Skip to main content

Penjawat awam terima bonus RM1000 esok

Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Berita baik buat 1.6 juta penjawat awam yang bakal menerima bayaran khas berjumlah RM1,000 esok dan baki sebanyak RM500 lagi akan diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri iaitu pada 7 Jun 2018.
Menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman, perkara tersebut adalah selaras dengan pengumuman dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bayaran khas kepada penjawat awam sebanyak RM1,500 dan bayaran itu akan disalurkan dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri.
Katanya, secara keseluruhan sebanyak tujuh pekeliling perkhidmatan dan satu surat pekeliling perkhidmatan baharu dikeluarkan berkuat kuasa 1 Januari lalu sebagai maklumat dan rujukan penjawat awam pada tahun ini.
"Pekeliling itu merupakan makluman dan rujukan mengenai inisiatif dan penambahbaikan yang diumumkan dalam Bajet 2018 pada Oktober tahun lalu dan antaranya ialah mengenai tarikh bayaran khas.
"Antara pekeliling itu ialah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2017 Kemudahan Cuti Umrah Maksimum 7 Hari Cuti Tanpa Rekod sekali sepanjang tempoh perkhidmatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE
#setiupost

Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Senarai Pokok Herba dan nama saintifik

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Keputusan Pertandingan Pelita Raya Terengganu 2015

Makanan Timur Dari Lidah Orang Barat

CERI TERENGGANU: TUMBUHAN UNIK BERKHASIAT TINGGI

AMazing Terengganu: Bahasa Teganung.. jom kita kenal loghat Teganung

Pengunjung blog