Malaysia Rally Dakkar 2011....




Jika ianya menjadi kenyataan, pada November 2011, Terengganu Darul Iman sekali lagi akan menggegar dunia melalui penganjuran Malaysia Rally Dakkar 2011. Acara ini sama tarafnya dengan Kejohanan Rally Paris Dakkar, Tour De France malah lebih besar liputannya daripada Kejohanan Monsoon Cup.Ianya masih diperingkat 'recce trek' di seluruh negara.

Penganjur kejohanan ini adalah organisasi yang sama yang menganjurkan Kejohanan Rally Paris Dakkar, Tour De France serta Paris Marathon dan lain-lain lagi event yang bertaraf dunia di merata-rata.

Baru-baru ini penganjur bersama pasukan teknikal, penganjur di Malaysia telah datang ke Malaysia untuk recce trek bermula di Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan lain-lain destinasti untuk menentukan keadaan trek bagi kejohanan tersebut. Mereka telah menginap satu malam di Agro Resort dalam misi melihat trek di negeri Terengganu.

Jika ianya terjadi pada tahun hadapan, ia akan melibatkan lebih 3000 krew antarabangsa, pelbagai media tv, media cetak dari pelbagai pelusuk dunia akan datang ke Malaysia bagi membuat liputan.

Sama-sama kita tunggu dan berharap ianya akan menjadi kenyataan dan terus membawa nama Terengganu kita ke persada dunia.

Terengganu welcomes the world

Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Pengunjung blog