Posts

Showing posts with the label pulau duyung

Kota Lama Duyung, Pulau Duyung Terengganu, warisan yang terbiar.

Image
  Kota Lama Duyong terletak di Pulau Duyong kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar. Kota ini dikenali sebagai Kota Tok Hakim, telah dibina oleh Dato’ Biji Sura (Nik Mohamad bin Hitam) pada tahun 1919 dan siap pada tahun 1920. Ia dijadikan sebagai tempat belajar agama dan mengaji Al-Quran oleh penduduk sekitarnya. Kota Lama Duyong adalah antara tinggalan sejarah senibina yang cukup istimewa bagi Negeri Terengganu Darul Iman. Kaedah pembinaannya cukup unik serta kaya dengan seni ukir yang menarik. Kota yang diperbuat daripada bahan campuran seperti madu, kapur tohor, putih telur, pasir, batu dan sebagainya ini dibina di atas tanah berkeluasan lebih kurang 400 meter persegi. Ianya mempunyai 9 buah bumbung yang menutupi beberapa bahagian yang saling bersambungan dengan dapur, bilik mandi, surung, beranda dan titian. Rekabentuknya mirip istana kecil raja Melayu tetapi diperkayakan lagi dengan jalinan unsur-unsur pengaruh senibina  asing seperti Corinthian atau Mesir terutama pada ...

Promosi RM220 Duyung Marina Resort, Kuala Terengganu di MATTA FAIR 2017, PWTC

Image
Promosi istimewa harga bilik Deluxe hanya RM220 termasuk sarapan untuk 2 orang sempena Matta Fair September 2017 yang akan berlansung dari 8hb September sehingga 10hb September 2017 di Putra World Trade Centre ( PWTC).  Jom beramai-ramai ke sana! #setiupost

Promosi Ramadhan Duyung Marina Resort dengan Kambing Panggang Istimewa...sedap bohhh

Image
Promosi Ramadhan daripada Duyung Marina Resort dengan harga RM59++ seorang dewasa dan RM42++ bagi kanak-kanak dengan menu Istimewa Kambing Panggang. Resort yang terletak di Pulau Duyung ini sememangnya memberi perkhidmatan terbaik kepada anda dan turut menawarkan potongan harga bilik istimewa sempena Ramadhan ini serendah RM158.00 sebilik semalam bagi bilik sahaja dan RM188.00 sebilik semalam termasuk sahur bagi dua orang.  Manakala The Bytes Cafe juga menawarkan pelbagai makanan dan minuman serendah RM3.30  dengan pelbagai pilihan serta dengan suasana yang santai dan amat sesuai bagi anda yang ingin suasana yang privasi dan damai di sini. Bagi maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan pihak resort di talian 09-6277888 bagi maklumat lanjut mahupun tempahan Terima kasih Encik Sham Fazli - Pengurus Operasi DMR #setiupost #terengganumyheritage

D'Ganu Steamboat Pulau Duyung, Kuala Terengganu memang berbaloi..

Image
Pulau Duyung, Kuala Terengganu terkenal dengan pelbagai keunikan iaitu Duyung Marina Resort yang dulunya dikenali sebagai Riyaz Heritage dan juga Kota Duyung iaitu bangunan bersejarah yang mempunyai banyak kisah sejarah Pulau Duyung dan Kuala Terengganu. Kali ini sekali lagi diperkenalkan destinasi makan minum antara yang paling popular di sini iaitu D Ganu Cafe Steambat yang sentiasa enjadi tumpuan pengunjung. Apa yang istimewa di sini adalah harga BBQ Steamboatnya yang murah dan berpatutan iaitu RM25.00/set untuk 4 orang dan RM35.00/set untuk 6 orang. Memang berbaloi menikmati bersama keluarga. Sebaik sahaja sampai lebih kurang jam 8.00 malam, para pengunjung sudah mula memenuhi ruang restoran dan menjelang 9.00 malam semua tempat telah penuh dan ada pelanggan terpaksa menunggu tempat duduk. Namun begitu, usah bimbang pemandangan di sini menghadap Pulau Warisan dan bandar Kuala Terengganu amat menarik dan mengasyikkan. Dengan deruan angin malam menambahkan kedamaian ...

