Posts

Showing posts with the label taman tamadun islam

Makan Kari Kepala Ikan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.. sedap weeh...

Image
  Hari ini berkesempatan menghadiri satu majlis anjuran PMINT di Taman Tamadun Islam Tti . Menu hidangan tengahari ini adalah Kari Kepala Ikan. Ini kali pertama mencuba menu ini di TTI. Masya allah memang sedap. Berebut 2 pinggan kepala ikan. Sangat puashati dengan rasa kari dan ikan yang segar. Pakej untuk kari kepala ikan ini adalah RM120 dan boleh makan 3-4 orang. Dengan suasana makan di pinggir sungai mahupun acara di dewan memang amat sesuai. Menurut Bos TTI pakej Kari Kepala ikan ini ada pada setiap Sabtu dan Ahad. Walaubagaimana pun bagi tempahan aturcara boleh di atur mengikut tempahan kita. Malah venue makan juga boleh pilih samada di tepi sungai, di dewan mahupun di atas feri sambil bersiar suar di Sungai Terengganu. Bagi yang nak cuba boleh lah tanya pihak Taman Tamadun Islam untuk tempahan dan maklumat lanjut. Orang kata kalau makan karinkena cium bau tangan.. kalau lekat bau sedap lah tu #tamantamadunislam #karikepalaikan #makanterengganu #BeautifulTerengganuMalay...

Peliter Raya 2024 di Taman Tamadun Islam... suasana nostalgia yang penuh kemeriahan

Image
  Memori di #PeliterTTI2024 di Taman Tamadun Islam Tti yang menjadi antara Festival Pelita paling meriah sepanjang penganjuran Semalam Khamis malam jumlah pengunjung melebihi 30,000 orang berdasarkan kutipan tiket masuk RM1 seorang.Dan dijangka boleh mencecah 100,000 pengunjung untuk 5 hari acara ini di adakan. Penganjuran Pelita raya ini pernah di buat di Setiu iaitu di Kg Panchur Merah dan Kg Guntung Luar. Kemudiannya di adakan di Dun Alur Limbat, Dun Tepuh, Dun Kuala Besut. Semasa di Dun Kuala Besut , pernah diberi tanggungjawab sebagai panel juri dan 4 hari berkampung di sana bagi menilai kreativiti yang dibuat oleh komuniti. Kemudian selepas PKP ia di adakan di Kg Budaya dan mulai mendapat liputan secara meluas oleh media utama dan media sosial. Tahun lepas berlaku kesesakan yang teruk untuk masuk Kg Budaya Terengganu bagi melihat acara yang penuh nostalgia ini. Tahun 2024 penganjuran dibuat ditempat yang lebih selesa dan mempunyai kemudahan keluar masuk, tempat letak kere...

Nasi Goreng Ikan yang sedap di Kedai Koffie, Kg Losong Haji Long, bagai masakan ibu...

Image
Kedai Koffie di Kg Losong Haji Long kini menjadi tumpuan dengan pelbagai menu menarik dan suasana kedai yang santai dan menarik. Pelbagai menu menjadi tarikan pengunjung dari masakan panas, masakan barat malah hingga ke snek berat dan ringan. Semuanya nampak sedap. Begitu juga dengan pelbagai pilihan minuman seperti pelbagai pilihan minuman susu goncang atau 'milk shake'. Harga bagi setiap makanan dan minuman juga berpatutan dan mampu dinikmati oleh semua golongan. Kedai Koffie yang diusahakan oleh Puan Haslinda dan dan suami ini terletak dilokasi strategik iaitu jalan menuju ke Muzium negeri Terengganu dan Taman Tamadun Islam serta jalan menuju ke LPT. Admin sendiri mencuba Nasi Goreng Ikan yang memang sedap dan klasik bagaikan masakan ibu serta Kopi Ais. Berbaloilah datang ke sini... #setiupost #terengganupedia #makan

Berbuka Puasa atas 'Cruise' sambil belayar di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.. memang ada kelainan dan menarik...

