Posts

Makan Nasi Ulam Dengan Lauk Kampung di Bukit Yong, Sempadan Terengganu/ Kelantan

Image
Menu wajib nasi dengan budu dengan lada congek Kali ini blogger ingin berkongsi dengan pengalaman makan nasi berlaukkan resepi tradisional dan unik. Kali ini lokasinya di sempadan Terengganu / Kelantan iaitu di Bukit Yong. Antara lauk terbaik, gulai lemak daun kesum ikan haruan Walaupun kedainya tidaklah terlalu besar, tetapi sentiasa menjadi tumpuan ramai. Apa yang menarik di sini adalah lauknya yang menjadi pilihan ramai. Di antara lauk yang popular di sini adalah Ikan keli atau ikan haruan gulai lemak daun kesum, masak lemak siput sedut sungai, ikan sungai goreng, ikan asam pedas,daging bakar serta lain-lain lauk yang berbeza setiap masa. Menu wajib adalah ulam-ulaman tradisional bersama budu. Siput sedut memang menarik dan menjadi pilihan Menu berasaskan tradisional dan eksotik sentiasa menjadi pilihan ramai dan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata ingin menikmati hidangan di sini. Di antara menu pilihan blogger adalah Ikan haruan gulai lemak daun kesum, memang...

Keindahan Lata Payung, Setiu... masih belum di terokai...

Image
Ini gambar-gambar yang sempat dirakam blogger tempohari semasa berkunjung ke sana. Memandang waktu pun sudah hampir Maghrib dan dalam keadaan cuaca yang hujan dan tidak menentu, hanya sekadar ini gambar-gambar yang dapat dikongsi di blog ini. Dari segi potensi, lata ini wajar diberi perhatian dengan dilengkapkan kemudahan yang sewajarnya kerana jalanraya untuk sampai ke sini sudah baik dan bertar. Apa yang perlu adalah kemudahan papantanda serta promosi yang agresif oleh pihak berkuasa tempatan dan daerah serta pihak berkuasa pelancongan negeri. Terengganu amnya dan Setiu khususnya kaya dengan destinasi pelancongan menarik yang wajar dicemburui, tetapi ia belum diterokai sebaiknya supaya dapat menjana pendapatan dan ekonomi terutama kepada penduduk tempatan.

Segmen Foto: Panorama di Agro Resort

Image
bercirikan tradisional suasana tasik yang damai Gambar-gambar yang dirakam di Agro Resort, Setiu, Terengganu, nanti selepas touch up sikit akan di upload untu dikongsi bersama di blog ini. landskap pokok berbentuk binatang tenang di sini suasana pagi yang hening Lambaian poko kelapa yang menggamit suasana

Program Bicara MB Terengganu Bersama Media termasukblogger

Image
18 January 2012 Salam 1Malaysia dan Salam 1Terengganu! Kerajaan Negeri Terengganu bercadang untuk mengadakan Program Bicara Y.A.B Menteri Besar Terengganu Bersama Media (Blogger/Rakan Facebook/Twitter). Penyertaan ini terbuka kepada SEMUA rakan media Y.A.B Menteri Besar Terengganu. Jika berminat Tuan/Puan dikehendaki mengisi Borang Penyertaan Program Bicara Y.A.B Menteri Bersama Media . Borang penyertaan Tuan/Puan hendaklah dihantar secepat mungkin sebelum/pada 20 Januari 2012 . Disebabkan tempat yang diperuntukkan agak terhad bagi satu-satu masa, hanya tetamu yang terpilih sahaja akan menerima emel susulan bagi butiran majlis seperti tarikh, masa dan lokasi. sumber: TEGANU KITA

Kerabu Sambal Buah Kecupu.. warisan tradisi orang tua

Image
Sambal Kecupu memang enak kalau dimakan dengan nasi panas Di antara sajian tradisi masakan orang tua atau tradisi adalah KERABU SAMBAL BUAH KECUPU . Ia adalah gabungan Buah Kecupu bersama ikan tawar yang ditumbuk bersama sedikit lada serta garam.  Ia memang enak kalau dimakan bersama nasi panas. Kalau tiada kuah pun tidak mengapa. Buah Kecupu yang masam masam manis memang enak dibuat kerabu dan ini ia agak sukar untuk dijumpai. Tanpa kuah pun sedap Untuk gambar buah kecupu, blogger akan upload kemudian. Lupa nak shot buah yang telah dikutip segar.

Berita Harian Online | Terengganu sasar 4 juta pelancong

Berita Harian Online | Terengganu sasar 4 juta pelancong

Melayan anak-anak cuti semasa cuti sekolah makan ayam

Image
makan dengan penuh bersemangat Semasa membeli keperluan persekolahan anak-anak baru-baru ini, rasa nak makan pizza bersama anak-anak, tapi selesai membeli keperluan persekolan jam sudah menunjukkan sudah lebih pukul 10.00 malam, jadi kena ubah plan dan anak-anak membuat pilihan untuk makan ayam. Kedai ayam goreng sebelah HSNZ menjadi pilihan anak-anak. Sampai di sana didapati ramai juga manusia di sana yang sedang beratur untuk membeli ayam dan kaum kerabatnya. Cukup hebat pengaruh ayam ini dalam kehidupan di zaman serba canggih ini. Apapun seronok melihat anak-anak makan ayam dan menu kerabatnya dengan berselera sekali walaupun jam dah menunjukkan 11.00 malam lebih. Masa untuk anak-anak agak terhad sejak akhir-akhir ini, lagipun cuti tahunan dah habis. Sekurang-kurang ia mengubati dan memberi masa berharga bersama anak-anak. Plan 2012 akan menggunakan baucer percutian di Riyaz Pulau Duyung. Kalau akhlak bagus, kita juga akan makan pizza lain kali. Kita cari yang cheese lebih...

Pengunjung blog