Posts

Showing posts with the label rumah terbuka aidil fitri

Rumah Terbuka Aidil Fitri Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu

Image
Di bulan Syawal / September 2012 ini banyak juga jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri yang blogger terima antaranya Rumah Terbuka Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu yang di adakan di Kompleks Kraft Noor Arfa di Chendering, Kuala Terengganu. Ia dihadiri oleh penggiat pelancongan samada pengusaha hotel, resort, pemandu pelancong, agensi pelancongan, pengusaha kraft serta mereka yang terlibat dalam industri pelancongan. Malah para pengunjung dan rombongan yang membuat lawatan ke kompleks kraft ini turut sama di raikan dalam majlis ini. Pelbagai hidangan terutama' Signature Terengganu' iaitu Nasi Dagang, Nasi Minyak Terengganu, Laksa Kuah Lemah, ketupat, tapai pulut dan macam-macam lagi disajikan kepada para tetamu. Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu atau PPNT adalah badan bukan kerajaan @ NGO yang memayungi mereka yang bergiat dalam industri pelancongan samada individu mahupun organisasi. Ia adalah wadah atau medium untuk mereka menyuarakan pandangan serta i...

Rumah Terbuka Aidil Fitri YB Pehimi DUN Kota Putra

Image
Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri telah berlangsung pada 3 Syawal di kediaman YB Pehimi di Kg Batu Tumbuh, Besut, Terengganu. Majlis yang diadakan setiap tahun ini memang meriah dengan kunjungan begitu ramai sekali orang yang turut sama memeriahkan sambutan Aidilfitri ini, Pelbagai hidangan dan sajian telah disediakan dan gerai panas adalah gerai sate, teh tarik serta aiskrim. Kanak-kanak juga turut gembira dengan pemberian duit raya dari YB.

Rumah Terbuka YB Ahli Parlimen Setiu Dato' Mohd Jidin Shafee

Image
Banyak juga jemputan yang diterima oleh blogger di Syawal ini. Terima kasih kepada yang menjemput. Setiap kunjungan ke Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri, jelas nampak kemeriahan dan sambuatn daripada pengunjungan amat menggalakkan. Pada 18 September bersamaan 8 Syawal, Rumah Terbuka YB Ahli Parlimen Setiu, Dato' Mohd Jidin Bin Shafee telah di adakan di kediaman YB di Kb Banggol, Setiu. Di antara menu yang sentiasa menjadi rebutan dan pilihan adalah Sate serta teh tarik. Roti Canai pun ada. Di samping itu turut disediakan nasi minyak, laksa, ketupat, dan macam-macam lagi. Pelbagai ragam pengunjung dapat disaksikan yang penting dapat berjumpa dan beraya dengan YB Dato'. Ahlijawatankuasa majlis dengan berpakaian merah menyala 1 Malaysia nampak ceria dan sedia menyambut tetamu dan memastikan program rumah terbuka berjalan lancar. Apa yang paling seronok adalah acara membahagi aiskrim. Ingatkan kanak-kanak dan anak-anak yang berebut, orang tua dan dewasa pun sama-sama ingin merasai ...

Rumah Terbuka Aidil Fitri YB Dun Kota Putera Besut

Image
Kemeriahan aidil fitri kini makin berseri dengan penganjuran rumah terbuka di mana-mana. Ia juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturrahim dan pertemuan sahabat handai. Baru-baru ini, blogger telah mengunjungi Rumah Terbuka Aidil Fitri YB Pehimi B Yusof Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera di kediamannya di Batu Tumbuh, Besut, Terengganu, pada 2 Syawal bersamaan 11 September 2010. Sambutannya sungguh menggalakkan. Apa yang menarik setiap kali adanya rumah terbuka, pastinya ada makanan wajib dan tradisi iaitu ketupat, tapai pulut serta lemang. Sajian tradisi sudah menjadi kemestian bagi setiap majlis rumah terbuka. Juga antara menu yang menjadi tarikan adalah sate. Ianya bagaikan daya penarik bagi setiap majlis keramaian seperti rumah terbuka. Begitu ramai sekali pengunjung yang mengunjungi sambutan majlis ini dan turut dimeriahkan oleh kunjungan warga asing dari Bosnia Herzegovina yang sama memeriahkan majlis sambutan aidil fitri. Di antara yang paling gembira pada majlis terse...

Pengunjung blog