Posts

Showing posts with the label memancing

Musim memancing ikan dukang di Kg pantai kg Baru Penarik, Setiu, Terengganu

Image
  Musim awal hujan November ini merupakan antara musim menarik bagi memancing ikan Dukang atau Kedukang di pantai Kg Baru Penarik, Setiu, Terengganu. Seronok tengok abang abang memancing ikan dukang. Sekejap je naik. Sekejap je sentak... Naik. Abang sorang ni dah dekat 2kg dah ikan dukang. Ikan dukang atau kedukang atau juga dikenali Sagor Catfish atau nama saintifiknya Hexanematichthys Sagor berhabitat dipantai atau sungai yang berlumpur atau dikuala sungai. Dengan pantai penarik yang agak beralun pada musim ini amat sesuai dengan habitat ikan dukang malahan ia tidak jauh dengan kuala sungai Setiu yang kaya dengan hidupan marin. Bagi peminat dan hobi memancing boleh lah berkunjung ke pantai Kg Penarik pada sebelah petang. Umpan yang sesuai digunakan adalah sotong dan ikan selayang.

Tanding Ngail AGRO pada 11 Mac 2017 Sabtu dan juara keli RM3,000 dan juara Pacu @ Patin RM1,000

Image
Pertandingan Ngail AGRO Kali ke 2/ 2017 Pada 11 Mac 2017 SABTU 2.30 hingga 5.30 petang Yuran penyertaan RM40.00 bagi sebatang joran. Juara KELI akan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan Juara Pacu atau Patin akan membawa pulang wang tunai RM1,000 Jom datang ramai-ramai kita meriahan pertandingan ini. Turut bersama adalah produksi RTM bagi rakaman Travelog Agro pada hari pertandingan tersebut. #vivitbeautifulterengganu #terengganumyheritage #setiupost #tandingngailagro

Saudara Ayud Besar membawa pulang RM15,000 tunai dalam pertandingan Memancing di Kolam Wahee Ngail, Marang

Image
Pertandingan Memancing yang telah di adakan di Kolam Wahee Ngail di Kg Kubu, Marang pada 3 Februari lalu telah dimenangi oleh Saudara Ayud Besar dengan tangkapan ikan keli seberat 9.365kg yang membawa tuah padanya untuk memenangi rm15,000 tunai. Manakala tempat kedua dan ketiga membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 dan RM1,500 yang dihadiri oleh lebih 1000 pemancing dari seluruh pelusuk tanahair. FB: Kolam Wahee Ngail #terengganumyheritage #vivitbeautifulterengganu2017 #pertandinganmemancing

Hadiah pertandingan Memancing Pantai Batu Buruk pada 25 Mac 2017 kini RM40,000 bagi juara

Image
Pertandingan Memancing  Pantai Batu Buruk pada 25 Mac 2017 hadiah Rm30,000 bagi juara telah dinaikkan kepada RM40,000 bagi juara oleh penganjur memandangkan telah mendapat sambutan yang hangat. Hadiah-hadiah lain juga telah di tingkatkan bagi menarik lebih ramai pemancing menyertai pertandingan ini yang diadakan sempena Pesta Pantai Red One Terengganu.

RM30,000 menanti Juara Cabaran Memancing Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 25 Mac 2017

Image
Cabaran Memancing Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu akan di adakan pada 25 Mac 2017 jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari. RM30,000 menanti Juara bagi kejohanan ini dan RM10,000 bagi tempat kedua dan ketiga RM5,000. #terengganumyheritage #visitbeautifulterengganu #pertandinganmemenacing

Penjenamaan Tasik Kenyir Sebagai Destinasi Pelancongan Bertaraf Dunia

Image
Kerajaan negeri komited membangunkan industri pelancongan sebagai tunjang ekonomi negeri dengan melaksanakan transformasi  terbesar menerusi penjenamaan semula Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan yang bertaraf dunia. Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd rahman, berkata strategi ini diyakini akan menghasilkan impak yang positif kerana Tasik Kenyir merupakan antara aset terbaik Negeri Terengganu. “Proses penyediaan pelbagai kemudahan dan produk pelancongan sedang giat dijalankan bagi meningkatkan daya saing Tasik Kenyir sebagai ikon pelancongan. “`Trend’ peningkatan bilangan pelancong ke Tasik Kenyir yang meningkat dari tahun ke tahun menambahkan keyakinan kerajaan negeri bahawa Tasik Kenyir mampu menjadi hab pelancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-52 Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu. Ahmad Razif berkata, ...

Pakej Candat Sotong 2013.. Jom Mencandat

Image
Kali ini blogger ingin berkongsi Pakej Mencandat Sotong dari rakan blogger dari Terengganu iaitu Pakcik Zakaria. Bagi mereka yang berminat untuk merasai pengalaman bercandat sotong bolehlah merancang dari sekarang. Apa yang menarik anda boleh membayar deposit dengan PAYPAL. Pakej yang ditawarkan adalah sebagaimana berikut: Harga Pakej        HARGA  GROUP PAKEJ 2013 Pakej 1 (Bot max   8 orang) *RM850 Pakej 2 (Bot max 10 orang) *RM1070 Pakej 3 (Bot max 15 orang) *RM1490 -  bot terhad. Pakej 4 (Bot max   6 orang) *RM600 -  tiada Tandas, Makan dan Bilik percuma ...jika ada makan dlm bot ehsan dari tekong ..Alhamdulillah. *Harga tahun lepas (2012) dan tertakluk pada perubahan, jika ada kenaikan dijamin tidak melebihi RM100 satu Bot. Penting: Pilih pakej yg sesuai, bot berlesen  tidak dibenarkan melebihi had muatan maximum. KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN: 1. Pera...

Tasik Kenyir zon pancing bertaraf dunia

Image
perkongsian berita dari TEGANU KITA 19 December 2011 Tasik Kenyir zon pancing bertaraf dunia Oleh FAUZI MOHD Kerajaan negeri optimis untuk menjadikan Tasik Kenyir sebagai zon kaki pancing bertaraf dunia apabila usaha untuk mengekal serta menambah saiz populasi pelbagai spesies ikan giat dijalankan. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, selain mengazetkan Santuari Kelah sepanjang tiga kilometer di Sungai Petang, usaha turut digiatkan dengan melepaskan benih dan ikan induk yang diancam kepupusan. Menurutnya, spesis ikan air tawar yang diancam kepupusan seperti lampam, kerai, tenggalan dan siakap putih antara yang sedang dibiakkan di tasik berkenaan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). “Isu penangkapan ikan secara tidak terkawal tidak lagi berbangkit apabila usaha pemeliharaannya melibatkan pewartaan beberapa kawasan yang luas seperti Sungai Leban dan Sungai Petang ...

Pengunjung blog