Posts

Showing posts with the label terengganu event

kembali ke blog, Macam-macam Program di Terengganu

Selepas berhenti rehat hampir 10 hari, kini tarikh bersejarah 10.10.10 blogger kembali semula ke alam maya dengan semangat baru. Bukan semangat seperti orang yang berkahwin yang memilih tarikh bersejarah ini, tetapi setelah penat dalam menumpukan kepada tugas dan kerja, kini semangat kembali membuak untuk kembali diruang maya. Banyak lagi bahan dan cerita untuk di kongsi. Sepanjang 10 hari ke belakang ini pelbagai cerita akan ditampilkan semula antaranya, majlis Hari Raya LPP Negeri Terengganu dan Rumah Terbuka Pelancongan Terengganu, Merayau malam Di Taman Shahbandar, serta Hening di Water Front. Semasa menghadiri Rumah Terbuka Pelancongan Terengganu, blogger di sapa bahawa ada yang sentiasa mengikuti blog Terengganu My Heritage samada melalui blog, google news atau facebook. Blogger juga sempat berkunjung ke destinasi baru pelancongan Terengganu iaitu Pulau Warisan. Walaupun belum siap sepenuhnya, tetapi telah mula mencuri tumpuan apabila Program SUA RASA anjuran TV9 di adakan disi...

Malaysia Rally Dakkar 2011....

Image
Jika ianya menjadi kenyataan, pada November 2011, Terengganu Darul Iman sekali lagi akan menggegar dunia melalui penganjuran Malaysia Rally Dakkar 2011 . Acara ini sama tarafnya dengan Kejohanan Rally Paris Dakkar, Tour De France malah lebih besar liputannya daripada Kejohanan Monsoon Cup.Ianya masih diperingkat 'recce trek' di seluruh negara. Penganjur kejohanan ini adalah organisasi yang sama yang menganjurkan Kejohanan Rally Paris Dakkar, Tour De France serta Paris Marathon dan lain-lain lagi event yang bertaraf dunia di merata-rata. Baru-baru ini penganjur bersama pasukan teknikal, penganjur di Malaysia telah datang ke Malaysia untuk recce trek bermula di Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan lain-lain destinasti untuk menentukan keadaan trek bagi kejohanan tersebut. Mereka telah menginap satu malam di Agro Resort dalam misi melihat trek di negeri Terengganu. Jika ianya terjadi pada tahun hadapan, ia akan melibatkan lebih 3000 krew antarabangsa, pelbagai media t...

Pengunjung blog