Posts

Showing posts with the label la hot spring

LA Hot Spring Besut, keunikan air panas dan air sejuk

Image
kehebatan kuasa Allah dan anugerah alam pada manusia Mata air panas Kg La atau lebih dikenali sebagai LA Hot Spring di Besut, Terengganu telah ditemui oleh Penghulu Ibrahim Bin Haji Mat ketika memburu pada zaman pemerintahan British. Dengan keadaan pada masa itu ditengah hutan belantara, maka tiada sesiapa yang mengunjunginya. Keadaan mula berubah apabila pembukaan tanah rancangan persekutuan atau FELDA iaitu di Felda Tenang, ia memudahkan orang ramai untuk berkunjung dan sampai ke sini. Dari hari ke hari kemudahan jalan masuk serta kemudahan asas di sini telah ditingkatkan dan dibangunkan secara berperingkat. airnya yang jernih dan tenang sesuai untuk perkelahan keluarga Air panas yang keluar daripada sumber mata air di sini mempunyai darjah kepanasan yang berbeza iaitu di antara 50 'C hingga 75'C. Inilah mata air yang boleh merawat pelbagai penyakit di kolam air panas La Ia dikatakan mampu merawat penyakit saraf seperti stroke serta angin ahmar, penyaki...

Jejak Warisan Jelajah Besut 13 hingga 14 Jun 2012 , besar sekali potensi pelancongan kita

Image
Program Jejak Warisan Jelajah Besut telah di adakan pada 13 hingga 14 Jun 2012. Ia telah dianjurkan oleh Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu Bahagian Pelancongan dan Tourism Malaysia Terengganu Ia disertai oleh ahli-ahli persatuan yang terdiri daripada pengusaha pelancongan, kraftangan, hotel, resort, pemandu pelancongan dan pelbagai latar belakang yang berkaitan. Di Lata Tembakah, Hulu Besut, Terengganu Program ini bukan sahaja merapatkan lagi hubungan di antara ahli persatuan, malah ia memberi pengalaman baru melancong dalam negeri sendiri yang mempunyai pelbagai destinasi dan tempat yang menarik yang mampu menarik pelancong luar untuk ke Terengganu. Ia juga sebagai wadah untuk bertukar-tukar fikiran dan pandangan dalam memajukan lagi pelancongan di negeri Terengganu serta mengenal pasti masalah dan dilemma dalam industri serta jalan penyelesaiannya. Di antara destinasi yang dikunjungi dalam jelajah kali ini adalah: P...

Sempat Menyinggah di LA Hot Spring, Besut

Image
Cuti sekolah baru-baru ini, blogger sempat membawa anak-anak dan anak saudara untuk mandi manda di LA Hot Spring @ Kolam Air panas LA, Besut, Terengganu. Anak-anak cukup gembira jika dibawa ke sini. Tiba saja di sana kelihatan ramai juga pengunjung telah da sedang seronok berkelah. Airnya cukup sejuk namun keseronokan untuk mandi juga kuat. Apa yang menggembirakan hati blogger adalah air sungainya sentiasa jernih, bersih dan terjaga. Di harap ianya berterusan untuk generasi akan datang. Terdapat juga pembinaan chalet baru berhampiran tempat letak kenderaan. Di kawasan kolam air panas terdapat ramai juga pengunjung yang merendam kaki dan badan sekali. Memang terasa hangatnya air panas di sini. Di katakan ianya amat baik dan bagus sekali bagi perjalanan darah serta mengaktifkan saraf-saraf dan urat-urat terutama di kawasan refleksi kaki. Bagi mereka yang diluar Terengganu, ia terletak di daerah Besut. Bagi mereka dari Kuala Terengganu, boleh ke sana melalui simpang Jabi -Pas...

Pengunjung blog