Jejak Warisan Jelajah Besut 13 hingga 14 Jun 2012 , besar sekali potensi pelancongan kita
Program Jejak Warisan Jelajah Besut telah di adakan pada 13 hingga 14 Jun 2012. Ia telah dianjurkan oleh Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu Bahagian Pelancongan dan Tourism Malaysia Terengganu
Ia disertai oleh ahli-ahli persatuan yang terdiri daripada pengusaha pelancongan, kraftangan, hotel, resort, pemandu pelancongan dan pelbagai latar belakang yang berkaitan.
Di Lata Tembakah, Hulu Besut, Terengganu |
Ia juga sebagai wadah untuk bertukar-tukar fikiran dan pandangan dalam memajukan lagi pelancongan di negeri Terengganu serta mengenal pasti masalah dan dilemma dalam industri serta jalan penyelesaiannya.
Di antara destinasi yang dikunjungi dalam jelajah kali ini adalah:
- Peladang Setiu Agro Resort
- Homestay Felda Selaseh
- LA Hot Spring, Kg La, Hulu Besut
- Lata Tembakah & Chalet Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu
- Desa Ukiran Kayu Tg Long, Kg Raja Besut
- Demong Beach Resort, Bukit Keluang, Besut
- FRI Tg Demong, Bukit Keluang, Besut
- Pantai Bukit Keluang
- Projek Ikan Sangkar, Gong Batu, Setiu
- Nurseri Bakau dan Nipah Kg Pengkalan Gelap, Setiu
Walaupun tempoh lawatan ini hanyalah 2 hari 1 malam, namun ia memberi pengalaman dan maklumat yang cukup berharga. Banyak maklumat dan informasi penting yang boleh dipelajari sepanjang lawatan ini.
Di Homestay Felda Selaseh, Besut |
Kita juga berharap pihak persatuan PPNT terus menjadi penggerak dalam meneroka destinasi kecil lain yang menarik dan mampu menjadi destinasi yang besar hasil dari program jelajah sebegini.
Di LA Hot Spring, Kg La, Hulu Besut, Besut, Terengganu |
Comments