Posts

Showing posts with the label tomyam

Restoran Jabina, Bandar Baru Nilai , masakan ori Thai yang sedap... puashati

Image
  Somtam yang sedap Baru baru ini kebetulan admin dan keluarga ada urusan pendaftaran anak sulung di UIA Gombak, sempat ziarah dan singgah rumah ipar di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Perjalanan kira-kira 1 jam daripada Gombak dan Maps Google cadangkan laluan Lebuhraya PLUS dengan exit di Bukit Mahkota dan melalui jalan Jenderang-Dengkil. Walaupun jalan akan berliku tetapi tidak begitu sibuk dan sampai di Bandar Baru Nilai setelah sejam perjalanan. Malamnya selepas Maghrib, kami sekeluraga dibawa untuk makan malam di Restoran Jabina di Bandar Baru Nilai. Melangkah masuk kedai sudah nampak ala Thai Stall dengan Somtam dan pulut pauh. Nampak macam sedap. Udang Celup Tepung Rupanya pesanan awal telah dibuat. Sebaik tiba makanan sudah tersedia terhidang di atas meja. Jadi tanpa perlu menunggu dan kedai atau restoran pun nampak meriah dan sentiasa ramai pengunjung. Cuma perlu membuat pesanan untuk minuman dan makanan tambahan saja. Menu yang di pilih adalah Somtam yang memang sedap...

Nasi daging bakar dan pulut mangga di Jerteh Kopitiam

Image
Kali ini sekali lagi admin membawa anda ke Jerteh Kopitiam di bandar Jerteh. Admin dimaklumkan oleh tuan punya kedai, Encik Jef, ada menu baru yang diperkenalkan iaitu Nasi Daging Bakar dan Pulut Mangga @ Pulut Pauh. Boleh dikatakan Jerteh Kopitiam ini sentiasa menjadi pilihan pengunjung dengan sentiasa ada pengunjung ke sini yang inginkan suasana makan yang santai dan relax. Menu yang di pilih admin adalah Pulut Mangga serta Nasi Daging bakar dengan sup perut serta Tomyam seafood. Dengan harga yang berpatutan ianya amat memuaskan hati.  Lokasi Kopitiam ini terletak berhampiran dengan Pasaraya Zon Ria dan Zaleha Textiles. 

Makan-Makan di Tenang Seafood dekat Giant Kuala Terengganu

Image
Sebenarnya artikel ini patut keluar semasa Ramadhan atau Syawal, dek kerana kesibukan tugas dan macam-macam urusan lain, kini ia baru dapat dikongsi bersama pembaca atau pengunjung setia blog ini. Kali ini blogger dan keluarga mengunjungi sebuah restoran masakan panas ala Thai yang baru dibuka Ramadhan lalu iaitu Tenang Seafood berhampiran Pasaraya Besar Giant Kuala Terengganu. Nampak menarik dan kemas susunatur restoran ini. Kami sekeluarga mengambil pakej untuk 6 oang bersama air iaitu RM96.00 @ purata RM16.00 seorang. Dekorasi restorannya juga ringkas, dan menarik. Banyak juga lauknya dari tomyam, daging masak merah, sayur campur, telur bistik, kerabu mangga serta udang masak pedas bersama air bandung dan 6 nasi. Memang 'holio' dan kenyang kami sekeluarga menikmati hidangan di sini. Sambil menunggu makanan, sempat juga anak-anak membuat latihan terutama anak yang sulung dalam menghadapi UPSR. Apapun kesimpulannya Restoran Tenang Se...

Buka puasa Masakan Abi....

Image
Masakan Abi untuk buka puasa Kali ini giliran blogger menampilkan masakan untukm juadah berbuka puasa. Menu yang menjadi pilihan adalah Lamb Chop Sos Blackpepper, Tomyam Udang bersayur serta sawi manis goreng belacan. Lama tak memasak kekok juga rasanya dan beginilah hasilnya. Ini Blackpepper Lamb Chop yang mendapat pujian anak Anak-anak juga seronok dengan menu petang ini katanya special. Bukan apa sekurangnya dapatlah isteri blogger berehat bagi petang ini. Sayur sawi Goreng Belacan pun enak dan memukau selera Tomyam Udang Sekali sekala 'mengsumbangkan' menu seronok juga.

Pengunjung blog