Sambutan Riang Ria Aidil Fitri TERENGGANU LIVINIAN meriah..di Kg Jambu Bongkok, Dungun, Terengganu
Kelab LIVINA TERENGGANU atau dikenali sebagai TERENGGANU LIVINIAN (TL) telah mengadakan Sambutan Riang Ria Aidil Fitri TERENGGANU LIVINIAN pada Jumaat 15 Ogos 2014 di kediaman seorang ahli di Kg Jambu Bongkok, Dungun, Terengganu.
Perjumpaan ini telah menghimpunkan 76 buah jentera Nissan Grand Livina dari seluruh pelusuk Terengganu dengan lebih 200 orang ahli keluarga.
Dalam majlis tersebut, turut dilancarkan logo ID baru bagi ahli TL oleh Saudara Azro Ali daripada 'Region Of Kuala Terengganu (ROKT).
Perjumpaan muhibbah raya ini juga turut dimeriahkan dengan acar cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik terdiri daripada cenderahati, aksesori kereta, hamper serta penginapan 2 hari 1 malam di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu. Turut dilancarkan adalah kutipan untuk Gaza Palestin yanga akan disalurkan melalui Aqsa Sharif bagi membantu saudara kita yang memerlukan di sana.
Program ini bermula dengan ahli-ahli TL daripada Region Of Kuala Terengganu (ROKT), Region Of Besut (ROB) serta Region Of Setiu (ROS) di perkarangan Masjid Tengku Zaharah atau Masjid Terapung di Kuala Ibai. Manakala bagi ahli-ahli Tl di Selatan iaitu REgion Of Kemaman serta Region Of Paka bergabung menuju ke Masjid AL Huda untuk sama -sama berkumpul untuk Solat Jumaat bersama-sama ahli-ahli TL dari utara.
Selesai solat Jumaat, bermulalah konvoi beramai-ramai menuju ke lokasi majlis di Kg Jambu Bongkok yang diselia dengan baik oleh ahli-ahli TL yang berpengalaman dalam berkonvoi.
Suasana majlis cukup meriah dengan hidangan Nasi Dagang, Sate, Lemang, Tapai Puluit, ketupat, Rendang serta pelbagai juadah pemanis mulut seperti Sagumpal, tepung pelita,buah buahan serta kuih muih yang enak. Majlis juga diserikan dengan celoteh pengacara majlis yang menghiburkan.
Sebaik selesai acara bergambar beramai-ramai, para hadirin juga tuirut sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar majlis.
Kejayaan penganjuran majlis sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara ahli TL dan bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dalam mengendalikan jentera Livina.
Pihak Edaran Tan Chong Motor atau ETCM juga patut memainkan peranan dan sokongan terhadap aktiviti kelab sebegini kerana merekalah DUTA NISSAN yang sebenar melalui Grand Livina yang sentiasa membawa imej baik, hubungan yang baik malah hubungan persahabatan dan komuniti ke seluruh pelusuk negara sehingga ke Sabah dan Sarawak serta Indonesia.
Sokongan ETCM amatlah dialu-alukan dalam sama-sama menjayakan aktiviti sihat sebegini dengan memberi sokongan dan sumbangan yang baik kepada masyarakat setempat dan seterusnya menzahirkan imej yang baik masyarakat NISSAN terutama ahli-ahli kelab Livina.
Mungkin di masa hadapan akan wujud lebih banyak aktiviti-aktivi yang akan memberi faedah kepada masyarakat ataupun komuniti setempat oleh ahli-ahli TL di seluruh Terengganu dan Malaysia dan hubungan antara ETCM dan ahli-ahli TL akan menjadi lebih utuh dalam sama-sama menyumbang khidmat yang baik kepada masyarakat.
Admin: Terima kasih kepada Pengurus Event, Saudara Syarwadi Abd Halim dan krew-krew yang lain yang bertungklus lumus menjayakan aktiviti TL yang hebat ini.
