Posts

Zam Cendol, Kg Pengkalan Nyireh, Besut , Terengganu... bayar sekali makan sampai kenyang.. berbaloi

Image
Sejak akhir-akhir telah mula wujud trend makan baru iaitu bayar sekali dan boleh tambah berkali-kali dan makan sampai kenyang yang tentunya memberi kepuasan maksimum kepada pelanggan. Bayangkan makan cendol yang berharga RM2 semangkuk dan anda boleh makan sepuas-puasnya dan boleh tambah berkali-kali. Tentu seronok bukan! Warung Cendol Zam yang baru beroperasi di Kg Pengkalan Nyireh, Besut yang terletak berhadapan Masjid Ibnu Abbas Pengkalan Nyireh mula mendapat sambutan yang amat menggalakkan yang beroperasi daripada jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang. Selain cendol juga terdapat makanan lain iaitu laksa pinang RM3, pasembor RM4, nasi goreng bersama ikan kukus goreng RM5 yang juga bayar sekali dan boleh tambah berkali-kali. Selain itu juga terdapat Rojak Buah RM4 dengan harga RM5.00, Ikan Celup Tepung RM2 seekor dan sotong celup tepung RM6 seekor dan sememangnya ia murah dan berbaloi. Jika datang beramai ramai samada bersama keluarga atau kawan-kawan memang seron...

Kenyataan Media Berkaitan Tangkapan Ikan Jerung di Perairan Pulau Kapas Terengganu oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu

Image
*Kenyataan Media Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu Berkaitan Penularan Gambar Penangkapan Ikan Jerung di perairan Terengganu di Media Sosial* Para pelancong yang berkunjung di negeri Terengganu tidak perlu bimbang berikutan penularan gambar jerung yang disebarkan di media sosial dengan menyatakan ikan itu ditangkap di kawasan Taman Laut Pulau Kapas, Marang. Malahan, Jabatan Taman Laut Negeri (JTLN) juga menafikan dakwaan terdapat gangguan jerung di kawasan tersebut, susulan penyebaran gambar jerung spesis bull shark yang dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang, semalam. Pengarah JTLN, Muhammad Nur Ashry Bassari berkata, berita itu tidak tepat kerana jerung terbabit ditangkap nelayan di luar kawasan Taman Laut Pulau Kapas iaitu tujuh batu nautika dari perairan berkenaan. Setakat ini, tiada rekod mengenai gangguan jerung bukan saja di Pulau Kapas malah di perairan negeri ini dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan berita yang di tu...

Warung kecil tapi lauknya memang awesome...Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu

Image
Warung kecil ini terletak berhadapan dengan Masjid Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu, iaitu pusat bandar bagi Daerah Setiu. Kunjungan sebelumnya ke warung ini dapat menikmati Gulai lemak daun kesom Ikan Tapah,, memang rasa bagai masakan orang tua dan tradisi. Dan kunjungan terbaru pula adalah Gulai lemak daun kesum ikan haruan, memang memukau selera. Lauk lain yang terdapat di warung ini adalah ikan patin asam pedas, ikan puyu goreng, ikan keli goreng, sayur lemak dan pelbagai lagi termasuk sambal belacan, ulam dan tak luypa budu. Bagi yang rindu masakan kampung dan ikan darat, memang terubat. Rasa masakannya memang asli kampung dan cukup masam, masin dan pedasnya. Warung ini juga turut menjual air kelapa muda dan air nira kelapa atau orang tempatan memanggilnya 'air nira'. Bagi yang ingin singgah merasa masakan ikan darat ini bolehlah mencari Masjid Bandar Permaisuri dan warung betul-betul berhadapan dengan pintu masjid di seberang jalan. @terengga...

HIPSTER ROOM DI KUALA BERANG!

Image
HIPSTER ROOM DI KUALA BERANG! Pertamanya di Kuala Berang dengan penampilan gaya baru untuk guest yang inginkan penginapan selesa & terbaik hanya untuk anda dari kami di # BlacknWhiteRoom . Rasai pengalaman berbeza yang mengujakan di bilik Private Room kami ya. Jom-jom korang boleh singgah menginap kat sini. Dah open for booking! Baru je siap renovate. Bulan March ni pulau di Terengganu pun dah buka, Kelah Sanctuary Tasik kenyir pun dah buka lepas musim tengkujuh baru-baru ni. Jom-jom plan holiday ke Terengganu. Ajak ramai-ramai kawan kita ke Kuala Berang. ++++++++++++ Boleh cepat-cepat call @ hubungi kami: Tel: 013-9308081 / 09-6826332 Email: orkedguesthouse@gmail.com *Orked Guesthouse diuruskan oleh Anggerik Impian Hotel. # GoKualaBerang # OrkedGuesthouse # Hotel #visitbeautifulterengganu2017

Jawatan Kosong di Manor Beach Resort, Besut, Terengganu

Image
Manor Beach Resort urgently mencari Assistant Resort Manager/ Sale Marketing/Admin. Jika berminat sila hubungi Puan Kasma di 0122029454 atau email cv di rankmark2015@gmail.com. Kriteria: - Have experience in Hospitality Industry - Fasih Bahasa Inggeris - Pandai menggunakan komputer @FB Manor Beach Resort

Promosi Bilik RM60 semalam daripada Hotel Tawaquf Inn, Gong Badak

Image
HARGA PROMOSI BERMULA 1 MAC 2017 1.SINGLE ROOM -RM 60.00 2.QUEEN ROOM -RM 80.00 3.DOUBLE SINGLE ROOM -RM 100.00 4.FAMILY ROOM -RM 135.00 Hotel ini terletak bersebelahan dengan Kompleks Stadium Gong Badak serta tidak jauh daripada lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud. Banyak kedai makan dan restotan sekitar kawasan ini antaranya Restoran Sup Utara, Restoran De Tunggal, Warung Simpang Corner dan juga tidak jauh dengan Kedai Air Buah Gelas Besar dan pasaraya Giant, Mydin dan Sabasun 2. sebarang pertanyaan atau untuk menempah boleh menghubungi 09-6627377 @FB Tawaquf Inn

PROGRENG SEK SEK MUTO 4 MAC 2017 di Endurance Park Lembah Bidong

Image
Sek sek mung.. Terime kasih banyok hok ucak selamak ari jadi ke 41 mareng.. Dok dang nok balah ke sorang sorang.. Ade 70000 lebih ucapang.. Maklung lah.. Pok Mung ning tarah macang Maikel Jekseng gok eh.. Demang ketor ngoko pok mung ning.. Tobak dok nawok sikek pong.. Ucak sajer dok jaddi.. Kene wak mari hadioh lah.. Baru jaddi sek sek mung nok bodek pok mung ning.. Wak mari hadioh mase kat eveng Sek Sek Muto ari saktu ning neh.. Piyer dok mari ambe piyak kak moggeng yer.. Tobak pong.. Maknenye sakning... @FB KUTERER

Pengunjung blog