Posts

Showing posts with the label setiu wetland

Fakta tentang Setiu dan Setiu Wetlands

Image
Fakta tentang Setiu dan Setiu Wetlands mempunyai 9 ekosistem 161 spesis burung 49 spesis rama rama 36 reptilia 33 spesis pokok bakau 29 spesis mamalia #setiupost #setiuwetlands

spesis tuntung di dunia.. 3 ada di Malaysia dan 2 spesis ada di setiu Wetlands

Image
Di antara spesis tuntung yang terdapat di dunia 3 daripadanya terdapat di Malaysia iaitu; - batagur baska, batagur borneonsis dan batagur affinis. Manakala 2 spesis di atas terdapat di Setiu Wetland iaitu Batagur Baska atau tuntung sungai dan batagur borneonsisi iaitu tuntung laut atau painted terrapin yang menjadi antara spesis paling terancam di dunia. Tanggungjawab kita bersama dalam menjaga ekosistem bagi memastikan kelangsungan hidup spesis unik ini. Mulakan denga membu ang sampah dengan betul. Jangan buang ikut sedap hati melalui tingkap kereta. # setiupost # setiuwetlands

Promosi SHELL OUT di Peladang Setiu Agro Resort

Image
Promosi SHELL OUT ini bermula dengan harga serendah RM29.00 bagi set 2 orang bersama nasi putih dan air Teh O Beng atau Sirap di Agro Cafe, Peladang Setiu Agro Resort. Promosi jualan ini bermula jam 3.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari. Shell out ini adalah hasil laut istimewa daripada Setiu Wetland yang kaya dengan hasil kepah, lokan, ketam dan sebagainya lagi. Pihak resort juga bersedia menerima tempahan dengan menghubungi talian 0199192240 bagi urusan berikut. #setiupost #shellout

Udang Viral RM10 untuk 60 ekor di King Trizai, Pantai Penarik Setiu.... pakat mari bohhh

Image
Promosi udang Viral celup tepung terus menghangat pasaran dengan tawaran terhangat RM10 untuk 60 ekor udang di King Trizai , Pantai Penarik, Setiu, Terengganu. Tentunya ia berbaloi untuk anda nikmati udang celup tepung telah menjalar kehangatannya ke seluruh pelusuk negara. Anda kena datang, anda kena cuba... #setiupost #udangviral

Laguna Agro Resort, Setiu, Terengganu... keunikan Setiu Wetland

Image
Laguna agro resort terletak di Kg Limau Nipis, Gong Batu Setiu Bagi mereka yang sukakan kedamaian dan ketenangan di sinilah tempatnya Keunikan Setiu Wetland terserlah disini dan anda dapat merasai sendiri pengalaman mencari kepah, lokan dan kerang sendiri Juga bagi kaki pancing, siakap putih, siakap merah dan kerapu menanti anda Ia juga merupakan kawasan yang kaya dengan khazanah marin dan ekosist em alam Berlindung disini adalah pelbagai hidupan yang kian terancam seperti tuntung laut (batagur borneonsis), tuntung sungai (batagur affinis) dan penyu agar (chelonia mydas) Setiu wetland merupakan salah satu tempat di dunia yang mempunyai populasi yang tinggi bagi tuntung laut #setiupost #setiuwetland #lagunaagroresort #visitbeautifulterengganu2 018

Rumah Tamu Fikri, Setiu, Terengganu.. percutian privasi untuk anda...

Image
Rumah Tamu Fikri yang terletak di Kg Fikri, Setiu, Terengganu yang juga terletak di destinasi tarikan baru pelancongan negeri Terengganu iaitu Setiu Wetland menyediakan kemudahan penginapan yang privasi untuk anda. Rumah yang cukup selesa ini mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik air serta mempunyai ruang tamu yang luas dan selesa serta berhawa dingin. Ia lengkap dengan kemudahan peti ais, mesin basuh, peralatan memasak, pemanas air serta periuk nasi elektrik dan kemudahan BBQ Malah bilik air juga juga disediakan di luar rumah yang turut mempunyai kemudahan parking yang luas dan selesa. Rumah penginapan ini juga mempunyai kemudahan jeti peribadi dengan kemudahan bot untuk pakej ke pulau samada Redang atau Perhentian mahupun trip memancing atau bercandat. Menarik bukan! Suasana dan persekitaran rumah ini sendiri cukup tenang dan mendamaikan di pinggir lagun Setiu yang cantik. Bagi harga sewaan adalah dengan kadar RM300 sehari dan anda boleh hubungi t...

Pelepasan belangkas, tuntung dan ketam nipah di Galeri Wetlands Kg Gong Batu, Setiu, Terengganu...usaha pemuliharaan untuk generasi akan datang

Image
Hari ini pada 8 Mei 2017 telah dibuat pelepasan tuntung sungai (river terrapin), belangkas (shoe crab) dan juga ketam nipah (mud crab0 di Galeri Wetland, Kg Gong Batu yang di uruskan oleh Peladang Setiu AGro Resort. Pelepasan itu telah dibuat oleh Setiausaha Bahagian Industri Asas Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu Puan Norison di sini petang ini. Galeri ini akan menempatkan hidupan wetland seperti tuntung, belangkas, ketam nipah, ikan marin serta pelbagai lagi hidupan wetlands supaya mudah dilihat oleh pengunjung apabila berkunjung ke sini nanti. Galeri ini buat masa sekarang masih belum dibuka kepada orang ramai dan akan diumumkan apabila beroperasi penuh kelak. Pengunjung yang datang ke sini nanti juga boleh menaiki bot untuk menikmati keindahan wetland dengan kadar pakej yang berpatutan. Wetlands Setiu adalah kawasan yang amat kaya dengan hidupan marin dan merupakan habitat kepada dua spesis tuntung yang terancam iaitu Tuntung Sungai (river ...

