Posts

Showing posts with the label manisan

Manisan @ Nisan Kerek yang kini sudah komersial di Terengganu

Image
Manisan sangat sinonim dengan masakan yang digunakan sejak zaman-berzaman, namun bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat, sebuah syarikat, Manis Sokmo Enterprise menyediakan manisan secara moden. Cara lama dimensi baru. Slogan ini bertepatan dengan pembuatan manisan kerek kerana ramuannya masih dikekalkan, tetapi cara pembuatannya mengikut peredaran zaman. Penggunaan teknologi dalam penyediaan makanan tradisional menjadikan perusahaan itu mampu dikomersialkan dengan lebih meluas. Pengurus Manis Sokmo Enterprise, Suri Abdul Ghani berkata, bagi menyediakan manisan kerek, air nira kelapa, gula dan daun mengkuang perlu digunakan. Katanya, setiap hari, 40 liter air nira kelapa diperlukan dan ia diambil dari kebun kelapanya di Kampung Jenang, Marang. “Biasanya 20 batang pokok kelapa dicaras mayangnya sebelum ditadah untuk mendapatkan air nira dan kerja itu perlu dilakukan setiap hari. “Selain itu, bekalan daun mengkuang diperoleh daripada penduduk berhampiran...

Pengunjung blog