Hutan Lipur Lata Belantan, Jabi, Besut, Terengganu


belatan1
Hutan Lipur Lata Belatan terletak di daerah Besut. Ia merupakan pintu masuk utama kepada para pendaki ke Gunung Tebu. Pelbagai kemudahan asas juga disediakan seperti gerai, tapak perkhemahan, dan tandas yang dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan, pendakian Gunung Tebu, bermalam, dan lain-lain aktiviti, sila berhubung dengan Unit Hutan Lipur dan Rekreasi, Ibupejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Bayaran masuk adalah dikenakan kepada pengunjung.
belatan2
belatan4
Bagaimana Hendak Ke Sini?
Kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti teksi.

Lokasi:
24 km dari Bandar Jertih melalui Jalan Kuala Terengganu - Jertih dan 118 km dari Kuala Terengganu melalui Jalan Kuala Teren gganu - Kota Bharu. Hutan Lipur Lata Belatan terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Tebu yang merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit dan konifer.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Unit Hutan Lipur dan Rekreasi,
Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu,
Tingkat 7, Wisma Negeri,
20200 Kuala Terengganu.

Tel. : 09-6274155
Faks : 09-6236552

@http://trgforestry.terengganu.gov.my/

Comments

Popular post this month

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

SUKAN: Pasukan Ahmad Sidi Juara Ping Pong Setiu

Sejarah Setiu: Kampung Payang kini jadi lautan.

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Menjejaki Al Marzaq, Ulama’ Yang Dipancung Kepala di Pulau Tarakan, Kalimantan, Indonesia.. banyak pengajaran cerita

Pengunjung blog