Posts

Jadual Penerbangan baru Kuala Terengganu- Medan oleh YOUWINGS

Image
Pihak Youwings telah mengeluarkan jadual penerbangan baru bagi laluan Kuala Terengganu ke Medan iaitu sebanyak 2 kali sebulan bagi bulan Julai hingga Oktober. Dengan penjadualan baru ini akan memudahkan pihak agensi pelancongan mahupun orang perseorangan untuk merancang percutian ke Medan atau ke Kuala Terengganu. Pihak Youwings juga sedia menguruskan tempahan berkumpulan samada tiket penerbangan sahaja mahupun pakej pelancongan untuk anda www.youwings.com

Buka Puasa di Prinzpark Kuala Terengganu, kadar istimewa RM40.00 seorang bagi warga emas

Image
Berbuka puasa di Kuala Terengganu? Di antara destinasi yang dicadangkan adalah di Hotel Prinzpark, Kuala Ibai, Kuala Terengganu behampiran dengan Masjid Terapung Tengku Zaharah. Harga pakej yang ditawarkan di sini adalah RM55.00 seorang bagi dewasa dan RM33.00 seorang bagi kanak-kanak. Apa yang menarik, harga istimewa untuk warga emas juga ditawarkan pada harga RM40.00 seorang. Pihak hotel juga menawarkan setiap tempahan 10 orang akan diberi seorang percuma. Menu yang ditawarkan adalah bercitarasa masakan kampung Terengganu dengan pelbagai pilihan menu seperti sup tulang, sup kambing, lauk pauk yang pelbagai serta pilihan kuih tradisional Terengganu yang menarik. Rambang mata dibuatnya. Apa yang lebih menarik, setiaptetamu akan dihiburkan oleh  Naib JuaraKilauan Emas 2 iaitu Saudara Azri sementara menunggu waktu berbuka puasa. Bagi maklumat lanjut dan tempahan boleh hubungi talian 09-6178866.

TTI Sedia Pakej Istimewa Tarikan Pengunjung Sempena Ramadan

Image
Sebagai menyahut cabaran yang diberikan oleh kerajaan negeri, Taman Tamadun Islam Management Sdn Bhd (TTIMSB) menyediakan pakej istimewa sempena Ramadan ini bagi menarik pengunjung ke lokasi tumpuan pelancong di Kuala Terengganu itu sepanjang bulan puasa nanti. Pengarah Urusannya, Wan Adnan Wan Derahman berkata pakej yang diperkenalkan itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik dengan harga serendah RM299 seorang. “Pakej Islah Ramadan Masjid Kristal menyajikan dua pakej berasingan di mana bagi pengunjung yang ingin menginap selama tiga hari, dua malam harganya RM299 seorang manakala bagi pakej empat hari, tiga malam pula dikenakan RM399 seorang. “Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh mereka menyertai pakej tersebut adalah berbuka puasa di atas bot, solat terawih, qiamullail, taddarus al-Quran bersama imam Masjid Kristal dan turut akan dibawa ke kilang Desa Murni Batik,” katanya kepada pemberita. Tambahnya, bagi mereka yang mengambil pakej empat hari, tiga ...

Hotel Primula Saji Hidangan Warisan Sempena Ramadan

Image
Sempena ketibaan Ramadan esok, Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, menawarkan pelbagai menu istimewa termasuk makanan tradisi yang hampir dilupakan golongan muda sebagai hidangan pilihan untuk berbuka puasa. Pengurus Makanan dan Minuman hotel, Hasmadi Nasiruddin Othman berkata, antara menu yang disediakan mereka termasuk variasi pencuci mulut seperti che abas demam, koleh lemak, bantal buruk, k’ang, apam dewa, pati toyo serta lauk-pauk seperti gulai itik telur masin, budu tumis serta kerabu laksa.  “Kesemua makanan itu merupakan sebahagian daripada 125 jenis hidangan berkonsepkan warisan timur yang ditampilkan bagi mengembalikan nostalgia menu-menu lama disamping memberi peluang terutama kepada generasi muda untuk menikmatinya. “Hotel kami sentiasa mengetengahkan makanan-makanan tradisi tempatan bagaimanapun pada Ramadan kali ini, pilihan menu warisan yang hampir pupus lebih banyak berbanding tahun sebelum ini,”katanya kepada pemberita semasa majlis pelanca...

