Manisan @ Nisan Kerek yang kini sudah komersial di Terengganu
Manisan sangat sinonim dengan masakan yang digunakan sejak
zaman-berzaman, namun bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat,
sebuah syarikat, Manis Sokmo Enterprise menyediakan manisan secara
moden.
Cara lama dimensi baru. Slogan ini bertepatan dengan pembuatan
manisan kerek kerana ramuannya masih dikekalkan, tetapi cara
pembuatannya mengikut peredaran zaman.
Penggunaan teknologi dalam penyediaan makanan tradisional menjadikan perusahaan itu mampu dikomersialkan dengan lebih meluas.
Pengurus Manis Sokmo Enterprise, Suri Abdul Ghani berkata, bagi
menyediakan manisan kerek, air nira kelapa, gula dan daun mengkuang
perlu digunakan.
Katanya, setiap hari, 40 liter air nira kelapa diperlukan dan ia diambil dari kebun kelapanya di Kampung Jenang, Marang.
“Biasanya 20 batang pokok kelapa dicaras mayangnya sebelum ditadah
untuk mendapatkan air nira dan kerja itu perlu dilakukan setiap hari.
“Selain itu, bekalan daun mengkuang diperoleh daripada penduduk
berhampiran dengan harga RM45 bagi 100 helai manakala upah bagi
mengeringkan daun berkenaan pula RM25 bagi 100 helai.
“Setiap hari, sebanyak 5,000 keping manisan perlu disiapkan bagi
memenuhi permintaan pasaran dan dibekalkan ke Pasar Marang, Pasar
Chabang Tiga, Kuala Terengganu dan Pasar Dungun, selain dihantar kepada
lapan pasar raya di negeri ini,” katanya.
Menurutnya, perusahaan yang diusahakan sejak 11 tahun lalu itu
mendapat pensijilan halal pada tahun 2007 dan Skim Pensijilan Makanan
Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).
Suri berkata, beliau menyertai pelbagai kursus anjuran agensi kerajaan bagi mendalami ilmu perniagaan.
Katanya, tempahan biasanya meningkat setiap kali musim cuti dan
perayaan sehingga membolehkannya menjual antara 10,000 sehingga 15,000
keping manisan sehari.
Berikutan permintaan makin meningkat, teknologi terkini seperti mesin
pengacau dan dapur gas diperlukan bagi menggantikan dapur kayu api dan
teknik mengacau secara manual.
“Tiga jenis manisan kerek dihasilkan iaitu manisan yang bahan
campurannya terdiri daripada 90 peratus air nira kelapa dan 10 peratus
gula dinamakan manisan asli, bagi campuran masing-masing 50 peratus air
nira dan gula pula dipanggil manisan tuak.
“Bagi manisan biasa pula, nisbahnya ialah 90 peratus gula dicampur
dengan 10 peratus air nira dan masing-masing dijual dengan harga RM1.70,
RM1.20 dan RM1.
“Dengan bantuan enam pekerja tetap dan 12 sambilan, saya mampu
mengusahakan produk sampingan antaranya dodol upih dan manisan kelapa,”
katanya.
Menurut Suri, konsep cara lama demensi baru bersesuaian dalam
penghasilan manisan berikutan penggunaan air nira kelapa dan daun
mengkuang masih dikekalkan.
Bagaimanapun, katanya, dia kini berdepan masalah mendapatkan bekalan daun mengkuang .
“Saya bekerjasama dengan agensi kerajaan yang kini menjalankan kajian
mencari alternatif bagi menghasilkan bingkai atau kerek yang lebih
efisien.
Menceritakan pengalamannya dalam perusahaan itu, Suri berkata, idea
menjadi pengusaha timbul apabila dia sering membantu jirannya menyiapkan
manisan.
“Ketika itu saya bekerja kilang dengan pendapatan hanya RM350
sebulan. Memikirkan gaji rendah dan tidak setimpal dengan kudrat, timbul
minat dan tekad untuk mengusahakan manisan.
“Majoriti penduduk kampung ini membuat manisan secara tradisional dan
melalui pengalaman, saya mampu mengembangkan perusahaan ini secara
tradisional kepada komersial,” katanya.
