Posts

Showing posts with the label wang tunai

Penjawat awam terima bonus RM1000 esok

Image
PUTRAJAYA - Berita baik buat 1.6 juta penjawat awam yang bakal menerima bayaran khas berjumlah RM1,000 esok dan baki sebanyak RM500 lagi akan diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 7 Jun 2018. Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman, perkara tersebut adalah selaras dengan pengumuman dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran khas kepada penjawat awam sebanyak RM1,500 dan bayaran itu akan disalurkan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri. Katanya, secara keseluruhan sebanyak tujuh pekeliling perkhidmatan dan satu surat pekeliling perkhidmatan baharu dikeluarkan berkuat kuasa 1 Januari lalu sebagai maklumat dan rujukan penjawat awam pada tahun ini. "Pekeliling itu merupakan makluman dan rujukan mengenai inisiatif dan penambahbaikan yang diumumkan dalam Bajet 2018 pada Oktober tahun lalu dan antaranya iala...

RM5000 hadiah juara pertandingan Ngail Ikan Darat pada 3 Mac 2017 di Gong Baru Kuala Terengganu

Image
Pertandingan Ngail Ikan Darat pada 3 Mac 2017 jam 3.00 petang di Parit Tali Air Gong Baru, Kuala Terengganu. Juara akan membawa pulang wang tunai Rm5,000 dan yuran penyertaan adlah Rm30 seorang dengan 100 peserta terawal akan mendapat sehelai t shirt.

Tanding Ngail AGRO pada 4 FEB 2017, RM2000 tunai menjadi taruhan kaki pancing

Image
Peladang Setiu Agro Resort akan mengadakan Tanding Ngail Siri 1 2017 pada 4 FEBRUARI 2017 di Tasik Agro Resort, Setiu, Terengganu. Pertandingan ini diadakan sempena Tahun Visit Beautiful Terengganu 2017 yang menawarkan hadian utama wang tunai Rm2,000 bagi juara. Ikan-ikan yang sedia untuk dipancing adalah Bawal Pacu, Talapia, Lampan Jawa, Keli Afrika, Patin malah Sebarau juga terdapat di tasik ini. Setiap pemancing yang menyertai pertandingan ini akan mendapat mata bagi kelayakan Kejohanan akhir tahun ini dan juga nilai yang boleh ditebus sebagai diskaun penginapan di Agro Resort ini. Anda boleh datang sambil berkelah bersama keluarga dan membawa anak-anak di Taman Tema Mini di sini dengan bayaran masuk RM3.00 seorang. Di Agro Cafe juga disediakan menu yang istimewa iaitu Maggi Lokam dan Maggi Ketam Nipah untuk pengunjung yang dibuka bermula jam 3.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari. Maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan talian HOTLINE RESORT iaitu 019...

Pengunjung blog