Image
Jom Berbuka Puasa Atas 'Cruise' 😘 😍 "Satu-satunya Pakej Berbuka Puasa Diatas 'Cruise' di Terengganu." Ingin rasai kelainan berbuka puasa? Teringin berbuka puasa sambil menyusuri Sungai Terengganu? Jadikan detik-detik berbuka puasa pada Ramadhan kali ini penuh makna dengan insan tersayang dan sahabat handai. Pakej serendah RM68 seorang untuk dewasa dan RM58 seorang untuk kanak-kanak. (Minimum 30 Dewasa) Jom, tempah sekarang! Pelbagai hidangan menu disediakan, dengan kemudahan-kemudahan yang selesa seperti ruang berbuka puasa yang berhawa dingin dan juga ruang terbuka. Tandas dan tempat solat juga tersedia. Untuk maklumat lanjut, hubungi 09-6278888 Taman Tamadun Islam- TTI # pakejberbukapuasa # ramadhan2018 # ttirivercruise # tamantamadunislam

Kiblat Masjid Kristal, Terengganu tersasar atau salah?... mari baca dan dengar penjelasan ini

Image
MARI KITA CARI JAWABAN KES INI MENGIKUT NERACA HUKUM SYARAK (ILMU FALAK SYARIE).. BUKAN MENGIKUT PENILAIAN LOGIK AKAL... Catatan di internet..  http://virtualfri ends.net/article/articleview.cfm?AID=44014 Umum terutamanya dari Terengganu termaklum bahawa arah kiblat Masjid Kristal yang bertemakan TAMAN TAMADUN ISLAM terletak di PULAU WAN MAN, KUALA TERENGGANU, MALAYSIA, tersilap arah kiblatnya.Saya pada awalnya kurang percaya, masakan masjid yang dibina dengan kos lebih dari RM360 juta boleh tersilap arah kiblatnya. Pagi tadi masa dalam perjalanan ke pejabat bersama dengan rakan yang berasal dari Terengganu, saya pun bertanyakan kepada sahabat saya ini untuk mendapatkan kepastian samada benar atau tidak arah kiblat Masjid Kristal ini silap. Beliau dengan yakin menyatakan memang arah kiblat Masjid Kristal silap kira-kira 30 darjah dari posisi sebenar. Beliau berkesempatan bersembahyang berjemaah disana sewaktu pulang untuk mengundi sebelum 8 Mac yang lalu. Setelah azan ...

Jom kita pakat naik TTI RIVER CRUISE di JETI TTI dengan Harga Promosi!!!!!!

Image
Jom kita pakat naik TTI RIVER CRUISE di JETI TTI dengan Harga Promosi!!!!!! HARGA TIKET PROMOSI : ⛵ Dewasa RM15 seorang ⛵ Kanak-kanak RM10 seorang (7-12 tahun) ⛵ PERCUMA bagi kanak-kanak 6 tahun dan ke bawah Waktu Operasi : 8.00 malam - 10.00 malam Bermula 21 Mac - 26 Mac 2017.. Selepas 26 Mac 2017, Bot TTI RIVER CRUISE akan beroperasi pada Malam minggu sahaja.. JOM,JOM!! bersantai bawa ahli keluarga naik TTI RIVER CRUISE sambil menyusuri Sungai Terengganu.. Maklumat lanjut hubungi :09-6278888 (bahagian jualan dan pemasaran TTI) FB Taman Taman Tamdun Islam #terengganumyheritagepost

JAWATAN KOSONG TERKINI DI TAMAN TAMADUN ISLAM... KEMASUKAN SEGERA!

Image
JAWATAN KOSONG TERKINI DI TAMAN TAMADUN ISLAM... KEMASUKAN SEGERA! JAWATAN: Juruteknik Elektrik & Juruteknik Bangunan Syarat-syarat kelayakan bagi Juruteknik Elektrik adalah sebagaimana berikut; 1. Memiliki Sijil PW1/PW2/PW3 2. Boleh bekerja mengikut shift. 3. Sihat tubuh badan. Syarat-syarat kelayakan bagi Juruteknik Bangunan adalah sebagaimana berikut 1. Memiliki Sijil Kemahiran CIDB 2. Boleh bekerja mengikut shift. 3. Mempunyai kemahiran yang diiktiraf berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan. 4. Sihat tubuh badan Bilangan kekosongan : 1 kekosongan Juruteknik Elektrik &                                      1 Kekosongan Juruteknik Bangunan Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pentadbiran & Sumber Manusia di talian 09-6278873 (Farhana) ataupun 09-6278881 (Ma...

Pakej Candat Sotong 2017 daripada Taman Tamadun Islam Terengganu (TTI)..