Pengalaman menarik pengunjung di Boardwalk Setiu, Wetland, Kg Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu

Image
Pengalaman unik dan sungguh bermakna pengunjung ini mengunjungi Boardwalk Setiu Wetland di Kg Pengkalan Gelap, Setiu, Terengganu. Bukan sahaja dapat menikmati keindahan Setiu Wetlands yang unik, malah dapat merasai sendiri pengalaman mencari kepah dan lokam yang sememangnya banyak di kawasan ini, malah ia juga kaya dengan kerang dan tiram yang tidak tercemar. Boardwalk yang sepanjang hampir 400 meter ini sememangnya kaya dengan spesis hidupan wetlands seperti ikan belacak, pelbagai spesis ketam, orkid liar dan macam-macam lagi. Kawasan ini juga cukup kaya dengan Ketam Nipah serta ikan siakap samada siakap putih ataupun merah. Ia juga merupakan kawan berkumpul burung-burung migrasi yang datang dari utara dunia seperti Siberia, utara China ke sini semasa peralihan musim sejuk. Lokam yang sememangnya banyak di sini dan memang terbaik Kepah antara tarikan di sini dan anda boeh merasai pengalaman mencari sendiri   Di sini juga terdapatnya spesis...

Maggi Ketam + Lokam, menu baru Agro Resort... boleh kkira

Image
Agro Resort, Setiu, Terengganu mula memperkenalkan menu istimewa iaitu MAGGI KETAM + LOKAM sebagai tarikan baru di cafe mereka iaitu Agro Cafe. Dengan sumber bekalan segar dariapda nelayan tempatan tentunya memberikan ia suatu yang enak dan kelainan kepada para pengunjung. Cafe ini dibuka setiap hari dari 8.00 pagi hingga 11.00 malam dan bagi Maggi Ketam atau maggi lokam boleh mulai dinikmati bermula waktu petang hingga malam. Maklumat lanjut mengenai Agro Resort atau Agro Cafe boleh hubungi 0199192240 samada untuk pertanyaan lanjut atau tempahan. #agroresort #terengganumyheritage #visitbeautifulterengganu2017 #setiupost

Keunikan Setiu Wetland menjadi tarikan peserta seminar TEMCO 2016

Image
Para peserta berpeluang melepaskan sendiri tuntung ke habitat asal di Sungai Setiu Seminar TEMCO @Terengganu International eco & marine tourism conference 2016 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu dan Ping Anchorage MICE. Ia adalah penganjuran kali ke tujuh yang memberi fokus mengekalkan kelestarian khazanah alam dan pentas perbincangan dan percambahan minda bagi melahirkan idea dan penyelesaian kepada perubahan positif dalam sektor eko pelancongan dan pelancongan marin. Ia disertai oleh pelbagai latar belakang daripada pengusaha-pengusaha, wakil-wakil kerajaan negeri, wakil-wakil akademik, NGO pelancongan dan orang awam. Seminar ini juga mensasar negeri Terengganu sebagai destinasi eko pelancongan dan marin yang utama. Ia juga bagi menggalakkan penglibatan komuniti bagi menjayakan produk ekopelancongan dan pelancongan yang terbaik. Ia juga bagi memperkenalkan lagi produk eko pelancongan batu d...

Festival candat sotong, peserta tertarik dengan budaya dan keindahan Setiu.

Image
Peserta tertarik melihat penduduk membuat bakul anyaman. KEBANYAKAN peserta dari dalam dan luar negara yang menyertai Festival Mencadat Sotong Antarabangsa Terengganu 2014 tertarik dengan pelbagai keindahan dan budaya di dua tempat yang mereka kunjungi pagi ini di Setiu, iaitu di Kampung Pengkalan Gelap dan Kampung Gong Batu, Kuala Setiu, hari ini. Peserta yang tiba dengan tujuh buah bas dari Kuala Terengganu di kampung itu iaitu kira-kira jam 9.30 di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan satu yang kebanyakan terdiri daripada peserta dari China dan beberapa negara lain manakala kumpulan dua adalah terdiri daripada peserta tempatan. Kumpulan pertama menaiki beberapa buah buah bot mengelilingi pulau semut sejauh kira-kira 1.5 kilometer di muara Kuala Setiu untuk melihat keindahan flora dan fauna dengan merakamkan gambar-gambar yang menarik sebelum ke kawasan pemeliharaan ikan dalam sangkar yang terletak kira-kira 500 meter daripada pengkalan. Peserta dari China mengambi...

Amazing Setiu: Painted Terrapin @ Tuntung Laut

Image
A male painted terrapin photographed by the Setiu River. Photo credit: P.N. Chen. Common name:  Painted terrapin Scientific name:   Batagur borneoensis Local Malaysian name:  Tuntung laut Conservation status : Listed as critically endangered in the 2009 IUCN Red List and in CITES Appendix I Adult female shell length:  40 – 55 cm Adult female body weight:  15 – 30 kg Food:  Adults are mainly herbivorous, feeding on fruits of the mangrove apple ( Sonneratia caseolaris ),  screw pine ( Pandanus  spp.) and rose apple ( Eugenia sp. ) as well as the leaves, fruits, flowers, stems and roots of selected riparian plants. Range:  Thailand, Malaysia, Indonesia (Sumatra and Borneo) Nesting sites in Malaysia:  Terengganu Characteristics:  Upturned snout, five front claws, black patches on the carapace Sexual dimorphism:  Adult males are smaller than adult females. During the nesting season, the male’s head turns white a...

Pengunjung blog