Rumah Terbuka Aidil Fitri YB Dun Kota Putera Besut
Kemeriahan aidil fitri kini makin berseri dengan penganjuran rumah terbuka di mana-mana. Ia juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturrahim dan pertemuan sahabat handai.
Baru-baru ini, blogger telah mengunjungi Rumah Terbuka Aidil Fitri YB Pehimi B Yusof Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera di kediamannya di Batu Tumbuh, Besut, Terengganu, pada 2 Syawal bersamaan 11 September 2010.
Sambutannya sungguh menggalakkan. Apa yang menarik setiap kali adanya rumah terbuka, pastinya ada makanan wajib dan tradisi iaitu ketupat, tapai pulut serta lemang. Sajian tradisi sudah menjadi kemestian bagi setiap majlis rumah terbuka. Juga antara menu yang menjadi tarikan adalah sate. Ianya bagaikan daya penarik bagi setiap majlis keramaian seperti rumah terbuka.
Begitu ramai sekali pengunjung yang mengunjungi sambutan majlis ini dan turut dimeriahkan oleh kunjungan warga asing dari Bosnia Herzegovina yang sama memeriahkan majlis sambutan aidil fitri. Di antara yang paling gembira pada majlis tersebut adalah kanak-kanak kerana dapat menerima duit raya.
Sambutan majlis sebegini amat baik sekali bagi mewujudkan semangat muhibbah, tolong menolong serta merapatkan lagi hubungan antara kawan dan sahabat serta persaudaraan.
Sebenarnya, budaya dan tradisi kita adalah amat unik sekali dan inilah yang menjadi tunjang kekuatan bangsa dan budaya kita. Sama-sama kita jaga budaya dan warisan kita.
Terengganu welcomes the world
Comments