Image
Pakej Candat Sotong Taman Tamadun Islam (TTI) 🐙 Feri berlesen & berinsuran 🐙 Kemudahan feri yang selesa (berhawa dingin dan ruang terbuka) 🐙 Harga yang berpat utan 🐙 Peralatan candat disediakan 🐙 Kelengkapan keselamatan 🐙 Kemudahan parking kereta yang selamat di TTI Nak bawa keluarga pun boleh.... Tempahan / pertanyaan hubungi kami di talian 09 627 8888 @FB TTI

TTI Sedia Pakej Istimewa Tarikan Pengunjung Sempena Ramadan

Image
Sebagai menyahut cabaran yang diberikan oleh kerajaan negeri, Taman Tamadun Islam Management Sdn Bhd (TTIMSB) menyediakan pakej istimewa sempena Ramadan ini bagi menarik pengunjung ke lokasi tumpuan pelancong di Kuala Terengganu itu sepanjang bulan puasa nanti. Pengarah Urusannya, Wan Adnan Wan Derahman berkata pakej yang diperkenalkan itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik dengan harga serendah RM299 seorang. “Pakej Islah Ramadan Masjid Kristal menyajikan dua pakej berasingan di mana bagi pengunjung yang ingin menginap selama tiga hari, dua malam harganya RM299 seorang manakala bagi pakej empat hari, tiga malam pula dikenakan RM399 seorang. “Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh mereka menyertai pakej tersebut adalah berbuka puasa di atas bot, solat terawih, qiamullail, taddarus al-Quran bersama imam Masjid Kristal dan turut akan dibawa ke kilang Desa Murni Batik,” katanya kepada pemberita. Tambahnya, bagi mereka yang mengambil pakej empat hari, tiga ...

Berbuka Puasa Di atas bot, pakej menarik di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu

Image
Pihak pengurusan Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu iaitu TTI Management manawarkan Pakej Unik Berbuka Puasa di Atas Bot dengan tawaran yang menarik. Pakej berbuka  ini ditawarkan pada harga RM75.oo seorang dewasa dan RM55.00 seorang kanak-kanak. Promosi ini di adakan sepanjang Ramadhan bermula 20 Jun sehingga 14 Julai 2015. Manakala bagi Bufet Berbuka Puasa di Taman Tamadun Islam ini pula di tawarkan pada harga RM53.00 seorang dewasa dan RM35.00 seorang kanak-kanak. Pihak TTI sentiasa menawarkan pelbagai pilihan menu menarik seperti ikan bakar serta makanan istimewa Terengganu seperti Sagumpal dan Rojak Kateh. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi talian 096278883/8886/8807

10 Lokasi Terbaik, Ikon Pelancongan

Image
Sepuluh destinasi menarik dan terbaik di negeri ini digelar sebagai ikon pelancongan sebagai usaha meningkatkan jumlah kedatangan pelancongan tempatan dan luar negara. Ikon pelancongan itu termasuk Taman Taman Islam; Taman Reakresi dan Mini Zoo Bukit Takal; Muzium Negeri; Pulau Redang; Pulau Warisan; Tasik Kenyir; Pantai Batu Buruk; Pasar Besar Kedai Payang; Masjid Tengku Tengah Zaharah dan Kampung Cina Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie berkata, destinasi itu wajar digelar sebagai ikon kerana menjadi faktor penyumbang peningkatan jumlah pelancongan pada setiap tahun. Katanya, peningkatan jumlah pelancong bukan saja mampu memberangsangkan ekonomi negeri dan menarik minat pelabur malah meningkatkan taraf hidup penduduk terutama yang membabitkan diri dalam perniagaan. “”Apa yang membanggakan apabila tiba musim cuti sekolah atau umum, peniaga keropok lekor, pengusaha kain batik dan songket bagaikan tidak menang tangan melayan p...

Foto Senja yang mendamaikan di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu

Image
Suasana ini amat mendamaikan di rakam di Taman Tamadun Islam pada suatu senja.

K'ang, Rojak Kateh, Buah Mulong antara kuih tradisi Terengganu yang perlu diketengahkan...

