MESYUARAT EXCO MBHA MALAYSIA 2013 DI KUALA TERENGGANU PADA 4 JULAI 2013


Pada 4 Julai 2013 akan di adakan Mesyuarat Exco MBHA Malaysia di Kuala Terengganu bertempat di Ming Star Hotel. Satu penghargaan kerana Terengganu dipilih sebagai tuan rumah untuk mesyuarat kali ini.

Sebagai sambutan sempena mesyuarat kali ini, rombongan exco MBHA akan dibawa melawat tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu seperti Kompleks Kraft Noor Arfa Batik di Chendering, Masjid Terapung, Pasar Besar Kedai Payang, Muzium Terengganu, Pulau Warisan dan tidak ketinggalan Masjid Kristal.

Dan pada petangnya pula rombongan exco akan diraikan oleh Sekretariat Tahun Melawat Terengganu 2013 di Taman Tamadun Islam dengan jamuan Hi Tea dengan masakan Terengganu.

Pada malamnya pula, sebahagian rombongan akan mengikuti program mencandat sotong di periaran Pulau Kapas sebagai pendedahan pengalaman menarik di Terengganu.

Keesokannya pula, rombongan dijangka melawat ke Pulau Lang Tengah bagi menikmati keindahan pulau di Terengganu.

Terima kasih kepada Setiausaha MBHA Terengganu, Salehuddin Abdullah, Hotel Kenangan yang bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran mesyuarat dan program sambutan Exco MBHA Malaysia kali ini.

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

CERI TERENGGANU: TUMBUHAN UNIK BERKHASIAT TINGGI

Tuan Amirul Rizal di lantik sebagai Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baru.. tahniah

Pengunjung blog