Posts

Showing posts with the label masakan kampung

Warung kecil tapi lauknya memang awesome...Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu

Image
Warung kecil ini terletak berhadapan dengan Masjid Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, iaitu pusat bandar bagi Daerah Setiu. Kunjungan sebelumnya ke warung ini dapat menikmati Gulai lemak daun kesom Ikan Tapah,, memang rasa bagai masakan orang tua dan tradisi. Dan kunjungan terbaru pula adalah Gulai lemak daun kesum ikan haruan, memang memukau selera. Lauk lain yang terdapat di warung ini adalah ikan patin asam pedas, ikan puyu goreng, ikan keli goreng, sayur lemak dan pelbagai lagi termasuk sambal belacan, ulam dan tak luypa budu. Bagi yang rindu masakan kampung dan ikan darat, memang terubat. Rasa masakannya memang asli kampung dan cukup masam, masin dan pedasnya. Warung ini juga turut menjual air kelapa muda dan air nira kelapa atau orang tempatan memanggilnya 'air nira'. Bagi yang ingin singgah merasa masakan ikan darat ini bolehlah mencari Masjid Bandar Permaisuri dan warung betul-betul berhadapan dengan pintu masjid di seberang jalan. @terengga...

Buka Puasa di Prinzpark Kuala Terengganu, kadar istimewa RM40.00 seorang bagi warga emas

Image
Berbuka puasa di Kuala Terengganu? Di antara destinasi yang dicadangkan adalah di Hotel Prinzpark, Kuala Ibai, Kuala Terengganu behampiran dengan Masjid Terapung Tengku Zaharah. Harga pakej yang ditawarkan di sini adalah RM55.00 seorang bagi dewasa dan RM33.00 seorang bagi kanak-kanak. Apa yang menarik, harga istimewa untuk warga emas juga ditawarkan pada harga RM40.00 seorang. Pihak hotel juga menawarkan setiap tempahan 10 orang akan diberi seorang percuma. Menu yang ditawarkan adalah bercitarasa masakan kampung Terengganu dengan pelbagai pilihan menu seperti sup tulang, sup kambing, lauk pauk yang pelbagai serta pilihan kuih tradisional Terengganu yang menarik. Rambang mata dibuatnya. Apa yang lebih menarik, setiaptetamu akan dihiburkan oleh  Naib JuaraKilauan Emas 2 iaitu Saudara Azri sementara menunggu waktu berbuka puasa. Bagi maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi talian 09-6178866.

Sajian Kampung di Peladang Setiu Agro Resort

Image
Pakej berbuka puasa di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu serendah RM35.00 seorang bagi dewasa dan RM20.00 bagi kanak-kanak 5 hingga 11 tahun. Dengan pelbagai menu hidangan berasaskan masakan kampung dan tradisional seperti ulam-ulaman dan budu dan disajikan bersama ayam percik, ikan masam manis, atau ayam masak rendang bersama ikan bakar air asam atau ayam bakar berempah serta gulai daging ala kampung. Ia turut disertakan dengan pelbagai kuih muih tradisional dan dihidangkan secara bufet atau hidang, bergantung kepada tempahan anda. Resort juga turut mengadakan promosi bilik Ramadhan dengan tawaran serendah RM60.00 semalam (untukbilik sahaja) berbanding harga biasa RM98.00 semalam. Juga tawaran Pakej Seminar Ramadhan serendah RM100.00 seorang bagi penginapan berdua sebilik termasuk berbuka puasa, minum malam dan bersahur. Pakej adalah termasuk dengan kemudahan dewan seminar dan surau untuk solat terawih dan berjemaah. Kemudahan aktivi berkayak secara percuma ...

Pengunjung blog