iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Saturday 19 July 2014

Terengganu Optimis Capai 5 Juta Pelancong



comotdomot.blogspot.com

Terengganu optimis bakal mencapai sasaran kehadiran pelancong sehingga 5 juta menjelang akhir tahun ini, berikutan statistik Kedatangan pelancong asing menunjukkan peningkatan seramai 2.4 juta melawat negeri ini dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Statistik menunjukkan seramai 2 juta pelancong direkodkan melawat Terengganu dalam tempoh sama tahun lepas.

Pengurus Kanan Tourism Terengganu, Ishamudin Hashim berkata, rekod kedatangan pelancong menunjukkan kenaikan seramai 400,000  berbanding tahun lepas memberikan gambaran jelas yang kita mampu mencapai sasaran yang ditetapkan, 5 juta pelancong menjelang akhir tahun ini.

Ishamudin berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media selepas merasmikan majlis penutup Kursus “We are the host” yang berlangsung di Hotel Permai Inn, baru-baru ini.

Kursus sehari, yang melibatkan pengayuh teksi roda tiga, pemandu kereta sewa lapangan terbang, artis budaya SUKTRA dan artis budaya Jabatan kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Terengganu berjaya mengumpul seramai 110 peserta.

Katanya dalam tempoh berkenaan, penduduk Terengganu yang terlibat dalam industri pelancongan berjaya menjana pendapatan melalui kehadiaran pelancong sebanyak RM2.4 Billion berbanding RM2 Billion pada tempoh sama tahun lepas.

“Kita membuat perkiraan berdasarkan pelancong tempatan tinggal di negeri ini selama 3.7 hari sementara pelancong antarabangsa atau asing tinggal sehingga 4.6 hari,” katanya.

Ishamudin berkata, penganjuran kursus diadakan untuk melahirkan setiap mereka yang terlibat dalam industri pelancongan termasuk mereka yang di bahagian hadapan supaya berkemahiran dan berpengetahuan untuk memberi layanan mesra tebaik kepada pelancong.


“Ianya termasuk kemahiran menggunakan bahasa inggeris, cara berkomunikasi dan memberikan penerangan kepada para pelancong,” katanya.

@teganukita

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog