Sajian Kampung di Peladang Setiu Agro Resort


Pakej berbuka puasa di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu serendah RM35.00 seorang bagi dewasa dan RM20.00 bagi kanak-kanak 5 hingga 11 tahun.

Dengan pelbagai menu hidangan berasaskan masakan kampung dan tradisional seperti ulam-ulaman dan budu dan disajikan bersama ayam percik, ikan masam manis, atau ayam masak rendang bersama ikan bakar air asam atau ayam bakar berempah serta gulai daging ala kampung.

Ia turut disertakan dengan pelbagai kuih muih tradisional dan dihidangkan secara bufet atau hidang, bergantung kepada tempahan anda.

Resort juga turut mengadakan promosi bilik Ramadhan dengan tawaran serendah RM60.00 semalam (untukbilik sahaja) berbanding harga biasa RM98.00 semalam.

Juga tawaran Pakej Seminar Ramadhan serendah RM100.00 seorang bagi penginapan berdua sebilik termasuk berbuka puasa, minum malam dan bersahur. Pakej adalah termasuk dengan kemudahan dewan seminar dan surau untuk solat terawih dan berjemaah. Kemudahan aktivi berkayak secara percuma pada waktu petang.

bagi maklumat lanjut boleh hubungi 0199192240 atau 096920039 atau 096920059 untuk tempahan atau pertanyaan


Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Keputusan Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015

Makanan Timur Dari Lidah Orang Barat

CERI TERENGGANU: TUMBUHAN UNIK BERKHASIAT TINGGI

AMazing Terengganu: Bahasa Teganung.. jom kita kenal loghat Teganung

Pengunjung blog

1004911