Posts

MR CELUP TEPUNG STATION, Pantai Penarik, Setiu, Terengganu... boleh pekena Sotong Cheezy

Image
Terletak di Pantai Penarik yang sememang cantik dan menarik dengan berlatar belakangkan keindahan Pulau Redang tentunya menjanjikan suasana makan santai anda yang damai di MR CELUP TEPUNG STATION Pantai Penarik, Setiu, Terengganu. Selain itu pelbagai menu lain yang menarik juga disediakan iaitu Nasi Ayam, keropok lekor serta mee atau bihun sup. Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Kak Pie di talian 0199887958 Turut disediakan disini adalah buaian pantai seperti Pantai Lombok, Indonesia dan turut dilengkapi dengan kemudahan Surau, tandas serta tempat letak kereta yang luas. Waktu operasi di sini adalah dari jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam. FB Mr Celup Tepung Station Chempedak cheese #setiupost

Bermesra dengan arnab di Peladang Setiu Agro Resort... arnab gebu..

Image
Jom kita ke Peladang Setiu Agro Resort dan bawa anak-anak untuk bermain dengan arnab-arnab yang gebu dan manja. Seronok tengok arnab berlari-lari dan anda boleh pegang, peluk dan cium arnab-arnab ini sambil layan anak-anak. #setiupost

Restoran Puncak Panorama.. destinasi menarik untuk makan-makan di Kuala Terengganu

Image
Restoran yang terletak di atas Bukit Panorama ini kini bakal menjadi destinasi baru makan-makan samada secara santai, candle light dinner atau bagi meraikan yang tersayang dengan suasana yang sungguh menarik berlatar belakangkan bandar Kuala Terengganu. Ia bagaikan bernafas semula dengan sentuhan baru pemilik baru iaitu seorang usahawan yang gigih iaitu Encik Ahmad  Izani yang turut menawarkan pakej penerbangan helikopter mengelilingi Kuala Terengganu. Bagi maklumat lanjut untuk tempahan dan maklumat lanjut bolehlah berhubung dengan   013-9399940 (hakim) / 016-93 53000 (fitri) #setiupost #FB Restoran Puncak Panorama

Rumah Tamu Fikri, Setiu, Terengganu.. percutian privasi untuk anda...

Image
Rumah Tamu Fikri yang terletak di Kg Fikri, Setiu, Terengganu yang juga terletak di destinasi tarikan baru pelancongan negeri Terengganu iaitu Setiu Wetland menyediakan kemudahan penginapan yang privasi untuk anda. Rumah yang cukup selesa ini mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik air serta mempunyai ruang tamu yang luas dan selesa serta berhawa dingin. Ia lengkap dengan kemudahan peti ais, mesin basuh, peralatan memasak, pemanas air serta periuk nasi elektrik dan kemudahan BBQ Malah bilik air juga juga disediakan di luar rumah yang turut mempunyai kemudahan parking yang luas dan selesa. Rumah penginapan ini juga mempunyai kemudahan jeti peribadi dengan kemudahan bot untuk pakej ke pulau samada Redang atau Perhentian mahupun trip memancing atau bercandat. Menarik bukan! Suasana dan persekitaran rumah ini sendiri cukup tenang dan mendamaikan di pinggir lagun Setiu yang cantik. Bagi harga sewaan adalah dengan kadar RM300 sehari dan anda boleh hubungi t...

Lagu Baru Abang Bomba Anak Terengganu Syafiq farhain yang juga anak Saleem... bakal meletup

Image
Ini adalah lagu baru Abang Bomba Anak Terengganu yang juga anak penyanyi Balada terkenal tanahair iaitu Saleem yang berasal dari Setiu Terengganu. Lagu bertajuk SAYANG MAAFKAN AKU ini adalah hasil komposer Yabang Khalifah terbitan MVM Muzik Mohd Norshafiq Farhain ini mula popular setelah suaranya dalam aplikasi SMULE begitu menarik perhatian rakan-rakan SMULE dan keunikannya bagaikan mewarisi kehebatan suara ayahnya Saleem. Tontonan lagu ini di Youtube juga telah melebihi 600k (7 Julai 2017) dan dijangka akan mencecah lebih 1 juta dalam sedikit masa lagi. #setiupost #terengganumyheritage #visitbeautifulterengganu2017

Senarai Cuti Panjang Malaysia 2018.. Jom Plan percutian anda

Image
Di sini Admin sertakan Senarai CUTI PANJANG 2018 untuk anda plan dan rancang percutian anda dari sekarang. Rancang awal akan menjimatkan terutama apabila melibatkan penerbangan. Jom datang Terengganu dengan keindahan pelbagai destinasi menarik seperti: Pulau Perhentian Pulau Redang Pulau Kapas Pulau Tenggol (Diving Heaven) Tasik Kenyir Setiu Wetland-- Galeri wetland Pusat Agrotourism Setiu- www.agroresort.com Kuala Terengganu semua daerah di Terengganu Juga terokai keunikan makanan Terengganu yang begitu banyak sekali untuk anda nikmati. Teruskan mengikuti blog ini untuk maklumat lanjut tenpat-tempat menarik di Terengganu @FB kakicuti #setiupost #terengganumyheritage #visitbeautifulterengganu2017

Salam Aidil Fitri dari Terengganu Myheritage

Image
Salam Aidil Fitri Admin ucapkan kepada semua dan mohon maaf banyak banyak jika da salah dan silap di sana dan di sini. Juga admin mengalu-alukan jika ada pembaca ingin berkongsi cerita dan pengalaman bercuti serta menikmati makanan di Terengganu boleh lah email cerita dan pengalaman ke email di bawah untuk dipaparkan di blog ini. Setiap cerita yang dipaparkan dan terpilih akan menerima HADIAH SPECIAL sebagai tanda terima kasih. Email: terengganulegend@yahoo.com terima kasih dan Jazakallah Kullu am wa antum bikhair ADMIN Terengganumyheritage

Pengunjung blog