Posts

Showing posts with the label kg guntung

Gulai itik yang sedap di Kg Guntung....

Image
Sapa yang terasa atau teringin nak makan Gulai Kerutub Itik boleh lah singgah ke warung Jelira Rasa di simpang 4 lampu isyarat Kg Guntung Luar menuju ke Kg Saujana. Orang tempatan panggil Kedai Haji Ya. Memang sedap gulai itik di sini yang di masak bagaikan resepi orang tua lama. Warung atau kedai ini dibuka setiap hari kecuali hari Sabtu. Selain gulai itik juga ada Gulai Ayam Kampung serta Ayam Kampung Goreng yang boleh di makan bersama samada nasi putih atau nasi dagang. Memang ramai pengunjung setiap hari di sini.

Arnab Panggang Bazar Ramadhan Kg Guntung yang popular hasil tular netizen...

Image
Begitu cepat sekali berita tersebar tentang ARNAB PANGGANG di Bazar Ramadhan Kg Guntung, Setiu, Terengganu. Ia telah menular dengan pantas dan hampir semua halaman popular malah berita TV juga telah menyiarkan berita panas arnab panggang yang bentuknya seakan-akan kucing hingga ada netizen yang memberi komen negatif. Walaubagaimanapun, hasil tersebar luas  berita panas ini menyebabkan idea suka-suka ini telah membuahkan hasil yang menabjukkan sehingga bekalan arnab tidak cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat, malah ada pelanggan dari Pahang dan Johor yang meminta untuk dihantarkan tetapi pemiliknya Mohd Ebby Shafiran tidak mampu menunaikannya dengan bekalan yang terhad. Arnab panggang ini dijual dengan kadar RM35 hingga RM45 seekor bergantung kepada saiz arnab. Ia dibakar dalam ketuhar yang memberi rasa yang enak dengan rasa panggang. Pelanggan yang ingin mencubanya perlulah menempahlebih awal supaya tidak terlepas tempahan, dan admi...

Lunch Seafood... kampung style @ Kg Gong Batu, Setiu

Image
Kesempatan meraikan rombongan Tourism Malaysia Terengganu dan Bahagian Domestik, Tourism Malaysia Ibu Pejabat serta dengan iringan pegawai-pegawai Pejabat daerah Setiu untuk makan tengahari makanan laut ala warung di Kg Gong Batu Setiu. Terima kasih Encik Nek M Yunus, daripada Agro Resort kerana menguruskan menu yang segar dan sedap. Menu tengahari tadi adalah Sup Lokam, masak lemak kepah, ketam nipah masak cili, ikan siakap segar goreng kunyit serta sambal belacan. Dengan iringan air tebu serta air kelapa pandan Agro yang memang segar. Di tambah lagi dengan pencuci mulut rambutan Agro di penghujung musim , serta jagung rebus Kg Guntung. Segala-galanya menambahkan selera makan gerombolan-gerombolan walaupun dibawah terik sinar mentari. Tersenyum panjang ahli gerombolan menikmati hidangan yang serba segar dan enak.

Pengunjung blog