Image
K'ang, Qasyidah, Buah Mulong, Roti Paung, Serabe serta lain-lain kuih yang dhidangkan. Kuih tradisional Terengganu adalah warisan Terengganu yang patut kita pelihara sampai bila-bila. Terima kasih Primula Beach Resort di atas usaha mengekalkan tradisi makanan Terengganu dengan sentiasa menawarkan kepada pelanggan untuk menikmati keenakan makanan tradisi ini. Dalam satu Majlis Makan Malam baru-baru ini untuk delegasi daripada Medan, Indonesia serta agensi pelancongan daripada Eropah dan Amerika, di antara kuih-kuih tradisi yang dtampilkan dalam menu adalah K'ang, Buah Mulung, Qasyidah, Lempeng Nyiur, Rojak Kateh, Serabe selain makanan tradisi sedia ada yang popular iaitu Ketupat Sotong, Nasi Dagang, Laksam, Penganan, Makanan Laut Celup Tepung dan bermacam-macam lagi. Rojak Kateh Dalam perbualan admin bersama Pengarah Urusan , Taman Tamadun Islam Terengganu, Wan Adnan Wan Abdul Rahman juga melahirkan hasrat yang sama untuk mengumpulkan pembuat kuih tradisional Tere...

Teruja Berada Di Terengganu

Image
“Saya dan rombongan lain cukup teruja dengan keindahan Terengganu, terutama apabila dibawa penganjur bermain ikan di Santuari Kelah, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dan menyusuri tasik itu. Tiger Lim “Melalui pengalaman itu pastinya akan kembali di negeri ini bersama keluarga atau rakan di lain waktu,” kata seorang peserta Asia Coast Travel 2014, Tiger Lim yang ditemui Teganukita.my pada Majlis Makan Malam sempena program itu, di perkarangan Muzium Negeri, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Melalui program yang disertai 60 peserta pelbagai negara diselitkan program mengunjungi Tasik Kenyir, Taman Taman Islam, menyusuri sungai Terengganu dengan menaiki River Cruise. Negara terlibat, Singapura , Thailand, Indonesia, Brunei, Laos, Maynmar dan Vietnam. Fika Rahma Pengamal media dari Indonesia, Fika Rahma, 29 berkata dia berasa cukup bertuah kerana turut dipilih menyertai program itu melawat beberapa lokasi menarik di Malaysia termasuk Terengganu . “Makanan di negeri ini ter...

TTI River Cruise tarikan baharu Terengganu

Image
Terengganuunikblogspotcom KUALA TERENGGANU - Taman Tamadun Islam (TTI) kini mempunyai satu lagi tarikan terbaharu iaitu 'TTI River Criuse' yang membolehkan pelancong menyusuri Sungai Terengganu pada waktu malam. Pengarah Urusan TTIMSB Wan Adnan Wan Abdul Rahaman berkata, perkhidmatan menyusuri sungai Terengganu sebenarnya bermula sejak 2009 lagi, tetapi ia hanya diadakan sebelah siang. "Kita dapati produk pelancongan menyusuri sungai Terengganu mendapat sambutan baik dalam kalangan pelancong, lalu kita perluaskannya dengan mengadakan perkhidmatan sebelah malam bermula 1 Mei baru-baru ini. "Alhamdulillah sambutannya sangat memberangsangkan dan mengatasi perkhidmatan pada waktu siang," katanya selepas mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Ahmad Jidin Shafee menyusuri sungai Terengganu sambil menikmati keindahan Bandar warisan Pesisir Air di sini malam tadi. Operasi TTI River Cruise yang berpengkalan di Pengkalan Tok Ku Palo...

Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu 2013 (TIIAF 2013) pada November ini

Image
Kira-kira 100 peserta dari 20 buah negara dijangka menyertai Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu 2013 (TIIAF 2013) selama tiga hari dari 15 Nov di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kerja TIIAF 2013, Datuk Zubir Embong berkata sehingga kini, peserta dari 12 negara telah mengesahkan penyertaan iaitu Jordan, Iraq, Algeria, Bangladesh, Mesir, Indonesia, Pakistan, Yaman, Brunei, Palestin, Thailand dan Arab Saudi.  "Penganjuran pertandingan kaligrafi kali ini ialah penganjuran peringkat antarabangsa berbanding tahun lepas penganjurannya terhad kepada peserta rantau Asia sahaja. "Penganjuran di Terengganu ini juga telah diiktiraf terbaik setaraf penganjuran di Turki dan Dubai oleh Pusat Penyelidikan Sejarah, Kesenian dan Kebudayaan Islam Dunia (IRCICA) yang berpusat di Turki dan mereka akan memberi sijil pengiktirafan itu dalam masa terdekat," katanya.  Nilai hadiah keseluruhan bagi pertandingan peringkat antara...

Pengunjung blog