Makan Nasi Asam Pedas ikan Baung Kuala Brang... Fuhh

asam pedas ikan baung, budu, air asam, ikan talapian bakar, ikan tawar serta sayur lemak pucuk paku
Kali ini blogger ingin berkongsi pengalaman makan nasi tengahari, orang Terengganu kata ' Lunch' di Kg Gaung Kuala Brang. Lokasinya bersebelahan dengan gerai-gerai yang menjual jagung dan kacang.

memang menyelerakan
Menu istimewa yang dijual disini adalah Asam Pedas Ikan Baung, Ikan Patin serta ulam-ulaman serta budu. Juga sayuran tradisional seperti pucuk paku, pucuk midin, bunga kunyit dan dicecah dengan ikan tawar serta talapian bakar.




ulam daun gedebe lembu


Licin, sampai ke tulang di mamah



Apa yang pasti nasi sepinggan bagaikan sejemput. Tak cukup la tu. Resepi masakan memang masakan tradisional orang tua lama. 

Ada lagi yang istimewa iaitu air samada nak rasa Jus asli dan segar daun Gedebe Lembu atau Pegaga atau halia. Rasa keasliannya sungguh jitu sekali.

Pernah juga blogger dengar ada tamu dari Kuala Lumpur, turun di airport Kuala Terengganu terus ke Kuala Brang untuk makan tengahari dengan asam pedas di sini. Orang kata kalau makan sampai teringat memang sedap.

Rakan-rakan kalau teringin nak cuba sama boleh berkunjung ke Bandar Kuala Brang. Bagi yang mampu boleh terus merasa Asam Pedas Ikan Kelah. Tapi pasal harga sendiri mau ingat, kalau harga Rm50 atau RM70 sepinggan jangan buat aduan kat surat khabar pula. Memang kalau lauk ikan Kelah memang ekslkusif dan  mutu pada harga yang wajar. Bagi blogger setakat ikan baung pun sudah memadai dan dah terasa keenakannya. selamat mencuba.

Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Air Mineral Recaz, keluaran terbaru Cas Ligas, Kumpulan PMINT...

Majlis Tahnik atau belah mulut, di antara ibadat dan adat..

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

Pengunjung blog