Kota Lama Duyung, Pulau Duyung Terengganu, warisan yang terbiar.

 





Kota Lama Duyong terletak di Pulau Duyong kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar. Kota ini dikenali sebagai Kota Tok Hakim, telah dibina oleh Dato’ Biji Sura (Nik Mohamad bin Hitam) pada tahun 1919 dan siap pada tahun 1920. Ia dijadikan sebagai tempat belajar agama dan mengaji Al-Quran oleh penduduk sekitarnya.

Kota Lama Duyong adalah antara tinggalan sejarah senibina yang cukup istimewa bagi Negeri Terengganu Darul Iman. Kaedah pembinaannya cukup unik serta kaya dengan seni ukir yang menarik.



Kota yang diperbuat daripada bahan campuran seperti madu, kapur tohor, putih telur, pasir, batu dan sebagainya ini dibina di atas tanah berkeluasan lebih kurang 400 meter persegi. Ianya mempunyai 9 buah bumbung yang menutupi beberapa bahagian yang saling bersambungan dengan dapur, bilik mandi, surung, beranda dan titian. Rekabentuknya mirip istana kecil raja Melayu tetapi diperkayakan lagi dengan jalinan unsur-unsur pengaruh senibina  asing seperti Corinthian atau Mesir terutama pada tiang dan dinding batu.

Bangunan (rumah) ini memperlihatkan gabungan jenis rumah tradisional Melayu Terengganu iaitu Bujang Berpeleh, Limas Bungkus dan Limas Belanda dengan hiasan ukiran sobek di sekeliling beranda. Kota ini tegak dengan sentuhan tukang Melayu Tempatan dan tukang cina dari Singapura.

Menyedari betapa pentingnya monumen ini kepada generasi akan datang, pihak Kementerian Kebudayaan dan Kesenian telah mengambil inisiatif membina semula kota yang terbiar dan rosak teruk akibat dilanda air deras ketika banjir tahun 1986. Ia mula dibuka untuk tatapan umum sejak 2005 lagi.




Admin: Moga Pihak Lembaga Muzium Negeri Terengganu mengambil langkah yang sewajarnya bagi menjaga khazanah dan warisan yang tidak gernilai harganya. Jika dimanfaat sebaiknya, ia mampu menggamit pelancong dan pengunjung serta peluang perniagaan cenderahati kepada warga tempatan kepada pelancong. Kita kena banyak belajar daripada Thailand dan Indonesia bagaimana mereka memanfaatkan khazanah dan sejarah sebagai sumber ekonomi warga tempatan dan memelihara warisan dan sejarah.




Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Gua Bewah .. Warisan Pra Sejarah

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog