Posts

Showing posts with the label Terengganu

Gerai Jualan Hasil Laut dan Kraft di Kg Fikri, Setiu, Terengganu.. segar dan murah

Image
  Balik dari Besut tadi singgah dekat Gerai Jualan Hasil Laut di Kg Fikri, Setiu, Terengganu Niat nak cari ketam nipah dan lokan. Dapatlah ketam nipah dalam 2kg lebih dengan harga rm35 sekg. Juga kita beli lokan dengan harga 3kg untuk RM10. Lokan ni masak dan di makan segar memang sedap. juga ada tiram dan kepah segar. Kebanyakan hasil ini adalah pencarian nelayan di kawasan Fikri dan Kuala Setiy ini yang amat kaya dengan pelbagai sumber hasil laut.

Warung Jelira Rasa, Kg Guntung Luar, destinasi sarapan pagi popular di Setiu, Terengganu

Image
  Gulai Kerutuk Itik Hari ini dalam perjalanan ziarah kematian bapa saudara di Besut, kita singgah Warung Jelira Rasa Kg Guntung Luar. Di sini popular dengan masakan Gulai kerutub itik, gulai ayam kampung serta ayam kampung goreng. Di antara kedai sarapan pagi yang popular di Setiu. Gulai dia bukanlah paling sedap, tapi apabila makan membuatkan kita teringat dan ada identiti rasa dia yang tersendiri. Lokasi kedai di trafik light Kg Guntung Luar dan boleh Waze atau Google Map Warung Jelira Rasa. Ia dibuka setiao hari dari jam 7.00 pagi sehingga jam 2.00 petang dan Turup pada setiap Sabtu. Dah gitu lah.. Ambe makan dulu Gulai Ayam Kampung

Nasi Dagang Atas Tol Terengganu.. apa istimewanya?

Image
  Berikut cerita tentang Nasi Dagang Atas Tol (NDAT), — satu tempat makan terkenal bagi penggemar hidangan tradisional di Terengganu: 🍽️ Apa itu Nasi Dagang Atas Tol Nama “Nasi Dagang Atas Tol” merujuk kepada sebuah kedai/restoran di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu, yang popular dengan versi tradisional hidangan Nasi Dagang Hidangan nasi dagang di Terengganu — termasuk di NDAT — biasanya terdiri daripada nasi yang dimasak dengan santan (kadang-kadang campuran beras & pulut), disajikan bersama gulai ikan (sering ikan tongkol atau "ikan aya"), sambal / cili padi, dan kadang-kadang lauk sampingan.  Nasi dagang adalah makanan tradisional dan ikonik di pantai timur Semenanjung (Terengganu & Kelantan) dan lazim dijamu untuk sarapan.  ✅ Kenapa Nasi Dagang Atas Tol Popular & “Wajib” Dicuba NDAT terkenal kerana rasa nasi dagangnya yang dianggap “qhal” — nasi lembut, kuah gulai pekat dan pedas-manis, serta lauk ikan yang “hitam manis” sesuai citarasa ora...

Terengganu negeri paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2024 oleh DOSM Malaysia

Image
  Kecoh sekejap berkaitan indeks kebahagiaan yang di keluarkan oleh DOSM Malaysia atau Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2024 yang menyaksikan negeri Terengganu Darul Iman berada di kedudukan teratas sebagai negeri paling bahagia mengatasi negeri-negeri lain di Malaysia. Manakala Johor pula sebagai negeri kedua paling bahagia diikuti oleh Negeri sembilan serta Pahang. Manakala bagi daerah pula, Daerah Keluang Johor dinobatkan sebagai daerah paling bahagia di Malaysia. Diikuti oleh Daerah Raub, Mersing serta Marang, Terengganu.  Manakala daerah Admin Setiu berada di tempat ketujuh. Berdasarkan dapatan survei, prestasi skor Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia pada tahun 2024 berada pada tahap bahagia iaitu pada skor 7.60. Secara keseluruhan, dua komponen berada di tahap sangat bahagia dan baki 11 komponen berada di tahap bahagia antara skor 6.22 dan 7.82. Analisis mengikut komponen menunjukkan skor indeks tertinggi dicatatkan oleh komponen keagamaan dan kerohanian iaitu 8.69...

Hukum Liwat Dalam Islam... Kita nak ikut siapa?

Image
  Dalam Islam, liwat, atau hubungan seksual antara laki-laki, dianggap sebagai perbuatan yang sangat terlarang dan dinyatakan sebagai dosa besar. Dalam Al-Qur'an dan Hadis, ada beberapa ayat dan riwayat yang menegaskan larangan tersebut. ### Hukum Liwat dalam Islam 1. **Al-Qur'an**:     Salah satu ayat yang sering dikaitkan dengan perbuatan liwat adalah ayat tentang kaum Lut, yang dihancurkan oleh Allah akibat perbuatan mereka yang tidak bermoral, termasuk hubungan sesama jenis. Dalam Surah Al-A'raf (7:80-84), Allah membicarakan tentang kaum Lut yang melakukan perbuatan keji dan menolak nasihat Nabi Lut. 2. **Hadis**:     Dalam beberapa hadis, Rasulullah SAW juga menegaskan bahwa perbuatan homoseksual sangat dilarang. Misalnya, dalam hadits yang diriwayatkan oleh Al-Hasan Ibn Ali dan Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa Allah melaknat pelaku liwat, dan mereka yang melakukan perbuatan tersebut akan dikenakan hukuman berat. 3. **Ijma (Konsensus...

Tuan Guru Abd Rahman Pombeng... Ulama Patani yang berbakti di bumi Terengganu satu ketika dahulu.

Image
  Tuan Guru Baba Haji Abdul Rahman Pombeng. Beliau merupakan menantu kepada Pak Da Eil Mekah. Sedikit manaqib beliau : Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng ( 1930 - 2008 ) Tuan Guru dilahirkan di sebuah kampung bernama Pombeng dalam daerah Penarik, Patani. Selepas belajar di sekolah dasar bahasa Thai sehingga darjah 4, beliau pindah belajar di Pondok Kuala Beruas pada tahun 1941 seterusnya ke Pondok Mak Enggol pada 1947 dan akhirnya ke Mekah. Diantara guru beliau ialah : 1. Tok Beruas / Tuan Guru Haji Abdul Rahman Saghir - Pondok Kuala Beruas 2. Tuan Guru Haji Hassan Mak Enggol - Pondok Mak Enggol 3. Syeikh Abdul Malik Malla 4. Syeikh Said Jundal 5. Syeikh Mahmud Sawaf Iraq 6. Syeikh Abu al Wafa Mesir 7. Syeikh Badran 8. Syeikh Mutawalli 9. Syeikh Ali al Siba'i 10. Syeikh Alawi Abbas al-Maliki 11. Syeikh Hassan Masyath 12. Syeikh Amin Kutbi 13. Pak Da Eil Mekah 14. Tok Ahyad 15. Syeikh Daud Sulaiman al-Kalantani 16. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili Beliau pulang ke Patani pada tahun 19...

Layan Hot Chocolate Terbaik di Kopi Station Hentian Rahmat, Setiu, Terengganu, memang premium

Image
  Balik kerja mesti singgah kali ni cuba one of the best hot chocolate di Setiu memang coklat premium  puas minum barista anak anak muda harga hot chocolate rm7.00 yang penting tanpa gula sesuai kalau nak makan dengan roti bakar atau waffle. di KOPI Station Hentian Rahmat setiu Terengganu. Secawan coklat boleh memberi ketenangan dan mengurangkan stress😄 setiap pembeliam RM30 ke atas dan bayar guna TnGo E wallet.. ada cashback. Kopi latte atau cappucino pun sedap sini dan harga pun masih marhaen RM6. Rasa antara yang Latte atau Cappucino di Terengganu. Sapa yang suka layan Espresso... hanya RM5 je buat masa sekarang.  Mana nak cari harga gini. #kopistationhentianrahmat #sukakopi #coklatpanas #kopisetiu #latte

Dr Anuar Abdullah di antara pakar selam Malaysia berasal daripada Terengganu.. memang luarbiasa pencapaiannya

Image
  Apabila mula baca artikel ini , agak mengejutkan apabila mendapat aklumat yang luar biasa tentang pakar selam ini iaitu Dr Anuar Abdullah, pengasas Ocean Quest Global yang juga anak Terengganu. Apa tidaknya telah menyelam leboh daripada 42,000 kali dengan purata 900 hingga 1000 kali setahun. Dah macam ikan duyung. Hebat sungguh Ini artikel asal oleh sahabat kita FB Khairul Amri Salah Fikri: Orang Terengganu antara pakar paling hebat di dunia. Kalau jumpa dia di warung kampung, kita tak sangka latar belakang & pencapaian dia. Sebelah aku ni, Dr Anuar Abdullah pengasas Ocean Quest Global. Tahun 1970an dia dapat biasiswa belajar kat Florida US dalam bidang Oceanography. Balik Malaysia dia buka dive center. Tahun 1980 gitu dia orang pertama buka dive center di Terengganu. Umur sekarang 64 tahun. Dia dah scuba diving hampir 49 tahun. Logged dive? 42,000 kali weh. Purata dia dive 900-1000 kali setahun, sehari hampir 3 kali tanpa henti. Terngaga mulut aku tengok dive log dia. Aku x ...