Nikmati Daging Kibas Di TH Hotel

Image
Sempena Ramadan TH Hotel & Convention Centre Terengganu sekali lagi menawarkan pakej hidangan istimewanya iaitu kibas. Pengurus Besar hotel tersebut, Engku Morris Engku Hussin berkata, pihaknya memperkenalkan hidangan tersebut tiga tahun berturut-turut bermula 2013. “Sajian kibas merupakan antara hidangan istimewa yang terdapat di TH Hotel dan ianya sukar didapati di tempat lain. “Harga bagi buffet Ramadan adalah RM68 untuk dewasa manakala RM48 untuk kanak-kanak termasuk GST dan setiap RM1 daripada bayaran akan disumbangkan ke rumah anak-anak yatim,” katanya. Selepas selesai berbuka puasa, pengunjung juga disediakan kemudahan surau yang luas untuk menunaikan solat tarawih yang diimamkan oleh imam muda dari Maahad Tahfizul Quran Al-Bukhari, Tok Bali, Kelantan. Selain itu, tambah Engku Morris, TH Hotel turut membuat promosi harga bilik bersempena bulan Ramadan kepada pengunjung. “Pengunjung yang ingin menginap di sini, harga promosi bermula RM160 tanpa sahur disajika...

Berbuka Puasa Di atas bot, pakej menarik di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu

Image
Pihak pengurusan Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu iaitu TTI Management manawarkan Pakej Unik Berbuka Puasa di Atas Bot dengan tawaran yang menarik. Pakej berbuka  ini ditawarkan pada harga RM75.oo seorang dewasa dan RM55.00 seorang kanak-kanak. Promosi ini di adakan sepanjang Ramadhan bermula 20 Jun sehingga 14 Julai 2015. Manakala bagi Bufet Berbuka Puasa di Taman Tamadun Islam ini pula di tawarkan pada harga RM53.00 seorang dewasa dan RM35.00 seorang kanak-kanak. Pihak TTI sentiasa menawarkan pelbagai pilihan menu menarik seperti ikan bakar serta makanan istimewa Terengganu seperti Sagumpal dan Rojak Kateh. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, boleh hubungi talian 096278883/8886/8807

Kibas Panggang hidangan istimewa berbuka puasa di Duyung & Marina Resort, Pulau Duyung, Kuala Terengganu

Image
Pakej berbuka puasa di Duyung Marina & Resort dengan hidangan istimewa Kibas Panggang, Pakej yang ditawarkan adalah RM69.00 seorang dewasa dan RM49.00 seorang kanak-kanak di Restoran Verandah. Manakala di Bytes Cafe pula ditawarkan dengan harga serendah RM29.00 bagi dewasa dan RM20.00 bagi kanak-kanak. Bagi tempahan dan maklumat lanjut boleh hubungi talian 096277734 atau 6277888 . Pihak resort juga turut mengadakan promosi penginapan 2 hari 1 malam serendah RM290.00 di Duyung & Marina Resort atau RM200.00 semalam di Primula Beach Resort. Juga turut ditawarkan Pakej penginapan Terengganu Gateway 3 hari 2 malam menginap di Duyung & Marina Resort dan Primula Resort dengan harga RM490.00 Terengganu sentiasa menawarkan percutian yang terbak buat anda dengan pelbagai produk pelancongan yang unik dan berlainan serta keenakan makanan dan masakan Terengganu. Semuanya terbaik dari Terengganu.

Pengunjung blog