Nikmati Daging Kibas Di TH Hotel

5
Sempena Ramadan TH Hotel & Convention Centre Terengganu sekali lagi menawarkan pakej hidangan istimewanya iaitu kibas.
Pengurus Besar hotel tersebut, Engku Morris Engku Hussin berkata, pihaknya memperkenalkan hidangan tersebut tiga tahun berturut-turut bermula 2013.
“Sajian kibas merupakan antara hidangan istimewa yang terdapat di TH Hotel dan ianya sukar didapati di tempat lain.
“Harga bagi buffet Ramadan adalah RM68 untuk dewasa manakala RM48 untuk kanak-kanak termasuk GST dan setiap RM1 daripada bayaran akan disumbangkan ke rumah anak-anak yatim,” katanya.
1
Selepas selesai berbuka puasa, pengunjung juga disediakan kemudahan surau yang luas untuk menunaikan solat tarawih yang diimamkan oleh imam muda dari Maahad Tahfizul Quran Al-Bukhari, Tok Bali, Kelantan.
Selain itu, tambah Engku Morris, TH Hotel turut membuat promosi harga bilik bersempena bulan Ramadan kepada pengunjung.
“Pengunjung yang ingin menginap di sini, harga promosi bermula RM160 tanpa sahur disajikan kepada mereka dan tambahan RM20 dengan sahur untuk semalaman,” katanya.
@teganu kita- mohd syazni zainuddin

Comments

Popular post this month

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

RM5 juta diperuntukkan untuk Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) secara tanpa faedah oleh Kerajaan Negeri Terengganu

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Sejarah Setiu: Kampung Payang kini jadi lautan.

Maggie Ketam Nipah... memang sedap di Besut, Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Pengunjung blog