My Blog List
-
Lunch di Kedai Makan Os Gerik Perak
-
Kami Lunch di Kedai Makan Os Gerik Perak sebelum puasa aritu semasa on the
way ke Kedah. Selalunya kami lunch di *Lunch di Restoran Kebun Ikan Bakar,
Ger...
5 hours ago
-
Cherish Family Moments with Samsung's Home Appliances 2024 Parents Day Deal
-
Picture this: the warmth of family gathered around, the aroma of a
home-cooked meal filling the air,
and laughter echoing through the house. This Parents...
7 hours ago
-
Bagus ke kipas berdiri V-Tex ?
-
Lama dah aku mencari kipas berdiri untuk gantikan yang sedia ada. Yang ada
sekarang ni , dia punya pusing laju tapi angin takda. Aku pun tak tau la
apas...
10 hours ago
-
For You And I Orchestral Concert
-
A celebration of song, music, and dance brought Ipoh alive last Sunday at
Auditorium RTM Perak. The Ipoh Philharmonic Orchestra backed singing
students f...
18 hours ago
-
Kudapan Kerepek Raya
-
Mia baru saja naik kerja hari ini selepas bercuti raya sejak hari Selasa
lepas. Masih dalam mood raya di pejabat ini.
Mia ceriakan mood kerja pagi ini d...
2 weeks ago
-
The Importance of Cleaning Your Mattress: 5 Reasons
-
The Importance of Cleaning Your Mattress: 5 Reasons
[image: The Importance of Cleaning Your Mattress: 5 Reasons]
While you may already be cleaning your ent...
5 weeks ago
-
How to Stay Cool and Confident in Warm Weather Shapewear?
-
Assalamualaikum
*How to Stay Cool and Confident in Warm Weather Shapewear? |* Summer is
around the corner. With temperatures rising, we all want shapewea...
1 month ago
-
CARA INI DAPAT MELEGAKAN BATUK DAN SAKIT TEKAK DENGAN PATI OXYMEL KHAL IN
SANIVIR
-
Baru-baru ni, anak Mimin si Fayyadh Affan tu dia kena tahan wad rentetan
dari demam lepas sambut hari lahir dia awal bulan 12. Dia diwadkan sebab
tiba-tiba...
2 months ago
-
sooka Offers Free Streaming and On-Demand Live Sports and Local Content
-
sooka, a new streaming service which offers both free and paid content is
launched today. Inspired by the Malay word ‘suka’, meaning "to like", sooka
fo...
2 years ago
-
No Cases Of Unknown Pneumonia, Deadlier Than Coronavirus, Are Occurring In
Kazakhstan
-
*Information about unknown pneumonia in Kazakhstan **IS NOT CONSISTENT WITH
THE FACTS**. *
A number of Chinese media have reported that cases of unknown pne...
3 years ago
-
McDonald’s Malaysia Menyumbang RM250,000.00 Ke Tabung COVID19
-
McDonald’s Malaysia menyerahkan sumbangan wang tunai RM250,000 kepada
Tabung Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kelengkapan
pelindung diri ...
4 years ago
-
Kisah Raja Namrud dan sejarah keturunannya sehingga zaman moden
-
[image: Image result for mason]
Kenalilah musuhmu. Musuh akhir zaman yang megah bertahta dalam lautan
fitnah. Inilah dunia kita hari ini. Fitnah ada di...
4 years ago
-
Jersi pasukan Premier Negeri Sembilan 2020 ada Gambir Emas
-
Pasukan Liga Premier Malaysia dengan jolokan Sang Rusa dan tagline Hobin
Jang Hobin telah memperkenalkan jersi pasukan yang akan dipakai ...
The post Jer...
4 years ago
-
The US nuclear arsenal is controlled by ancient computers
-
According to documents recently published by the US Court of Audit, most of
the country ‘s nuclear arsenal is still running under ancient computers
creat...
6 years ago
-
Terengganu My Heritage: Jika datang ke setiu... boleh nikmati Gula
Kerutub...
-
[image: Image may contain: food and indoor]
Terengganu My Heritage: Jika datang ke setiu... boleh nikmati Gula
Kerutub...: Post kali ini ingin memperkena...
6 years ago
-
No comments:
Post a Comment