Kibas Panggang hidangan istimewa berbuka puasa di Duyung & Marina Resort, Pulau Duyung, Kuala Terengganu

Image
Pakej berbuka puasa di Duyung Marina & Resort dengan hidangan istimewa Kibas Panggang, Pakej yang ditawarkan adalah RM69.00 seorang dewasa dan RM49.00 seorang kanak-kanak di Restoran Verandah. Manakala di Bytes Cafe pula ditawarkan dengan harga serendah RM29.00 bagi dewasa dan RM20.00 bagi kanak-kanak. Bagi tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi talian 096277734 atau 6277888 . Pihak resort juga turut mengadakan promosi penginapan 2 hari 1 malam serendah RM290.00 di Duyung & Marina Resort atau RM200.00 semalam di Primula Beach Resort. Juga turut ditawarkan Pakej penginapan Terengganu Gateway 3 hari 2 malam menginap di Duyung & Marina Resort dan Primula Resort dengan harga RM490.00 Terengganu sentiasa menawarkan percutian yang terbak buat anda dengan pelbagai produk pelancongan yang unik dan berlainan serta keenakan makanan dan masakan Terengganu. Semuanya terbaik dari Terengganu.

RM248++ promosi penginapan daripada Ri Yaz Heritage Marina Resort & Spa

Image
Riyaz Heritage menawarkan promosi penginapan yang menarik kepada anda. Contact Details Tel: (609) 6277 888 Fax: (609) 622 9903 Email:  hotline@ri-yazheritage.com.my

Kuala Terengganu dari Pulau Duyung

Image
Untuk entry kali ini ingin blogger berkongsi suasana petang yang indah padangan Kuala Terengganu dari Riyaz Heritage, Pulau Duyung. Ia seakan akan mengembalikan kehebatan Pelabuhan Kuala Terengganu suatu ketika dulu yang tersohor sehingga Singgora (Songkhla), Selatan China di rantau ini. Kedudukannya secara geografi menempatkan ia antara bandar perhubungan utama suatu ketika dahulu sehingga dinukilkan dalam Hikayat Tun Sri Lanang, catatan sejarah pelayaran Cina ( Chih Tu) dan pelbagai manuskrip lagi yang menceritakan keadaan Kuala Terengganu sebagai pelabuhan perdagangan dan perhubungan yang penting. Wujudnya Kota Duyung sebagai pejabat urusan penting juga menguatkan lagi catatan sejarah tersebut.

Dunia dan Gaya Hidup Orang Terengganu

Image
Gaya dan budaya hidup orang Terengganu adalah amat rapat sekali dengan laut. Laut adalah sumber inspirasi hidup rakyat Terengganu. Dari perut laut datang sumber kekayaan yang membangunkan negeri dan rakyatnya. Laut juga mempunyai interpretasi sendiri bagi penduduk Terengganu. Walaupun hari-hari menongkah arus ke laut mencari rezeki masih ada segelintir yang masih berhempas pulas memerah keringat untuk mendapatkan sesuap nasi. Itulah dunia laut, ada yang mengecapi kekayaan dari laut dan ada yang terus bergantung kepada laut demi sesuap nasi. Dari hasil laut jugalah yang telah membawa Terengganu ke persada dunia. Keropok lekor, ikan aya untuk nasi dagang, budu, hasil petroleum, monsoon cup, bot Pulau Duyung telah membawa Terengganu ke dimensi baru kepada dunia. Jangan tinggalkan laut tapi bantulah mereka yang susah walaupun hari-hari ke laut. Dunia warisan kita perlu kita kekalkan dengan sama membantu meningkatkan lagi taraf ekonomi rakyat Terengganu. Ayuh Terengganu teruskan ke persada ...

Jeti Penambang Pasar Payang... lambang kuasa maritim suatu ketika dahulu

Image
Dulu ia adalah nadi dalam menghubungkan penduduk di Seberang Takir, Pulau Duyung, Pulau Sekati malah sampai ke Manir, Teluk Pasu serta Tanjung Sabtu dengan pusat bandar Kuala Terengganu. Bagi sesetengah penduduk yang tinggal di pinggir sungai Terengganu, adalah lebih mudah menggunakan perahu atau bot untuk ke Pasar Payang daripada jalan darat. Jeti penambang semakin ditelan arus, dengan arus kemodenan serta pembangunan yang kini telah pesat telah memberi kesan kepada pengangkutan ini. Apakah ia akan kekal dalam menongkah arus kemodenan di mana boleh dikatakan setiap rumah mempunyai kenderaan masing. Jeti kini semakin lesu. Perlu ada usaha untuk mengekalkan pengangkutan tradisi yang boleh dianggap sebagai warisan rakyat Terengganu. Ia juga melambangkan bahawa ornag Terengganu dahulu adalah mahir dan pakar dalam dunia maritim. Masakan perusahaan bot di Pulau Duyung diiktiraf antara pembuatan bot terbaik dunia, juga kapal-kapal dari Terengganu sentiasa berdagang ke Singgora atau Songkla d...

Pengunjung blog