#Harian Metro
My Blog List
-
Konda Pasta: New Lepak Spot in Ipoh Garden
-
Are you looking for a hangout place in Ipoh? Well, there’s a new spot in
Ipoh Garden, known as Konda Pasta. If Canning Garden has Hillrise Coffee,
Konda ...
1 day ago
-
10 Tempat Sarapan Terbaik Di Selangor
-
Mama terbuka hati nak share tentang *10 Tempat Sarapan Terbaik Di Selangor.*
Mama dapat email daritourism Selangor. Menarik juga 10 Tempat Sarapan
Terbaik ...
1 day ago
-
Mansuhkan lesen kedai makan 24 jam ?
-
Pada awalnya aku bersetuju. Tapi bila fikir fikir semula , punca obesiti ni
bukanlah disebabkan kedai makan tapi apa yang dijual di kedai makan ni.
Dika...
3 days ago
-
10 BEST BREAKFAST SPOTS IN SELANGOR FOR 2024
-
Whether you are craving traditional Malaysian delights serving Nasi Lemak
and Roti Canai, international cuisine such as The English Breakfast, or
even tr...
4 days ago
-
Kudapan Kerepek Raya
-
Mia baru saja naik kerja hari ini selepas bercuti raya sejak hari Selasa
lepas. Masih dalam mood raya di pejabat ini.
Mia ceriakan mood kerja pagi ini d...
1 week ago
-
The Importance of Cleaning Your Mattress: 5 Reasons
-
The Importance of Cleaning Your Mattress: 5 Reasons
[image: The Importance of Cleaning Your Mattress: 5 Reasons]
While you may already be cleaning your ent...
4 weeks ago
-
How to Stay Cool and Confident in Warm Weather Shapewear?
-
Assalamualaikum
*How to Stay Cool and Confident in Warm Weather Shapewear? |* Summer is
around the corner. With temperatures rising, we all want shapewea...
1 month ago
-
CARA INI DAPAT MELEGAKAN BATUK DAN SAKIT TEKAK DENGAN PATI OXYMEL KHAL IN
SANIVIR
-
Baru-baru ni, anak Mimin si Fayyadh Affan tu dia kena tahan wad rentetan
dari demam lepas sambut hari lahir dia awal bulan 12. Dia diwadkan sebab
tiba-tiba...
2 months ago
-
sooka Offers Free Streaming and On-Demand Live Sports and Local Content
-
sooka, a new streaming service which offers both free and paid content is
launched today. Inspired by the Malay word ‘suka’, meaning "to like", sooka
fo...
2 years ago
-
No Cases Of Unknown Pneumonia, Deadlier Than Coronavirus, Are Occurring In
Kazakhstan
-
*Information about unknown pneumonia in Kazakhstan **IS NOT CONSISTENT WITH
THE FACTS**. *
A number of Chinese media have reported that cases of unknown pne...
3 years ago
-
McDonald’s Malaysia Menyumbang RM250,000.00 Ke Tabung COVID19
-
McDonald’s Malaysia menyerahkan sumbangan wang tunai RM250,000 kepada
Tabung Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kelengkapan
pelindung diri ...
4 years ago
-
Kisah Raja Namrud dan sejarah keturunannya sehingga zaman moden
-
[image: Image result for mason]
Kenalilah musuhmu. Musuh akhir zaman yang megah bertahta dalam lautan
fitnah. Inilah dunia kita hari ini. Fitnah ada di...
4 years ago
-
Jersi pasukan Premier Negeri Sembilan 2020 ada Gambir Emas
-
Pasukan Liga Premier Malaysia dengan jolokan Sang Rusa dan tagline Hobin
Jang Hobin telah memperkenalkan jersi pasukan yang akan dipakai ...
The post Jer...
4 years ago
-
The US nuclear arsenal is controlled by ancient computers
-
According to documents recently published by the US Court of Audit, most of
the country ‘s nuclear arsenal is still running under ancient computers
creat...
6 years ago
-
Terengganu My Heritage: Jika datang ke setiu... boleh nikmati Gula
Kerutub...
-
[image: Image may contain: food and indoor]
Terengganu My Heritage: Jika datang ke setiu... boleh nikmati Gula
Kerutub...: Post kali ini ingin memperkena...
6 years ago
-
No comments:
Post a Comment