Iklan Jawatan Kosong Pegawai Perkhdmatan Pendidikan DG41 di Terengganu

Image
IKLAN PENGAMBILAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG41 SECARA “CONTRACT OF SERVICE” DI BAWAH JABATAN PENDIDIKAN ISLAM NEGERI TERENGGANU (JPINT) TAHUN 2024 Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam yang telah menamatkan pengajian dan telah memperoleh keputusan senat Universiti pada tarikh tutup hebahan ini untuk mengisi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Secara “Contract Of Service” di: (i)Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) (ii) Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) * Bagi syarat-syarat permohonan rujuk Iklan Pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 Secara (Contract Of Service) di bawah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu Tahun 20 TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 DISEMBER 2023 (SABTU), sebelum jam 5.00 PETANG All reactions: 7 7

Jawatan Kosong di Agro Stock KETENGAH, Terengganu

Image
  jawatan kosong di Ketengah Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi mengisi jawatan kosong seperti berikut dan keutamaan diberikan kepada Rakyat Negeri Terengganu Darul Iman. 1. a) Nama Jawatan: 𝐄𝐤𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐢𝐟 𝐓𝐞𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐠𝐠𝐚𝐬 (1 Kekosongan) b) Taraf Jawatan: Kontrak c) Syarat Lantikan: Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :- i. Mempunyai kelulusan minima Diploma dalam bidang ternakan unggas atau berkaitan ii. Mempunyai pengetahuan yang baik mengenai pengurusan ternakan unggas dan pentadbiran operasi iii. Calon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam bidang berkaitan akan diberikan keutamaan iv. Bertanggungjawab mernguruskan ternakan unggas serta memastikan operasi berjalan lancar v. Membantu memastikan SOP dipatuhi oleh pekerja vi. Mengembangkan serta mengekalkan hubungan dengan pelanggan sedia ada dan baru vii. Lain-lain tugas berkaitan yang akan diberikan dari semasa ke semasa 𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐌𝐎?...

Jawatan Kosong di UNISZA Holding, Kuala Terengganu

Image
  Jawatan Kosong di Unisza Holding Sdn Bhd 𝗜𝗞𝗟𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚 . 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡: 𝗕𝗨𝗦𝗜𝗡𝗘𝗦𝗦 𝗗𝗘𝗩𝗘𝗟𝗢𝗣𝗠𝗘𝗡𝗧 𝗘𝗫𝗘𝗖𝗨𝗧𝗜𝗩𝗘 (𝗘𝗡𝗩𝗜𝗥𝗢𝗡𝗠𝗘𝗡𝗧) . Individu yang berminat, boleh menghantar 𝗖𝘂𝗿𝗿𝗶𝗰𝘂𝗹𝘂𝗺 𝗩𝗶𝘁𝗮𝗲 (𝗖𝗩) ke emel 𝘂𝗻𝗶𝘀𝘇𝗮𝗰𝗼𝗻𝘀𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻𝗰𝘆@𝗴𝗺𝗮𝗶𝗹.𝗰𝗼𝗺 . 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 : 𝟯𝟭 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟯 . #jawatankosong #jawatankosongterengganu #jawatankosongmalaysia #jawatankosong2023

Gulai itik dan Ayam Kampung Kedai Abang Dol di Kg Bintang, serius sedap, harga pun berpatutan..

Image
 Inilah kedai makan Abang Dol untuk sarapan pagi Gulai Itik dan gulai ayam kampung yang sedap di Kg Bintang, Setiu, Terengganu. Memang sedap dan harga pun amat berpatutan serta dibuka setiap hari. Ia terletak di sebelah kiri sebelum jambatan Kg Bintang selepas simpang tiga Kg Bahagia jika anda dari Bandar Permaisuri. Rasa gulai bagaikan masakan orang tua duku dulu. Kedua dua gulai sedap. Ini bermakna ada 3 lokasi popular untuk sarapan pagi berasaskan gulai itik dan ayam kampung iaitu; I. Warung Jelira Rasa di Simpang Kg Guntung Luar Ii. Warung Cik Ani atap nipah di Kg Bintang dan Iii. Kedai Makan Abang Dol Kg Bintang Jika tuan tuan lalu ikut sini boleh lah singgah rasa dan nikmatinya sendiri. Keenakan adalah berbeza bagi setiap individu. P/s: jika tuan tuan dan puan puan ingin jemput admin untuk buat review bolehlah email ke terengganulegend@yahoo.com atau DM ke FB Ripum Portal, insyalah kita cuba adjust.

