Posts

Showing posts with the label tourism malaysia

Tuan Amirul Rizal di lantik sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baru.. tahniah

Image
  Tahniah buat Tuan Mohd Amirul Rizal atas perlantikan Sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia Tumpang bangga dengan dengan kejayaan sahabat Beliau dulu pernah menjawat Pengarah Tourism Malaysia Terengganu sebelum ke Soeul Kalau tak silap , sebslum kembali ke ibu pejabat. moga pelancongan Malaysia terus maju dan cemerlang.. Walaupun kita MU Glory.. kita respect YNWA ... Tahniah tuan

Around Malaysia: Introducing Mt Kinabalu & Kinabalu National Park

Image
malaysianreview.com Gunung Kinabalu , as it is known in Malay, is more than the highest thing on the world's third largest island. And it is more than scenery. Mt Kinabalu is ubiquitous in Sabah to the point of being inextricable. It graces the state's flag and is a constant presence at the edge of your eyes, catching the clouds and shading the valleys. It is only when you give the mountain your full attention that you realise how special this peak, the region's biggest tourist attraction, truly is. wikitravel.org The 4095m peak of Mt Kinabalu may not be a Himalayan sky-poker, but  Malaysia's  first Unesco World Heritage Site is by no means an easy jaunt. The main trail up is essentially a very long walk up a very steep hill, past alpine jungle and sunlit moonscapes, with a little scrabbling thrown in for good measure. If you don't feel up to reaching the mountain top, its base has some worthy attractions, including a large network of nature trails. ...

Majlis Sambutan Aidil Fitri 2013 bagi penggiat pelancongan Terengganu

Image

Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia 2013 meneroka keunikan Terengganu

Image
 Kembara Cuti-Cuti 1 Malaysia yang dihoskan oleh Gaya Travel Magazine kini meneroka keunikan Negeri Terengganu Darul Iman. Negeri Cantik Budaya Menarik dan orangnya memang baik. Program bermula dari daerah Kemaman dengan meneroka makanan tradisi 'sata dan otak-otak Wan Aziz, kemudian merasai keunikan Kopitiam Hai Peng yang terkenal di bandar Chukai. Mereka juga dibawa menyaksikan kunang-kunang atau orang Terengganu panggil 'firefly' di Sg Yakyah di Ibok, Kemaman sebelum di bawa ke Monica Bay atau Teluk Mak Nik untuk melihat dan merasai sendiri pengalaman melihat penyu bertelur. Rombongan juga dibawa ke Kompleks Tg Nurzahirah di Kuala Terengganu sebelum dibawa mencuba keenakan masakan Terengganu di Restoran Kuah Singgang di Cabang Tiga. Pada petangnya aktiviti berkuda di TER Kuala Ibai menjadi pilihan sebelum merasai pengalaman mencandat sotong di perairan Pulau Kapas. Pada hari ketiga, rombongan dibawa ke daerah paling bongsu iaitu Setiu untuk menikmati keindahan...

TMT tawar harga istimewa produk kraf sempena raya

Image
Oleh; Esah Abdullah Tourism Malaysia Terengganu (TMT) mengadakan Mega Sale Ramadan yang menawarkan harga istitmewa terutama produk kraftangan sejak 15 Julai lalu sehingga 30 September ini. Pengarahnya, Encik Mohd Nasir Khushairi berkata, sempena Ramadan dan menjelang raya, TMT menawarkan harga istimewa untuk semua produk batik, songket dan barangan kraf melalui beberapa pengusaha terpilih. “Kita turut memberi tumpuan untuk menarik lebih ramai pelancong terutama daripada negeri Melaka dan Johor ke Terengganu, begitu juga sebaliknya,” katanya. Menurutnya, program itu tercetus apabila pengendali pelancongan di negeri ini mengadakan lawatan ke Johor dan Melaka baru-baru ini yang ternyata banyak usahasama pelancongan dapat dijalin antara ketiga-tiga negeri itu. Difahamkan pada masa ini rakyat Terengganu merupakan negeri kedua teramai mengunjungi Melaka samaada untuk melancong atau bercuti.

Recce Tourism di Agro Resort

Image
Recce daripada Tourism Malaysia Terengganu dan Bhgn Domestik ibu pejabat Tourism Malaysia telah dibuat di Agro Resort. Walaupun telah sampai pada lewat petang, kesemua pegawai masih bersemangat untuk melihat kawasan persekitaran Agro Resort. Mereka telah dijamu dengan teh tarik, sata serta goreng pisang roti bakar dan lain-lain masakan seperti mee ratna dan mee tomyam. Masing-masing berselera walaupun sudah keletihan. Lawatan ini adalah ekoran Program Misi Jualan Domestik Tourism Malaysia Terengganu pada hujung Oktober nanti yang melibatkan media serta peserta dari luar Terengganu.

Lunch Seafood... kampung style @ Kg Gong Batu, Setiu

Image
Kesempatan meraikan rombongan Tourism Malaysia Terengganu dan Bahagian Domestik, Tourism Malaysia Ibu Pejabat serta dengan iringan pegawai-pegawai Pejabat daerah Setiu untuk makan tengahari makanan laut ala warung di Kg Gong Batu Setiu. Terima kasih Encik Nek M Yunus, daripada Agro Resort kerana menguruskan menu yang segar dan sedap. Menu tengahari tadi adalah Sup Lokam, masak lemak kepah, ketam nipah masak cili, ikan siakap segar goreng kunyit serta sambal belacan. Dengan iringan air tebu serta air kelapa pandan Agro yang memang segar. Di tambah lagi dengan pencuci mulut rambutan Agro di penghujung musim , serta jagung rebus Kg Guntung. Segala-galanya menambahkan selera makan gerombolan-gerombolan walaupun dibawah terik sinar mentari. Tersenyum panjang ahli gerombolan menikmati hidangan yang serba segar dan enak.

Pengunjung blog