Lunch Seafood... kampung style @ Kg Gong Batu, Setiu


Kesempatan meraikan rombongan Tourism Malaysia Terengganu dan Bahagian Domestik, Tourism Malaysia Ibu Pejabat serta dengan iringan pegawai-pegawai Pejabat daerah Setiu untuk makan tengahari makanan laut ala warung di Kg Gong Batu Setiu.

Terima kasih Encik Nek M Yunus, daripada Agro Resort kerana menguruskan menu yang segar dan sedap.

Menu tengahari tadi adalah Sup Lokam, masak lemak kepah, ketam nipah masak cili, ikan siakap segar goreng kunyit serta sambal belacan.


Dengan iringan air tebu serta air kelapa pandan Agro yang memang segar. Di tambah lagi dengan pencuci mulut rambutan Agro di penghujung musim, serta jagung rebus Kg Guntung.

Segala-galanya menambahkan selera makan gerombolan-gerombolan walaupun dibawah terik sinar mentari.

Tersenyum panjang ahli gerombolan menikmati hidangan yang serba segar dan enak.


Comments