Tomyam sotong, udang dan belut yang sedap di Cafe Hanamina, Kg Bukit Kemudu, Setiu, Terengganu

Image
  Cafe Hanamina di Kg Bukit Kemudu berdekatan dengan Kg Banggol, Setiu, Terengganu. Tak sangka ada cafe tang comel dan makanan yang sedap. Menu tak banyak tapi menarik, ada Tomyam Sotong Tomyam Udang Galah Tomyam Belut serta Mee Celup Telur gedik. Anda pilih samada mahu mee, bee hoon, kua tiaw, maggie atau nasi. Sotong dan udang besar dan puas hati. Belut pun sedap. Juga aneka air yang menarik untuk dirasa. Harga makanan dan minuman di cafe ini juga berpatutan. Walaupun kedai kecil tapi ia selesa. Jika anda dari Bandar Permaisuri, Setiu, ia terletak di sebelah kanan anda dan jika anda dari kg Penarik, Setiu ia terletak di sebelah kiri selepas melepasi Kg Banggol. Bolehlah sapa lalu di sini untuk mencuba menu di sini. Walaupun ia terletak di kampung tapi ia menarik dan berbaloi. Ps: bagi restoran atau cafe yang berminat dengan review sebegini, boleh hubungi admin di email : terengganulegend@yahoo.com  Atau mesengger di FB Ripum Portal.

Musim memancing ikan dukang di Kg pantai kg Baru Penarik, Setiu, Terengganu

Image
  Musim awal hujan November ini merupakan antara musim menarik bagi memancing ikan Dukang atau Kedukang di pantai Kg Baru Penarik, Setiu, Terengganu. Seronok tengok abang abang memancing ikan dukang. Sekejap je naik. Sekejap je sentak... Naik. Abang sorang ni dah dekat 2kg dah ikan dukang. Ikan dukang atau kedukang atau juga dikenali Sagor Catfish atau nama saintifiknya Hexanematichthys Sagor berhabitat dipantai atau sungai yang berlumpur atau dikuala sungai. Dengan pantai penarik yang agak beralun pada musim ini amat sesuai dengan habitat ikan dukang malahan ia tidak jauh dengan kuala sungai Setiu yang kaya dengan hidupan marin. Bagi peminat dan hobi memancing boleh lah berkunjung ke pantai Kg Penarik pada sebelah petang. Umpan yang sesuai digunakan adalah sotong dan ikan selayang.

Restoran Masakan Sumatera di Jerteh, terkenal dengan Ayam Kampung Goreng

Image
Baru baru ini ke bandar Jerteh dan tiba waktu tengahari , mencari destinasi makan tengahari. Teringat ada sebuah restoran masakan Sumatera dekat dengan Pejabat Pos Jerteh dan J&T.   Ia menjadi kegemaran mereka yang sukakan ayam kampung goreng. Admin memilih lauk daging masak hitam dan bergedil dan untuk lebih sedap kuahnya kena campur serba sikit macam pakcik pelanggan sini cakap ala ala nasi kandar gitu. Ya memang sedap cuma cari sambal yang selalu jumpa bila makan nasi padang tapi tak jumpa. Yang ada cuma sambal belacan. Apapun ia tetap menyelerakan. Suasana restoran juga selesa dan tempat letak kereta yang banyak. Harap pihak PBT tak datang kompoun, kalau tidak kena bayarlah RM5 kompoun.  Ia sentiasa menjadi pilihan ramai dan ada pelanggan tetap dan setia. Sedang Admin tengah makan ada 2 pasangan warga emas datang nak makan lauk urat keting tapi belum masak. Mereka sanggup tunggu 30 minit lagi. Nampaknya kena datang lagi apa yang istimewa lauk urat keting di sini.. Loka...

Warung Banan Station, Pantai Kelulut, Marang, Terengganu.. ada kelainan

Image
  Hari tu kebetulan ada ziarah kematian di Seberang Marang, Terengganu rasa nak cuba satu cafe baru yang selalu keluar promo kat facebook admin iaitu Banana Station di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu. Mungkin ini antara signatur dish di sini Popia Banana Kedai simple je.. tapi selesa dan nyaman. Dekonya pun simple je. Banyak juga pilihan menu di sini. Menu pilihan spageti , chicken grill, chicken chop, popia.banana dan air buah. Alhamdulilah boleh dikatakan semua menu sedap dan air buah pun menjadi dan rasa buah. Cuma sos black pepper boleh ditambah baik sedikit lagi untuk lebih ummmp. Lokasi ditepi jalan mudah untuk dilihat dan ruang letak lkereta yang luas. Nampak ramai juga pelanggan yang datang tempah dan bungkus. Walaupun cafe ini masih baru lagi dibuka tetapi telah mendapat sambutan yang baik dari pelanggan. Banana Station Pantai Kelulut Marang... Boleh lah singgah...

Pengunjung blog