Lepak Batu Buruk


Baru-baru ini blogger sempat lepak-lepak kat Batu Buruk sementara menanti senja. Kawasannya persekitarannya masih terjaga dan terpelihara. Ia tetap menjadi tumpuan para para pelancong samada dalam mahupun luar negeri.

Saban minggu ia menjadi tumpuan terutama yang berkeluarga untuk membawa anak-anak bersiar sambil menikmati keindahan pantai, bermain di taman permainan serta berpeluang menaiki kuda untuk bersiar-siar di sekitar pantai.

Bagi yang gemar meneroka serta jalan-jalan cari makan, pelbagai pilihan makanan terutama makanan laut, jagung bakar, serta lain-lain pelbagai pilihan gerai makanan terdapat di sini. Untuk merasai kelainan, carilah 'aiskrim goreng' yang pasti sukar dicari ditempat lain. Nak tahu bagaimana, carilah digerai makanan di Batu Buruk.

Penginapan yang terdekat dengan kawasan Batu Buruk ini adalah Primula Beach Resort, Sumai Suite & Hotel, Batu Buruk Beach Resort, Seri Indah Resort dan pelbagai penginapan bajet yang lain terdapat di sini.

Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Keputusan Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015

Makanan Timur Dari Lidah Orang Barat

CERI TERENGGANU: TUMBUHAN UNIK BERKHASIAT TINGGI

AMazing Terengganu: Bahasa Teganung.. jom kita kenal loghat Teganung

Pengunjung blog