Posts

Showing posts with the label pantai

Menarik pukat... budaya masyarakat nelayan Terengganu

Image
gambar azizi embong Budaya menarik pukat adalah salah satu aktiviti tradisi masarakat nelayan di Terengganu. Ia masih boleh dilihat dan dinikmati keutuhan aktiviti berkumpulan ini di perkampungan nelayan di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan lain-lain tempat. Perkampungan nelayan di sekitar Batu Rakit adalah lokasi paling mudah unuk dilihat kegiatan nelayan sebegini pada setiap pagi. Memang begitulah cara hidup masyarakat nelayan di sini. Budaya menarik pukat ini sememangnya menjanjikan keseronokan melihat ikan-ikan pinggiran pantai yang bergelimpangan meronta melepaskan diri dari pukat. 

IGAK KETAM RAGI

Image
Igak (tangkap) ketam bira pantai Terengganu. Sekarang musim main igak ketam jugok. Pagi tadi admin ngn femly beriadah sambil igak ketam di panta i Rhu Renggeh, Rusila, Marang. Biasanya sepanjang pantai ade ketam ni. Ni aktiviti admin sejak zaman budak lagi. Umpan yang biasa pakai adalah kepala ayam, sebab senang nk pasang di batang kayu & tahan. Cara yer tunggu ketam makan umpan tadi dan igak pakai tangan. Kadang2 kena kepit ngan ketam tapi tak la sakit sangat. Nak masak ape?.. Pandai2 lah.. Hahaa.. Sape yang pernah igak ketam ni ce tag nk tgk. Yang tak pernah boleh try. Pantai Rhu Renggeh ni landai, jadi ianya sesuai la. Pantai batu burok jangan buat la.. Admin: aktiviti yang biasa dibuat pada masa kanak-kanak dahulu. Umpan selain kepala ayam juga boleh gunakan perut ayam ataupun ikan masin, lagi kuat bau lagi cepat datang ketam untuk makan umpan. Ketam ragi ni juga sedap dan manis walaupun tak besar.  +  www.instagram.com/amazingterengganu # ...

Kelapa dan khasiatnya yang hebat.. kenapa kita lupakannya?

Image
admin: Kelapa dan hasilannya samada santan, minyak mahupun minyak kelapa dara adalah sumber kesihatan yang amat baik pada kita. Kita sering mengabaikan sumber terbaik yang ada disekeliling kita. Kajian telah membuktikan banyak sekali kebaikan yang terhasil daripada kelapa. Malah jika mengeksploitasikan dengan bijak, ia boleh menjadi daya tarikan yang unik terutama dalam proses menghasilkan santan, minyak atau hasil lain berasaskan kelapa. Lagipun ianya banyak sekali disekeliling kita. Mungkin bagi kita ia adalah proses dan sumber yang biasa, namun bagi masyarakat moden ia adalah warisan dan sesuatu yang unik.  Artikel dibawah banyak mengemukakan kebaikan kelapa yang mungkin sebenarnya mengguna dan mengamalkannya seperti sebagai minyak masak, sebagai minyak rambut dan merawat kepala dan sumber makanan dan masakan. Coconut Oil Helps with Digestive Disorders As this article discusses, researchers now recognize that the medium chain fatty acids (MCFAs) in coconut oil are di...

Makan-makan: Makan ICT dan Santai di Kg Rhu 10

Image
Dengan lokasi yang terletak di tepi pantai menghadap Laut China Selatan sememangnya menjanjikan ketenangan dan kedamaian kepada setiap pengunjung. Apatah lagi bertemankan makanan laut seperti keropok lekor, sotong celup tepung beserta ikan celup tepung yang lebih dikenali sebagai 'ICT" oleh warga Terengganu dan tempatan pastinya melengkapkan suasana petang anda. Keindahan di sepanjang pantai ini memang cantik dan indah dan sentiasa menggamit mereka yang singgah. Setiap saban minggu sentiasa berderetan kenderaan singgah menikmati angin petang di sini sambil menikmati juadah di gerai di sepanjang jalan di sini. Cuma apa yang perlu dititik beratkan adalah 'soal harga' yang rasanya agak mahal, apatah lagi kebanyakan ikan dan sotong adalah bersumberkan 'sejuk beku' atau orang tempatan panggil 'ikan kotak dan sotong kotak', bukan ikan segar dan sotong segar yang harga mentahnya tidaklah terlalu mahal. Apabila sudah masak, sotong celup tepung pali...

Lepak Batu Buruk

Image
Baru-baru ini blogger sempat lepak-lepak kat Batu Buruk sementara menanti senja. Kawasannya persekitarannya masih terjaga dan terpelihara. Ia tetap menjadi tumpuan para para pelancong samada dalam mahupun luar negeri. Saban minggu ia menjadi tumpuan terutama yang berkeluarga untuk membawa anak-anak bersiar sambil menikmati keindahan pantai, bermain di taman permainan serta berpeluang menaiki kuda untuk bersiar-siar di sekitar pantai. Bagi yang gemar meneroka serta jalan-jalan cari makan, pelbagai pilihan makanan terutama makanan laut, jagung bakar, serta lain-lain pelbagai pilihan gerai makanan terdapat di sini. Untuk merasai kelainan, carilah 'aiskrim goreng' yang pasti sukar dicari ditempat lain. Nak tahu bagaimana, carilah digerai makanan di Batu Buruk. Penginapan yang terdekat dengan kawasan Batu Buruk ini adalah Primula Beach Resort, Sumai Suite & Hotel, Batu Buruk Beach Resort, Seri Indah Resort dan pelbagai penginapan bajet yang lain terdapat di sini.

Pengunjung blog