Sup Ekor 'power' di Restoran De Tunggal, Kg Bukit Tunggal... sedap dan cepat

Sup ekor yang memang sedap dan menyengat

Restoran De Tunggal di Kg Bukit Tunggal adalah antara restoran masakan panas yang sememangnya disyorkan terutama bagi mereka yang ingin makan berkeluarga. Banyak faktor yang menyebabkan blogger sentiasa memilih restoran ini sebagai destinasi pilihan.


Ianya luas dan mempunyai tempat letak kereta yang banyak. Selain itu ianya juga menyediakan servis yang cepat dan sedap walaupun keadaan restoran yang sentiasa ramai orang.

Kerabu Mangga

Peria Goreng Telur

Kali ini blogger memilih Tom Yam Sup Putih, Sup Ekor, Kerabu Mangga serta Peria Goreng Telur, manakala anak-anak pula memilih Mee Goreng Basah serta Mee Hoon TomYam. Apa yang menarik pertama kali blogger minum Teh Hijau Bersusu.. sedap juga.

Mee Goreng Basah

Mee Hoon Tomyam

Boleh dikatakan dari segi rasa di restoran ini amat memuaskan. Ia terletak selepas jambatan Sultan Mahmud, jika anda dari Kuala Terengganu dan menuju ke Kompleks Stadium Gong Badak, ia terletak disebelah kiri kira 500 meter selepas lampu isyarat ketiga selepas jambatan dan belok kanan.

Tomyam memang 'awesome''


ABC pun sedap

sambal belacan 'power' pedas menyengat dan sedap

suasana restoran yang santai walaupun ramai orang

Comments

Popular post this month

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Warung Pak Nong Celup Tepung, antara destinasi makan terbaik di Terengganu.. puashati makan di sini

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Makan Tengahari di Chana, Songkhla.. masakan asli Thai

Pengunjung blog