan tanpa 'pelat'. Hubungan diantara mereka dengan masyarakat tempatan juga erat dan baik. Majlis sambutan yang di kepalai oleh Cikgu Wee mendapat sambutan yang meriah dan baik dari ketua-ketua jabatan, masyarakat serta warga tempatan. Turut meluangkan masa hadir bersama adalah Ahli Parlimen Setiu, Dato' Mohd Jidin Shafie, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato'  Toh Chin Yaw serta ADUN Permaisuri , YB Halim Jusoh. Tahniah diucapkan komuniti kaum Tionghua kerana dapat mengadakan maslis sambutan ini yang secara langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kemsyarakatan masyarakat setempat.

Pengunjung blog